Friday, October 15, 2010

7 Pencalonan dalam FFM ke-23



Sebelum saya menulis panjang,saya ingin panjatkan rasa syukur,Alhamdulillah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas penghargaan yang diberikan oleh pihak FFM dan juga para penggiat seni filem tanah air,tidak dilupakan para peminat yang terus terusan memberikan sokongan moral sepanjang penglibatan saya dalam arena perfileman tanah air seawal tahun 2008 dan pengarahan drama seawal 2006.

Alhamdulillah,pada FFM yang ke-23 tahun ini,filem Evolusi KL Drift 2 (Filem ke-3 arahan saya) menerima pencalonan dalam beberapa kategori.Antaranya :

1)Pelakon Lelaki Terbaik

1. Bront Palarae (Belukar)
2. Esma Daniel (Santau)
3. Farid Kamil (Lagenda Budak Setan)
4. Saya sendiri (Evolusi KL Drift 2)
5. Zul Huzaimy (Haq)

2)Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik


1. Bront Palarae (V3: Samseng Jalanan)
2. K.S Maniam (Estet)
3. Que Haidar (Lagenda Budak Setan)
4. Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2)
5. Zul Suphian (Santau)

3)Pelakon Harapan Lelaki

1. Kamal Adli (Niyang Rapik)
2. Redza Minhat (Pisau Cukur)
3. Remy Ishak (Evolusi KL Drift 2)
4. Shashi Taran ( Estet)
5. Sheikh Bolkiah Sheikh Ahmad (Pulau Asmara)

4.Penataan Seni Terbaik

1. Anuar Paharudin/Johan Lucas (Magika)
2. Irwan Idris (Lagenda Budak Setan)
3. Irwan Mazwan Ibrahim/Johan Lucas (Jin Notti)
4. Sapri Ibrahim (Estet)
5. Shah Aznan Zainun (Evolusi KL Drift 2)

5.Penyunting Terbaik 

1. Ahmad Mustadha (Niyang Rapik)
2. Brian Ng (Santau)
3. Brian Ng (V3: Samseng Jalanan)
4. Hisham Jupri (Evolusi KL Drift 2)
5. Lim Sheu Fen (Belukar)

6.Skor Muzik Asal Terbaik

1. Brian Ng (Santau)
2. Brian Ng (Niyang Rapik)
3. Brian Ng (V3: Samseng Jalanan)
4. Edry Abd Halim (Magika)
5. James Baum (Evolusi KL Drift 2)

7.Penataan Bunyi Terbaik


1. Brian Ng (V3: Samseng Jalanan)
2. Brian Ng (Santau)
3. Brian Ng (Adnan Semp-It)
4. Saya sendiri (Evolusi KL Drift 2)
5. Edry Abd Halim (Magika)


Senarai nominasi,calon-calon untuk kategori "Pengarah Terbaik" dan "Filem Terbaik" tahun 2010 pada FFM yang ke-23 hanya akan diumumkan pada Malam Festival 24 Oktober 2010 itu sendiri.2 kategori ini adalah kategori yang didambakan oleh semua penggiat seni termasuk saya sendiri.Nilai apresiasi yang tinggi dalam 2 kategori ini adalah pendorong sebenar buat kami anak-anak seni untuk terus melahirkan filem-filem bermutu dalam memartabatkan persada seni tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.

Akhir kata daripada saya,teruskan menyokong kami.Jika bukan kalian 'anak Malaysia',siapa lagi? :)

"FILEM KITA,WAJAH KITA"

Salam 1 Malaysia.

-Syamsul Yusof-

P/s : Jangan lupa untuk menyaksikan trailer filem terbaru SKOP Production : "KHURAFAT-Perjanjian Syaitan" di http://www.youtube.com/watch?v=Hkz725F5OFE dan mendengar prebiu lagu runutnya "YA ROBBI" di http://www.youtube.com/watch?v=W_-9aXj2mJU

12 comments:

Rain Hamzah said...

all the best yeahhhh! countdown 2 months from now... :-)

priNcEss CarL said...

iqa doakan filem abg shamsul ni akan diiktiraf n mng bbrpe award tu...xsume pon mesti akan ade kan..hehehehehe
All The Best..!!! ^^,

Schizo said...

All the best kepada anda dan harap-harap film evolusi KL drift dapat merangkul banyak piala pada malam itu. Ucapan khas Dari peminat singapura

deen said...

syabas abee weeeeee

Anonymous said...

harap2 abg syamsul menang byk awrd...filem abg yg terbaik...=)

Schizo said...

All the best untuk syamsul. Harap-harap filem evolusi KL drift dapat merangkul banyak piala pada malam itu Dan harap-harap syamsul dapat memenangi piala pengarah terbaik atau filem terbaik. Ucapan khas Dari peminat singapura.

Diera Tekikushika said...

tahniah kpd syamsul and the team..
trskn usaha dlm mghslkn filem2 yg best!
all the best to you, :)

nur fazurah abdul hamid said...

all the best...sya akn doakan moga abg symaul dpat award dlm ffm ke-23..may allah bless u..ameen

D'zunnur said...

aku jugak turut berbangga dgn pencapaian ko bro...aku percaya dgn bakat yg ko ade...semoga suatu masa nanti ade filem 'kehidupan' yg dpt meladeni masyarakat Malaysia umumnye....

Anonymous said...

abg samsul is the best ...!!! i will support u abg ... !!!sume filem abg blakon so best ..

Syamsul Yusof said...

Alhamdulillah.Turut tercalon untuk Pengarah dan Filem Terbaik 2010.Terima kasih semua!

shima said...

congratulation abg syamsul..dapat anugerah pengarah filem terbaik..semoga lpas nie filem² abg syamsul..dapat sambutan di persada perfileman di malaysia..