Friday, March 4, 2011

"KHURAFAT"-RM 8.3 Juta.Satu inspirasi nyata.


Assalamualaikum buat semua pembaca.Ada kesempatan dalam kesibukan hari ini untuk mengemaskini informasi tentang filem.lagu dan projek-projek akan datang.Sebelum menapak lebih jauh,ingin diucapkan TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA kepada semua yang menonton filem "KHURAFAT",yang memberi komentar-komentar membina dan juga tidak lupa yang memberikan kritikan-kritikan,tidak kira secara jujur,sinis atau sebaliknya.Jujurnya,semua diterima dengan hati terbuka.

RM8.3 Juta-Kutipan akhir tayangan "KHURAFAT",filem genre seram pertama percubaanku.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Ini adalah satu inspirasi nyata buatku dan rakan kerja SKOP Production untuk terus berusaha keras menghasilkan filem-filem yang lebih bermutu dan ber'isi',yang mampu memberi kesan pada hati-hati.

KL GANGSTER sudah siap sepenuhnya dan akan ditayangkan pada hujung bulan Jun 2011,insyaAllah.
Poster dan trailer rasmi akan keluar tidak lama lagi.Harap dapat bersabar.InsyaAllah KLG mampu memuaskan hati semua yang ingin melihat senario gejala gangsterisma Malaysia sebenar yang perlu diambil iktibar dan dijadikan pengajaran agar tidak terjebak.

Setakat ini dulu buat masa ini dan buat semua pengikut Burn & Soul,tunggu single ke 4 kami "Sehingga Hujung Dunia" dan lagu gandingan bersama James Baum "Istimewa".Kami mahu bawa kalian terbang bersama!:)

Terima kasih semua.LOVE YOU ALL!!

Yang akan terus baiki kekurangan,
-SYAMSUL YUSOF-