Sunday, December 26, 2010

Yang berlaku dalam sesingkat waktu..

Assalamualaikum semua.Sudah terlalu lama tidak mengemaskini informasi jadi hari ini dengan kesempatan yang terlalu sedikit,akan dirumus segala apa yang berlaku di penghujung 2010 dan yang akan berlaku pada awal Januari 2011,insyaallah.

1)FFM ke-23


Seawal majlis,kami;BURN & SOUL telah membuka tirai majlis dengan persembahan nyanyian lagu tema EKLD II bersama Radi OAG & Ayu.Persembahan pertama kami di pentas siaran langsung.Alhamdulillah berjalan lancar:)

Daripada beberapa pencalonan,EKLD II telah berjaya membawa beberapa trofi :

  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Shaheizy Sam 
  • Anugerah Penyunting Terbaik -Saya sendiri
  • Anugerah Pengarah Filem Terbaik - Saya sendiri

2)Pra-Tonton "KHURAFAT-Perjanjian Syaitan" 

Alhamdulillah berjalan lancar di Mid Valley dengan kehadiran rakan-rakan artis,wartawan,keluarga dan rakan-rakan.Maklum balas positif boleh dibaca pada blog-blog ini:

ii) http://www.kakinakl.com/2010/12/majlis-pra-tonton-filem-khurafat-best.html
iii) http://limauais.com/tag/pra-tonton-khurafat/
iv) http://www.budiey.com/sekitar-prebiu-media-filem-khurafat/
v) http://www.gua.com.my/hiburan/ulasan/Khurafat.html
vi ) http://www.manggaonline.com.my/berita-selebriti/2776-khurafat-menakutkan-syamsul-dapat-tepukan-gemuruh.html

Jangan lupa untuk menonton "KHURAFAT-Perjanjian Syaitan" di pawagam-pawagam berdekatan.Premier 13 Januari 2011.Lagu runut "KHURAFAT"-"Ya Robbi" nyanyian kami;BURN&SOULberserta klip video akan disiarkan sekitar minggu hadapan.

3)ANUGERAH SKRIN TV3 2010


Tidak dijangka,walau dicalonkan sebaris dengan filem-filem arahan pengarah-pengarah hebat seperti Afdlin Shauki dan Kabir Bakhtiar,EKLD II sekali lagi telah membawa trofi untuk :

  • Lakon Layar Terbaik Kategori Filem - Saya sendiri
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Aaron Aziz 

Itulah sedikit sebanyak yang mampu dikemaskini buat masa ini.
Insyaallah jika ada apa-apa info terkini akan diberitahu melalui laman Fan page saya di:
http://www.facebook.com/profile.php?id=1591398865#!/pages/Syamsul-Yusof-Burn-Soul/184917916393

P/s :
Saya enggan mengulas mengenai beberapa isu yang saya pasti semua tahu,kerana bagi saya tidak ada apa yang perlu dibahaskan.Lumrah manusia.Apapun pengajaran yang nyata ialah,"Tidak ramai orang yang suka melihat kita berjaya.Lebih ramai orang yang mahu lihat kita gagal".Teruskan berusaha walau apa jua yang datang melanda.Hidup yang singkat ini harus digunakan sebaiknya.TERIMA KASIH SEMUA ATAS SOKONGAN YANG MEMBINA!