Sunday, December 26, 2010

Yang berlaku dalam sesingkat waktu..

Assalamualaikum semua.Sudah terlalu lama tidak mengemaskini informasi jadi hari ini dengan kesempatan yang terlalu sedikit,akan dirumus segala apa yang berlaku di penghujung 2010 dan yang akan berlaku pada awal Januari 2011,insyaallah.

1)FFM ke-23


Seawal majlis,kami;BURN & SOUL telah membuka tirai majlis dengan persembahan nyanyian lagu tema EKLD II bersama Radi OAG & Ayu.Persembahan pertama kami di pentas siaran langsung.Alhamdulillah berjalan lancar:)

Daripada beberapa pencalonan,EKLD II telah berjaya membawa beberapa trofi :

  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Shaheizy Sam 
  • Anugerah Penyunting Terbaik -Saya sendiri
  • Anugerah Pengarah Filem Terbaik - Saya sendiri

2)Pra-Tonton "KHURAFAT-Perjanjian Syaitan" 

Alhamdulillah berjalan lancar di Mid Valley dengan kehadiran rakan-rakan artis,wartawan,keluarga dan rakan-rakan.Maklum balas positif boleh dibaca pada blog-blog ini:

ii) http://www.kakinakl.com/2010/12/majlis-pra-tonton-filem-khurafat-best.html
iii) http://limauais.com/tag/pra-tonton-khurafat/
iv) http://www.budiey.com/sekitar-prebiu-media-filem-khurafat/
v) http://www.gua.com.my/hiburan/ulasan/Khurafat.html
vi ) http://www.manggaonline.com.my/berita-selebriti/2776-khurafat-menakutkan-syamsul-dapat-tepukan-gemuruh.html

Jangan lupa untuk menonton "KHURAFAT-Perjanjian Syaitan" di pawagam-pawagam berdekatan.Premier 13 Januari 2011.Lagu runut "KHURAFAT"-"Ya Robbi" nyanyian kami;BURN&SOULberserta klip video akan disiarkan sekitar minggu hadapan.

3)ANUGERAH SKRIN TV3 2010


Tidak dijangka,walau dicalonkan sebaris dengan filem-filem arahan pengarah-pengarah hebat seperti Afdlin Shauki dan Kabir Bakhtiar,EKLD II sekali lagi telah membawa trofi untuk :

  • Lakon Layar Terbaik Kategori Filem - Saya sendiri
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Aaron Aziz 

Itulah sedikit sebanyak yang mampu dikemaskini buat masa ini.
Insyaallah jika ada apa-apa info terkini akan diberitahu melalui laman Fan page saya di:
http://www.facebook.com/profile.php?id=1591398865#!/pages/Syamsul-Yusof-Burn-Soul/184917916393

P/s :
Saya enggan mengulas mengenai beberapa isu yang saya pasti semua tahu,kerana bagi saya tidak ada apa yang perlu dibahaskan.Lumrah manusia.Apapun pengajaran yang nyata ialah,"Tidak ramai orang yang suka melihat kita berjaya.Lebih ramai orang yang mahu lihat kita gagal".Teruskan berusaha walau apa jua yang datang melanda.Hidup yang singkat ini harus digunakan sebaiknya.TERIMA KASIH SEMUA ATAS SOKONGAN YANG MEMBINA!

 
 
 
 
 
 



13 comments:

Anonymous said...

tahniah soul...semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati soul dgn lebih bnyk kejayaan d masa hadapan..be strong wit all the obstacles..Ujian dari Maha Esa... u r the best!
p/s: still waiting for burn&soul to come out with mini album..hehe~ love u guys..

Siti Nadzirah Zakariah said...

tahniah..(^^,)

Diera Tekikushika said...

Tahniah! Love the quote on your p/s. Saya tahu yg kamu jg tahu, perjalanan seribu batu bermula dgn satu langkah.. So, teruskan berusaha! :)

Secret Asia said...

Hi There,

1stly, a HUGE Congratulations for being d young talented Director...May it b d starting points to becoming a successful person!
2ndly, Happy New Year 2011...& hope to c more & more awards coming in d future!!

Unknown said...

KHURAFAT MMEG THE BESH CITER SERAM DI M'SIA...KEEP UP MIRE THE GOOD WORK GUYS..

Anonymous said...

Salam, so far Khurafat is one good movie...banyak pengajaran..i think this should be continued so muslim out there will be aware with khurafat & syirik thingy... :D

Unknown said...

Really Enjoy ur Khurafat...
Congrate...

Anonymous said...

God blease you...

kak ina kl said...

wah terima kasih sebab sudi letak link akak..semuga terus sukses...jangan layan dengan kata-kata yang tidak membina.

CempakaBiru said...

CB sokong betul ngn statement di pengakhiran posting tu....

Unknown said...

Salam. I know tht u r critized because of the age factor. Maybe they thought tht u r too young to win. Saya bukan seorang peminat setia filem2 melayu..i rather choose those from hollywood. Tapi filem2 awak mmg lain. Evolusi KL Drift 2 is still the best malay movie ever! X sangka ada juga org melayu yg mampu buat movie cmtu:) Keep it up n i hope to see more movie of urs this year.....

liessa said...

hope awk sentiasa tabah menghadapi dugaan dari-Nya...

Unknown said...

Manusia memang tidak pernah puas dengan kejayaan orang lain...ikhlas dengan setiap apa yg dilakukan ...insyaallah Allah setiasa bersama..