“LabbaikAllahumma labbaik
Labbaika laa syarikalaka labbaik
Innal hamda wal-ni’mata
laka wal-Mulk La syarikalak!”
“HambaMu datang menyahut panggilanMu,ya Allah
HambaMu datang menyahut panggilanMu,ya Allah
Tiada sekutu bagiMu.HambaMu datang menyahut panggilanMu.
Sesungguhnya segala pujian,nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu.
Tiada sekutu bagiMu..”
Entah ke berapa kali dakwat basah pena yang kuguna ini bersatu bersama titisan air mata yang tidak mampu ku bendung pada kelopak mata.Berkali-kali kuseka dengan serban yang disarung pada leher namun makin deras mengalir air mata kerana baunya menggamit bauan kota itu.Sungguh,walaupun baru kaki ku menjejak bumi Malaysia,hatiku masih di sana, di kota penuh barakah dan di kota di mana segalanya bermula;Mekah Al Mukarramah.
Walaupun ini umrahku buat kali ke-4, tetapi aku mengira ia sebagai yang pertama kerana umrah kali ini adalah pada tika aku sudah menginjak dewasa dan sedang dahagakan ‘ketenangan’ dan ‘jawapan’ pada setiap persoalan dan kemelut yang melanda jiwa anak muda yang hidup pada akhir zaman yang penuh dengan cabaran serta dugaan.Lantas aku namakan umrahku kali ini dengan “Ekspedisi abdi mencari Ilahi”.
Ekspedisi bermula di kota Madinah bila mana kami dijadualkan untuk berada di sini selama 3 hari yang dirasakan terlalu singkat.Masjid Nabawi membuat diri terbuai.Rindu.Gah tersergam.Di sinilah Nabi Muhammad s.a.w berserta Saidina Abu Bakar As Siddiq,Saidina Umar Al-Khattab dan Saidatina Aisyah disemadikan.
“Bersembahyang di masjidku ini pahalanya adalaha seperti 1000 sembahyang di tempat lain melainkan di Masjidil Haram”
“Bersembahyang di masjidku ini pahalanya adalaha seperti 1000 sembahyang di tempat lain melainkan di Masjidil Haram”
Alhamdulillah dimudahkanNya untuk kami menjaga solat jemaah ,solat sunat dan berdoa di Raudhah.Alhamdulillah.
Setelah memberi salam ucapan selamat tinggal pada makam Baginda dan sahabat baginda,kami meneruskan ekspedisi ke Mekah.Tiada diskripsi yang mampu kunukilkan dalam memberi gambaran rasa betapa agungnya Pencipata dan betapa kerdilnya diriku sebagai hambaNya yang hina bila tiba di kota Mekah.
Umrah wajib,pada tawaf yang pertama,dalam pakaian ihram,demi Allah,aku menangis teresak-esak tanpa rasa segan silu.Bila mata melihat Ka’abah segalanya akan berubah.Percayalah.Jiwa raga jadi lemah,selemah-lemahnya.Terbayang pada skrin paparan minda segala dosa lalu yang ku lakukan namun DIA terus mengampunkan dan terus-terusan memberi nikmat dalam kehidupan.Astaghfirullah.
Umrah wajib,pada tawaf yang pertama,dalam pakaian ihram,demi Allah,aku menangis teresak-esak tanpa rasa segan silu.Bila mata melihat Ka’abah segalanya akan berubah.Percayalah.Jiwa raga jadi lemah,selemah-lemahnya.Terbayang pada skrin paparan minda segala dosa lalu yang ku lakukan namun DIA terus mengampunkan dan terus-terusan memberi nikmat dalam kehidupan.Astaghfirullah.
Kolumku di sini tidak akan cukup untuk dijadikan medium penceritaan menyeluruh mengenai ekspedisi umrahku kali ini.Lakukankalah umrah dan lawatilah sendiri.Jika ada yang sedang mencari tempat untuk dilawati,aku syorkan Madinah dan Mekah dijadikan destinasi lawatan dalam percutian.kerana kota-kota besar lain seperti London,Australia mahupun Los Angeles tidak akan mampu memberi satu kepuasan mutlak ‘dalaman’.Buah tangan yang akan dibawa sekembalinya dari lawatan ke dua kota ini;Madinah dan Mekah bukan hanya pada kebendaan tetapi jauh lebih berharga daripada itu;keinsafan.
Allah telah beriku ilham bersama sepupuku Dr Anwar Fazal di sana dan kami telah menggubah sebuah lagu untuk ‘single’ kami yang terbaru ;”HIDAYAH” - Burn & Soul Re-born Edition
Hayatilah liriknya di http://burnofburnsoul.blogspot.com/2011/08/hidayah-burn-re-born-6th-single.html
Pengarah kerdil,
Lagu penuh insyaAllah akan siap seawal Syawal.
Hayatilah..
Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof