Sunday, August 7, 2011

Hargai Nilai Persahabatan




Dalam menanti panggilan penerbangan pulang ke Malaysia dari kota Bangkok, bersama secawan kopi pekat espresso untuk menghilangkan kantuk dari jaga tanpa lena sepanjang 48 jam dalam menyiapkan tugasan membaikpulih filem Aku Bukan Tomboy dan Bohsia:Jalan Kembali, aku mencapai pen dari beg galasku dan mula menulis, cuba merencanakan apa yang sedang ligat bermain dalam kotak fikiran, walaupun badan sudah dalam fasa keletihan.

‘Erti persahabatan’-Itu yang sedang bermain dalam kantung pemikiranku sejak dari tadi,seawal pagi, dalam mencari idea untuk entriku kali ini.Orang kata “Kita adalah dengan siapa kita bersahabat”.Satu ungkapan yang jika diberi tafsiran kasar tidak memberi impak yang besar tetapi jika ditafsir dengan kias dan secara mendalam mampu memberi satu terjemahan yang menyeluruh tentang perjalanan kehidupan kita yang bergelar insan dan saling memerlukan.

Sahabat adalah antara pengaruh terbesar dalam mencorakkan diri kita. Kitar hidup kita berputar di sekeliling mereka.Kesalahan dalam memilih sahabat mampu merosakkan dan memporak-perandakan hidup. Ini jelas terbukti dengan kebejatan moral muda-mudi masa kini yang bergaul bebas dengan sahabat-sahabat yang ‘tidak sihat’. Ini semua bertitik tolak dari salahnya memilih sahabat.

Bagiku,asas utama persahabatan harus bersendikan keikhlasan dan kejujuran,bukan berpaksikan duit,harta,pangkat dan nama semata-mata,namun itulah hakikatnya kita pada zaman ini,zaman sukar untuk mencari yang benar-benar benar,kerana kita sering dikelirukan dengan kepalsuan pada topeng kepura-puraan.

Antara pepatah kegemaran yang sering Mamaku gunakan sejak dari dulu untuk menasihatiku dalam memilih sahabat ialah:“Kalau bersahabat dengan penjual minyak wangi,kita akan dapat percikan wangiannya,tetapi kalau bersahabat dengan tukang besi,kita akan terkena percikan apinya dan mencarikkan baju kita”.Dulu zaman kanak-kanak,’masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ tetapi bila sudah dewasa sebegini ‘masuk telinga kiri,terus menusuk ke hati’.Terima kasih Mama kerana terus mengingatkan!

Ramai yang bertanya mengapa aku nampaknya seperti kurang sahabat dan jika ada sekalipun tiada yang benar-benar rapat,lazimnya hanya berbasa basi bertanya khabar berita dan perkembangan semasa.Jawapanku:Aku berkawan dengan semua.Aku tidak memusuhi sesiapa.Aku dididik untuk menghormati semua dan tidak mengecilkan sesiapa.Kualiti sentiasa mengatasi kuantiti.Jika ditanya berapa ramai sahabat kita,hampir pasti jawapan spontan“Ramai” akan terpacul pada bibir,namun jika ditanya soalan yang sama sekali lagi dalam intonasi berbeda yang lebih serius,waktu itu kita akan mula berfikir,mengira dan percayalah,yang “Ramai” itu akan jadi “Tidak Ramai” sebenarnya.

Nasihatku pada semua,carilah sahabat yang mampu berkongsi tawa senda dan air mata,walaupun aku akui amat sukar untuk mendapatkannya pada zaman sebegini.Ketika sihat,senang dan berharta,ramai yang menyapa dan mengaku sahabat.Bila sakit,susah dan jatuh miskin,tidak ramai yang ambil endah dan mula menjauhkan diri dengan memberi alasan-alasan yang tidak masuk dek akal dan jujurnya bisa buat hati ketawa dalam tangis memikirkan sifat manusia yang mampu berubah dalam sekelip mata.

Buat sahabat-sahabat seindustri,aku pinta agar kita sama-sama kurangkan kontroversi dan tingkatkan kualiti kerja kita.Kita adalah apa yang kita ‘buktikan’ dan bukan apa yang kita ‘war-warkan’.Kita teruskan semangat kesetia-kawanan sesama kita dan jika timbul sebarang permasalahan peribadi,tidak perlu kita gembar-gemburkan di sana sini,dijadikan bahan media dan sebagainya.Bersemuka dengan cara yang betul,professional seperti yang diajar oleh AGAMA.

Begitu pantas masa berlalu rupanya.Sudah hampir setengah jam aku leka dibuai tarian pena pada topik ‘persahabatan’ ini.Aku sudah dipanggil untuk berlepas pulang ke tanah tumpah airku,negara Malaysia tercinta.Doakan segalanya lancar dan aku selamat tiba.

Akhir kata,selesai saja membaca artikelku ini,tanya pada diri “Adakah aku punyai sahabat sejati dan adakah aku memiliki ciri-ciri seorang sahabat yang sejati?”
Tepuk dada,tanya hati.

Sahabatmu,
Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof

P/s:
1)Hari ini,aku akan berlepas ke Madinah dan seterusnya ke Mekah bagi menunaikan Umrah bersama keluarga tercinta.Doakan kami agar Umrah kami Umrah yang berjaya dan selamat pergi balik.

2)Rujuk blog Dr.Anwar Fazal Abu Bakar http://burnofburnsoul.blogspot.com/ untuk sesiapa yang perlu mengambil ubat ketika sedang berpuasa.Ada beberapa tips dan info yang berguna. 

14 comments:

cik pha said...

selmat berlepas,semoga menjadi insan y lebih baek dari sebelom nie..insyaAllah

Syafikah said...

AWESOME (!) Btw , wish you luck .
:D

W a n a Eiskay said...

Betul cakap awk. Mama Wana pun nasihat perkara yang sama. Mama cakap berhati-hatilah dalam memilih sahabat dan bersahabat lah dengan sahabat yang baik kerana sahabat yang baik InsyaAllah dapat membimbing kita ke arah kebaikan. Wana ramai kawan dan berkawan dengan semua, tapi Wana sentiasa amalkan prinsip trust no one. :) Oh ya, dulu pernah baca paper berkenaan wartawan yang menegur shamsul sombong. Wana pun selalu people cakap Wana sombong masa 1st impression. Tapi sombong itu berbeza pada tafsiran masing-masing. Wallahualam :)

sehinggahujungdunia. said...

Syamsul , hani tertarik dgan ap yang abg kate tu.. Smga slamat tibe ye.

Sue suhaila said...

bgus entri ni.. kdng2 kte sibuk mncri sahabat. dn x berusaha mnjadi sahabat.. jdi shbt untuk mncri shbt sejati..

Sue suhaila said...

bagus entri ni.. kualiti sahabat lbih baik dri kuantitinya.:)

Rahmah Mokhtar said...

Alhamdulillah, sekali lagi entri saudara menusuk ke hati. Semoga sahabat yang tidak ramai itu sentiasa mendorong langkah kita menuju syurga.

Tahniah, selamat menunaikan umrah buat saudara sekeluarga ^___^.

Aida alisha said...

Mencri sahabat,teman atau kawn memang senang tpi mencri kawn,teman dan sahabat yg sama2 susah senang,tawa ria brsama,pahit maung ditempuh pun tk susah tpi semuanye sukar dinyatakn dri hati dn niat yg brsih..kadangkala teman yg rapat pun pernah menyatkiti hati kta..maka aku jua brpesan pd diri ini jua pada sesiapa crilah teman,kawn atau shabat yg memandang kta dgn keikhlasan bicara,tnpa pandang harta dn menilai kta dgn apa yg kta kata dn buat..jati diri dan ugama menjdi sandaran brsama.muga mendpt umrah yg mabrur dikeberkatan ramahan ini..insaallah..

Diera Tekikushika said...

betul betul betul :)

masih mencari-cari sahabat susah & senang..

apa-apa pun lebih baik terdiam memikirkan berapa ramai kawan yg bersama kita drpd terdiam memikirkan berapa ramai ahli keluarga yg bersama kita.

Unknown said...

slmt menunaikan ibadah umrah kpd kalian sekeluarga... =)

Nana said...

wish u luck bro..may Allah bless ur life. as ur fan, i'll always pray for ur sucssesful :)iloveyou.haha

WEI LYN said...

yup. Thts true. kawan masa senang ramai, tapi xramai yg sanggup jadi kawan masa susah kita :)

Tanaka..>GeNEcist..™® said...

Issues on picking the RIGHT friends will never stop ait? Till the end of life, no one knows who good who bad friends.. Even the GOOD can be BAD.. BTW, slamat menjalani ibadah umrah dan ibadah puasa.. Peace bro!

aisyahmokhtar said...

"Seseorang itu dinilai dengan siapa dia bersahabat" - hadith (lupa perawinya siapa)

moga beroleh umrah mabrur. insyaAllah