Seorang ibu memanggil kelima-lima anaknya dan bagi setiapnya diberikan sebatang lidi.
”Patahkanlah lidi itu,anak-anakku”.
Dengan mudah mereka mematahkan lidi-lidi itu.Setelah itu,si ibu mengambil sejumlah besar lidi yang lain,mengikatnya menjadi sebuah sapu lidi dan menyerahkannya semula kepada anak-anaknya.
”Sekarang cuba patahkan sapu lidi ini.”
Dari yang sulung sehingga ke bongsu,semua mencuba dengan sekuat tenaga namun tiada seorangpun yang berjaya.
Sesudah itu si ibu berkata “Jika kalian tidak bersatu,kalian akan lemah selemah sebatang lidi yang senang dipatahkan itu,tetapi jika kalian bersatu seperti seberkas kayu lidi yang dijadikan penyapu ini,kalian akan kuat dan berhasil mencapai tujuan kalian”
___________________________
Itulah cerita kegemaran opah bila saja melihat aku berbalah dengan sepupu-sepupuku yang lain.Dek kerana terlalu kerap bercerita dengan cerita yang sama,kami sudah mampu menghafalnya dan sering mengajuk dan menyambung cerita opah di pertengahannya.Lebih lucu lagi bila kami kembali berbalah dan berlari ke sana ke mari,membiarkan opah cuba mengejar kami dengan tongkatnya.
Mesej yang cuba disampaikan dari cerita itu cukup jelas tetapi mengapa kita masih kabur dalam pemahaman dan pelaksanaan.Aku percaya perpaduan itu datang dari ‘dalam’,dalam ke luar (inside-out) bukan sebaliknya.Perpaduan itu bermula dari hati,bukan pada ideologi,sama bangsa,keserasian sosial atau kepentingan ekonomi.Itu semua bagiku hanya pandangan zahir semata.Hakikatnya perpaduan adalah kesatuan hati-hati kita.
Sedar atau tidak,kita sebenarnya banyak persamaan,dari Agama,Bangsa dan juga Negara,tetapi mengapa kita masih gagal untuk bersatu padu?Mengapa persamaan ini tidak mampu digunakan sebagai senjata untuk meraih perpaduan?Apa yang sering dibesar-besarkan hanya titik perbezaan.
Takut.Sedih.Runsing.Semua rasa ini bercampur baur bila dilihat pada senario yang berlaku pada masa kini bila ramai yang mencari perpaduan tetapi dalam masa yang sama menyemarakkan perpecahan dengan fitnah,kecaman,tohmahan;menggunakan kata-kata nista berbentuk serangan peribadi ke atas mana-mana pihak yang tidak digemari.Astaghfirullah.
Entriku kali ini terhasil rentetan dari isu perhimpunan yang menggemparkan Negara dan dunia baru-baru ini.Ramai yang meminta pendapatku mengenai isu ini dan ini jawapanku:
”Insiden ini menyentak lamunan kita yang rasa akan terus berada dalam zon selesa dan mengajar kita untuk lebih menghargai erti keamanan.Kita sebagai rakyat Malaysia harus berkerja sama,bersatu hati dalam menangani masalah sejagat melalui medium yang tepat.Jangan terlalu taksub pada mana-mana individu atau kumpulan dan merasakan kitalah yang benar sedangkan yang benar hanya milik DIA.Konklusi peribadiku:Untuk bersatu,kita perlu kembali kepada yang SATU”
Buat semua anak seni,khususnya,ayuh kita bersatu hati,berkongsi ide dengan rasa rendah diri.Kita majukan sama-sama industri ini.Segala perbezaan pendapat dibawa berbincang dengan sikap keterbukaan.Betulkan niat kita,ikhlaskan kerja kita,insyaAllah yang lain kita serahkan pada DIA.
Tertarik pada kata-kata sepupuku,Dr.Anwar Fazal,pada blognya,lantas mahu dikongsi dengan semua sebagai penutup entriku kali ini “Jangan terlalu galau mencari adil manusia sebelum disapa yang Maha Adil;Sang Pencipta kerana hanyasanya DIA yang mampu berlaku adil seadil-adilnya”.Renung-renungkan.
Salam Perpaduan buat semua!
Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof
15 comments:
Sangat setuju dengan pendapat Syamsul, "Untuk bersatu, kita perlu kembali kepada yang SATU". Sesungguhnya apabila hati kita semua bersatu kerana yang SATU, perpaduan akan menjadi PADU. Lihat sahaja sejarah perjuangan NABI MUHAMMAD SAW yang telah menyatu padukan hati kaum Ansar dan Muhajirin dengan mempersaudarakan mereka bagi membina kesatuan ummah di bawah satu negara perpaduan Madinah. Saya juga tertarik dengan ayat-ayat sepupu Syamsul. Sangat mendalam maksudnya. Kita renungkanlah bersama. Sekadar pendapat
subhanaAllah...alhamdulillah. insyaAllah ^_^
like habiss!
nice entry... :)
ini lah salah satu blog yang saya rasa boleh mengajar saya menggunakan bahasa melayu dengan lebih tepat.. apa2 pun, tasha suka entry ni.semuanya , segalanya yang baik datang dari yang MAHA ESA.
nice entry..
sokong sokong entry ni...sebelom menilai baik dan buruk org lain...ade lebih baik cermin tu dihala kepade diri sendiri..dan perbaiki segala kekurangan diri...kite mmg mudah menghakimi org lain tanpe kite peduli yg hakikatnye yang paling layak menghakimi kita hanye SATU...
Alhamdulillah. Tepat sekali kata-kata tuan, untuk bersatu kita semua harus susuri dahulu jalan yang dilorongkan oleh-Nya.
Sebab itulah, kita yang hina dan kerdil ini meminta setiap hari di dalam solat "Tunjukkan kami jalan yang lurus" di dalam bacaan suratul-Fatihah.
Namun, seringkali kita terlupa bahawasanya Allah telahpun menunjukkan jalan itu melalui Al-Quran dan sunnah Rasulullah. Maka, ayuhlah kita kembali berpegang kepada tali-tali ALLAH.
Nota: Saya masih ternanti-nanti klip video B&S yang berjudul Hingga Hujung Dunia.
Salam ..alahamdulilah..trpegun dgn entri yg dberi..dn sbagai insan kerdil kta brterima kasih pada phak yg brusaha menyelamat negara..syukur kta msih lagi brnafas dn dberi akal dn tenaga utk mengunakn kewarasan kta dlm melindungi negara..muga akn lahir karya yg membina membantu menaikkan nama negara kita..subahanallah..amin
betul tu... jadikan negara luar yang kucar kacir sebagai pengajaran... adakah kita mahu jadi seperti mereka... jgn kerana pendapat yang berbeza negara kita musnah...
harap2 lepas ni tak ada lagi perhimpunan haram seperti ini...
peace no war...
Oh Allah, i'm impressed!
Walaupun saya orang Singapura, saya cukup kagum dengan kemahiran awak.
This blog entry of yours really inspire me in a way or another.
both content & language used made me go, "woaahhh!"
wahhh..nice abg syamsul....:)
penulisan yg bagus. tertarik.
teruskan .. ^^
sgt suka cara penulisan syamsul...menggunakan bahasa melayu yg betul..sy sgt suka blog ni...teruskan usaha anda..
Post a Comment