Sunday, July 3, 2011

SYUKURI NIKMAT PINJAMAN

Aku dan kamu sama.Ya kamu yang membaca entriku.Kita sama.Kita anak Malaysia yang membesar dengan budaya ulung Negara tercinta.Wawasan kita sama.Destinasi kita juga sama – untuk berjaya dan membawa nama Negara ke persada antarabangsa.Jangan mudah mengalah dan rasa kecewa bila kau mendengar ada suara-suara yang berkata “Kau takkan berjaya.Kau akan terus berada di takuk lama.Jangan mimpi untuk menandingi kualiti antarabangsa” kerana aku bangun dari suara-suara sinis ini untuk membuktikan pada semua,KITA MAMPU jika kita MAHU.Ya tidak pernah dinafikan,hanya dengan kuasaNYA.KL GANGSTER telah membuktikannya.

FENOMENA KL GANGSTER yang melanda Malaysia,Brunei & Singapura bagiku merupakan titik tolak bagi satu anjakan paradigma dunia perfileman tanah air.Jelas,jatuh bangun industri terletak dalam tangan kita dan ini terbukti dengan SEJARAH KUTIPAN TERTINGGI FILEM TEMPATAN untuk KL GANGSTER.Dengan penuh rasa rendah diri,TERIMA KASIH sekali lagi,walaupun aku tahu ucapan ini tidak pernah mencukupi.

Di sini aku mahu kongsikan dengan semua nasihat-nasihat yang kuterima daripada laman sesawang Facebook,twitter dan juga dari blogku.Nasihat-nasihat ini yang kubaca saban hari sebagai insipirasi dan penguat semangat dalam meneruskan kehidupan sebagai anak seni.Terima kasih kepada pengirim-pengirim ‘tanpa nama’ ini.
_________________________
“Walau setinggi mana kau berdiri,bumi yang kau pijak dan biru langit yang kau nampak bila kau dongak,semuanya milik DIA.Jadi jangan sekali kau lupa.Setiap nikmat kesenangan dan kejayaan yang kau ada buat masa ini mutlaknya milik DIA,lantas bersyukurlah seadanya dan jangan pernah lupa”
__________________________
“Semakin kau berjaya,semakin kau harus berwaspada kerana tidak ramai yang akan gembira sama.Ikhlaskan hati dalam berkerja.Serahkan yang lain pada Pencipta”
__________________________
”Jadilah manusia yang berjaya di dunia dan di ‘sana’.Jadilah orang yang berjaya di dua dunia.”
__________________________
“Manusia dilihat dan dinobat dengan kejayaan materinya.Itu lumrah.Kau lari dari kepompong itu dan kau jadilah yang terbaik,yang lain daripada yang lain supaya kau bisa jadi contoh untuk generasi muda yang masih mencari-cari destinasi sebenar mereka”
_________________________
“Kejayaan adalah peluang untuk kau menilai siapa kawan yang sebenar dan yang sebaliknya kerana hanya pada masa ini kau mampu melihat rupa-rupa manusia yang pura-pura di balik topeng mereka”
_________________________

Jangan pernah menggelarku dengan gelaran “X Million Dollar Man”.Itu seakan meletakkan tanda harga pada diriku.Aku hanya mahu dikenali sebagai seorang pengarah kerdil yang sentiasa berusaha membaiki mutu dan hasil kerjanya  bagi menaiktarafkan industri filem negara supaya suatu hari nanti filem kita mampu berada pada strata filem lagenda sebaris dengan filem-filem antarabangsa.

Akhir kata, KL GANGSTER II – Prekual akan menyusul sebagai hadiah untuk semua dan insyaAllah jika tiada aral akan mula penggambaran selepas Hari Raya.

“I’m not the BEST.YOU ALL ARE THE BEST”

Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof


25 comments:

Cik HeIjaU harUm said...

tahniah!!bangga melihat anak melayu berjaya di tahap ini.....harap akan lebih berjaya dan cemerlang dunia dan akhirat di hari2 mendatang......amin

azimamzah said...

alhamdulillah. syukuri lah ape yg dikurniakan.

dan utk kl gangster 2, mulakan penggambaran cepat. peminat tak sabar.

Cik Miza said...

U do it very well syamsul. Teruskan berkarya. Jangan pernah lupa diri. Semoga Allah memberkati usaha syamsul..InsyaAllah..

si pemanis kopi said...

wish u all the best bro . good luck . i will always support malay film :)

Azmiah Jamil said...

You're pretty much my most favourite 'Pengarah Kerdil' of all time in the history of ever... ! ^^

bang chik said...

terbaekk arr bro....kami akan trus sapot ur movie..i respect u,, :)

naqiah said...

walau tinggi mana kita berdiri, kita tetap rendah di sisi Allah swt.. kepda Allah swt jugak kita kembali.. tahniah sbb masih mengingatiNya.. :)

Ida Ali said...

Saya anak Singapura but I love to hear stories of success from both Malaysia & Singapore. I have so much respect for you! May Allah swt always shower you with His blessings and His guidances. and yes, all these successes & rezeki are ultimately His.

qt said...

Tahniah di atas kejayaan anda.. Terbaekkkkkk !!! cekalkan hati dkm menempuh liku2 dunia ternyata ianya akan memberi impak yg besar apabila anda berjaya harungi liku2 tersebut..

Anonymous said...

Syamsul,buat yang terbaik,"give the best to the world,and the best will come back to you," iA syamsul..

Halifa Halim said...

congrats to syamsul...teruskan menyokong industri malaysia..(=

Dearie Pearls said...

kami sentiasa menyokong setiap karya kamu. semoga kamu akan terus berjaya.

sifat rendah diri ini membuatku lebih menghormati kamu.

Ganbate ne!

anis ayishah said...

congratz syamsul...bangge sangat ade anak melayu macam nie..yang masih x lupe akanNYA even dah berjaya..congratz lagi sekali

Aida said...

Salam..syukuri nikmat yg dibri,ikhlas dlm brkarya..sabar dlm mengharungi cabaran,redha menempuh gelombang..maka bhagia menjdi milik yg ikhlas ..muga rezeki brtambh..menjenguk dri jauh..your mem..

Anonymous said...

terus la menghasilkan karya2 terhebat. Moga sejarah yang baru tercipta nie tak terhenti setakat di sini ya.. may Allah bless you.. Aminn~

iynas said...

selain usaha yang berterusan, kerendahan diri dan sikap sentiasa bersyukur anda, saya kagumi..teruskan mensyukuri nikmatNya..kerana hanya dengan sentiasa bersyukur, nikmat dariNya akan bertambah, insyaAllah..

i did watch KL Gangster twice before media's good review..looking forward for KL Gangster 2..

perhaps u can make a film yang boleh memberi kesan dari segi rohaniah :-)

Defarhano VII @ HanZ said...

Tahniah Syamsul!...teruskan usaha menghasilkan filem terbaik anda...
kami, peminat sentiasa menanti buah tangan terbaru dari anda dan SKOP production...

Tak sabar nak tgk Aku Bukan Tomboy dan Bohsia 2!...



Layari juga untuk maklumat lanjut
Filem KL Gangster di Astro First?

azlina_muhammad said...

u r one of my favourite director..xpernah miss lagi tengok karya u.keep it up n your fan will always support u no matter what...all the best...

GingerKartadi said...

KL Gangster....Salute!!!! Two thumbs up plus my two toes up.....

Anonymous said...

YOU'RE REALLY DOWN TO EARTH! TERUSKAN PRODUCE GREAT FILMS, DAN MASUKKAN PELBAGAI UNSUR PENGAJARAN YE!

Ujang9897 said...

bro...gua dah tgk filem lu banyak kali..

kau memang gila bro...berani...respek sama kau...,


http://azfar9897.blogspot.com/2011/06/dialog-filem-kl-gangster.html

Paez ジェラルド said...

congratz Syamsul Yusof !!!
prekuel KL GANGSTER tu buat yang terbaeeekk ye !

Anonymous said...

"Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan ALLAH, nescaya ALLAH akan memperbaiki hubungannya dengan orang lain. Barangsiapa memerhatikan urusan akhiratnya, maka ALLAH akan memerhatikan urusan dunianya. Barangsiapa yang menjadi penasihat untuk dirinya sendiri, maka ALLAH akan menjadi penjaganya." [Ali Bin Abi Thalib]

Moga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada Dia Yang Maha Penyayang. Barokallahufeek!

ask2hyatt said...

LOve ur Soul. Wish you all the best ..!! keep it up !! (:

yoreyore said...

salam bro shamsul..filem lu mmg terbaik bro, setakat ni gua xlps lg...filem KL gster 2, ada bro rosham kn??..lg gmpak la kn..tp law ada bro zul huzaimy, lg best bro..rndu dh lakonan action dia sbg wktak jht..2 hya pndapat gua ja bro..apa2 pon gdluck, lu mmg best bro!!!!