Sunday, June 19, 2011

"Bukan PASTI,tetapi INSYAALLAH" KUTIPAN TERKINI MENCECAH RM 11 JUTA.Syukur..


Hari ini,saat ini,aku sujud syukur pada Ilahi.Aku berdiri dengan penuh rasa rendah diri.KL GANGSTER telah berjaya melakar sejarah kutipan tertinggi filem Malaysia mahupun antarabangsa yang pernah ditayangkan di serata pawagam seluruh negara,tidak ketinggalan juga di Brunei dan di Singapura.

Ini bukti jelas rakyat kita sebenarnya dahagakan karya anak-anak Malaysia dan mampu memberi 100% sokongan pada industri perfileman tempatan.Kejayaan ini bukan kejayaanku dan warga kerja SKOP Production semata.Ini adalah kejayaan buat semua penggiat seni filem tanah air dan dalam masa yang sama kejayaan buat semua rakyat Malaysia.TAHNIAH buat kalian semua!

Saat ini,perasaan gembiraku bercampur baur dengan hiba.Masih terasa kehangatan tanah yang ku genggam di pusara Arwah Tok Wan hampir 8 bulan yang lepas,usai talkin yang menggetarkan jiwa raga.

“Tiada apa yang mustahil jika kau bersungguh-sungguh berkerja,ikhlas dengan niat yang baik.Yang lain kau serahkan pada DIA.DIA tahu kerja DIA.DIA Maha Adil.Orang nak cakap buruk tentang kita,biarkan.Orang mahu perlekehkan usaha dan hasil kerja kita,biarkan.Jangan melatah dan mudah naik darah.Fikir sebelum kau bercakap dan bertindak.Terlajak perahu boleh diundur.Terlajak kata?Berganding bahulah dengan Papa dan keluarga.Merekalah orang-orang yang tidak akan pernah jemu memberi sokongan dan akan terus membantu sampai bila-bila,walaupun sampai Tok Wan tiada.. ” 

Itulah amanat  Tok Wan dalam  bual  terakhir sebelum dia dijemput ‘pulang’ meninggalkan aku yang masih terus berjalan dalam perjalanan kehidupan yang entah bila akan tamat.

Maafkan aku jika entriku kali ini lebih ‘melodramatik’ bila sepatutnya lebih ‘entusiastik’ dengan kejayaan luar biasa KL GANGSTER.Bukan apa,hakikatnya,jika kita selami jiwa kita,semangat yang kita bawa saban hari dalam meneruskan kehidupan hakikatnya datang dari asimilasi emosi yang seterusnya menghasilkan semangat membara yang mampu mendorong kita untuk lebih giat berusaha.InsyaAllah,kejayaan itu akan datang pada kita sebagai hadiah daripada DIA untuk hamba-hambaNya yang terus berusaha.

Jika aku mampu berjaya,kamu juga mampu berjaya kerana aku tidak punya formulasi rahsia.
Ini formulasiku:

1)Usaha berterusan tanpa kenal jemu 2)Belajar dan jangan malu bertanya dengan ‘orang lama’ 3)Sentiasa terbuka dalam mendengar buah fikiran orang,tidak kira siapa. 4)Hormati dan jangan sesekali mengecilkan hasil kerja sesiapa. 5)Jangan takabbur jika sudah berjaya kerana bak kata DIA;”Orang yang takabbur akan lebur” 6)Restu ayah,bonda dan keluarga jadi prioriti utama.                                                        

Jangan pernah putus untuk berdoa pada DIA kerana segalanya mustahil hanya dengan kuasaNYA.

Ya,hanya formulasi biasa bagi orang biasa sepertiku,namun yakinlah,yang biasa itu bisa jadi luar biasa jika kita PERCAYA.

Bukan PASTI,tetapi INSYAALLAH!

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA BUAT SEMUA YANG SUDAH MENONTON “KL GANGSTER” DAN YANG MASIH BELUM MENONTON,JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK KITA SAMA-SAMA MELAKAR SEJARAH MEMARTABATKAN FILEM MALAYSIA DI PERSADA DUNIA!

Pengarah kerdil,
SYAMSUL YUSOF

P/s:InsyaAllah,hari ini,nantikan 'sneak peak' untuk single terbaruku;Burn & Soul "Hingga Hujung Dunia" di youTube-hadiah untuk semua :)

P/s 2:InsyaAllah,KL GANGSTER-Pre-kual akan menyusul.Doakan.Juga hadiah untuk semua :)

48 comments:

si pemanis kopi said...

congratz bro . tak pernah miss all ur film . pedulikan semua halangan n cakap cakap kosong org lain . just be ur self !! good luck !

Anonymous said...

congrats bro :)

dapi said...

Tahniah! c",),harap ad sambungan yg ke 2 . :)

Falcoa wa ! said...

terbaikk bro ! tetapi aku masih xsempat lagi tgk kl gangster...adoii...kenape laah k.terengganu tak ade wayang...adoii !

Anonymous said...

tahniah ats kjayaan luar biasa anda..dikala ada yg memndg rendah keupayaan anda, ingtlah masih ada rmai diluar sana yg sntiasa menyokong anda spenuhnya...namun berhati2lah agar anda x mudah lupa diri...antra kesusahan (kegagalan) dn kesenangan (kejayaan), dugaanNya yg paling hebt tuk hamba kerdil sprti kita adalah kejayaan..mudah2an anda x mudah rapuh dn goyah dgn nikmt dunia yg smntara cuma...ku titipkan doa agar dirimu kekal berjaya dn dibarkatiNya dunia n akhirat...keep it up ur good work bro... ;-)

~member_mll@yahoo.com~

epol said...

Tahniah bro..memang karya macam ni yang rakyat malaysia mahukan..biar karya gempak dan keluar dari kepompong tipikal filem melayu yang biasa..semoga lebih sukses selalu

D'zunnur said...

Malah aku lbih percaya filem ni mampu mengaut lbih 13juta!
Kalo dpt meng'cameo'kn castello dlm prequal nnt...mst gempak x igt...

Anonymous said...

Congratssss...semoga kejayaan ini akan lebih mendorong ke arah yang lebih tinggi & maju di masa yg akan datang...:)

Anonymous said...

ui xsabar mau tgok ni...kat tawau blom sampai ag filem ni...u the best la bro

SonaLee Afzan said...

alhamdulillah, tahniah di atas kejayaan yang dikecapi..
never even missed your movies but this is the best movie so far..

semoga syamsul akan lebih berjaya di masa akan datang..

keep it up bro.. ♥♥♥

jamalbenamin said...

shark tahniah bro..lu mmg pengarah terbaek..keep it up dude..msuh byk yg perlu dibelaja..ak berharap agar filem2 Malaysia bkl setanding ngn filem2 di lua sne..Congrat bro!!Malaysian syg u..seres,hahaah :-D

chairul rizwan said...

Congratssss... moga allah s.w.t memberkati usahamu... teruskan perjuangan di persada seni tanah kita bro... percaya pada diri sendiri bro... good luck :)

moroz said...

..smlm br tgk,x sdr dah hbs..mmg berkualiti..setanding dgn filem2 hebat dunia..

Anonymous said...

Congratz Syamsul..
Hope next fil will be more best :))

Anonymous said...

Congratezz bro...filem syamsul yusof mmg tip top...teruskan berkarya dan jgn lupa diri!!!

Anonymous said...

Best bro. Wa ari pertama aje dah g tengok kat cinema d brunei. Dia punya sengat...fuhh.. Skali tengok tak puas. Ni yg buat wa bengang ni rasa nak pancung kepala nyamuk yg wa bela kat rumah wa lah. Cpat2 la buat sambungan yg kedua! Wa tgh panas ni~

Anonymous said...

"4)Hormati dan jangan sesekali mengecilkan hasil kerja sesiapa."

sangat setuju. saya suka org yang ada sikap begini.

ps; kejayaan KL GANGSTER tahniah kepada semua krew produksi dan pelakon!!! ^^

Anonymous said...

Assalamulaikum...
Congrate ats kejayaan awk!
chaiyook...
~~buona fortuna. non si lavora con il suo status di cuore sincero~~
Remember ALLAH SWT..InsyaALLAH... you can go beyond ur espectation!

Azizi said...

Tahniah..sy slalu mengikuti p'kembangan movie2 anda..

Untuk teruskn kutipan wayang.. sila jgn siar kn di Astro First kerana Astro First adalah pembunuh kutipan2 filem2 tempatan.. Sbb nye bila sudah di kuarkn di Astro First, Byk pages dan bloggers2 yg menawarkan utk di download dn CD/DVD2 cetak rompak pn menjual atas trade mark Astro First..

Boleh di tayangan di Astro First tetapi selepas 3-5bulan tayangan habis di pawagam..

Kerana Astro First sesetengah org tidak mahu ke panggung lg dan mengharapkan utk di download apabila keluar di Astro First nnti..

~shyaena~ said...

congrates bro~!! cite nie mmg gmpak.. cinema kt almanda full house untuk 5 TAYANGAN~!! waoww..nseb smpat beli tiket.. :D btw keep up ur gud bombastic work k. x saba nk tnggu movie u y lain..

Anonymous said...

11 million dollar man.... steady bro!!!

Anonymous said...

tahniah sgt2....smoge x akn smbg n sntiasalah mrendah dri...just sdkt sdih,smpi skang x dpt nk tgk kl ggter lg sbb asyik dtg ms tkit da sold out jer....x per,cb next week tgk cmner...huhu

Unknown said...

TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH....KLG MEMANG BEST...

Arya Putra said...

tak sabar nak tunggu KL Gangster II pula!

tapi harap lebih baik dari KL Gangster (babak perlawanan) dan harap lebih dahsyat dari filem 8 jam..

♥cikmOt♥ said...

tahniah bro...cerita memang best...you deserved for it...

tapi sori to say...sangat menyampah kat shark...takde hati perut...hehehe

Anonymous said...

Tahniah bro.dalam banyak2x filem melayu yang aku dah tonton, KL Gangster adalah yang terbaik.Dari semua segi adalah tiptop.x meleret, pergaduhan nampak real, dan jalan cerita yang pantas tapi senang difahami. Anda memang berbeza daripada pengarah lain..gud luck bro..teruskan usaha..

muCux said...

tahniah~
baca pesan tok wan sangt meremang bulu roma n sangt touching. . .
teruskan usaha. .

**wa ingat lu sudah mampos!!!

rahmahmokhtaruddin said...

Salam tahniah berganda-ganda buat saudara! Semoga terus giat mengarahkan filem-filem yang lebih baik pada masa hadapan ^__^

Wah, ada sneak peak Hingga Hujung Dunia! Grand!

Menanti prekuel! Kalau ada siri filem KL Gangster pun, saya menanti juga!

Anonymous said...

Tahniah bro.

Pertama kali tengok cerita tempatan yg mempunyai jalan cerita yg best + aksi yg mantap, tak meleret leret. Every second counts. Keep it up bro! From there we know you have done a good homework. You have pushing Malaysian movie to the next level.

Next prequel, cadangan kalau u masukkan elemen/watak Polis. Kerana se-gangster mana pun, jgn lupa ketangkasan SB/Polis Kuala Lumpur. Sebagai ingatan pada remaja yg terasa konon mereka nie gangster-lah sangat.

Good job!

Anonymous said...

Anda memang class-man.

arekeyz_studio said...

Alhamdulillah Tahniah & MABRUK semoga Dengan Kejayaan ini menjadi titik tolak kejayaan yang seterusnya....

M Fizan said...

tahniah2..salute2 :)

Ujang9897 said...

cayalah bro...

gua antara terawal tgk masa pra tonton...dan dapat agak dah filem KL Gangster boleh capai lebih 10 juta..

tahniah

layan dialog2 yang sengat..!!!

http://azfar9897.blogspot.com/2011/06/dialog-filem-kl-gangster.html


hee

En arm said...

Tahniah... x tau nk cakap ape, tp yg pasti filem ni mmg best dan sgt berkualiti..

fadzlyismail said...

BRO..YOU LAYAK JADI PENGARAH TERBAIK BRO...FILEM2 KO ADALAH YANG TERBAIK BUAT MASA NIE..KEEP IT UP!!! WE WILL SUPPORT MALAYSIA FILM INDUSTRI!! HOPE ADE LAGI SAMBUNGAN KL GANGSTER!

SEMOGA BERJAYA!!!

ewiezz said...

Frankly, 1st time watch ur movie in cinema and ... my 'Angelus' is back!!!!

Ni ca said...

tahniahh!! alhamdulillah.. Benar. di sebalik kepahitan, ada kemanisan . semoga terus mmberi inspirasi bg anak muda d luar sana :D

Defarhano VII @ HanZ said...

terbaik lah bro syamsul... memang layak kamu dapat Pengarah Terbaik lagi sekali untuk tahun ni... ;-)

Layari juga update terbaru
Biodata Syamsul Yusof Haslam

Hehe...kalau salah tolong betulkan ;-)

Anonymous said...

tahniah... filem nie memang yg trbaik la...

Aety Hassan said...

tahniah Syamsul!!! you really deserve it!! you adalah contoh kepada pengarah generasi baru... CONGRATULATIONS!!

Anonymous said...

Bro kl gangster mmg stylo beb..aku hrp ko leh wat cite aksi ala-ala fast 5,ocean 12 or italian job.kompem gempak.and wt tuk interntional standard la.

sehinggahujungdunia. said...

syamsul..tak sabar nak tunggu lagu terbaru syamsul dengan dr.burn..apepun congrats syamsul..

Azmiah Jamil said...

Syamsul Yusof, i really appreciated your hard work & i enjoy watching KL Gangster very much. I learn from you, your secret of this success, your formulas of being humble, through this writing and this make me respect you more.

Thank you Syamsul Yusof, for so bringing to life this movie and creating this own gangster story, which feels so real, yet so worried. It's led me to realize that a gangster life is just like that - leaving a person feeling trouble, conqueror yet nothing.

Yeah, you are great filmmaker! I wish you success and never forget Allah. Amin.

And here there my love confess to you. http://thatsourmia.blogspot.com/2011/06/syamsul-yusof.html

Say Alhamdulillah, All praises to Allah ;)

Anonymous said...

KL Gangster memang Terbaik!!!
Tetapi yg sedihnye tu, di SG movie tu cuma ditayang di dua pawagam....
Sedihhhhhhhhh.... Saya harap next time SKOP Productions and Syamsul Yusof will try to get his movies to be screened in more cinemas here in SG!

Nieyla Nadia said...

KL gangster mmg best..x bosan tgk banyak kali..hehehe..nak tunggu KL Gangster 2 lak..=) All The best..=)

PahlawanEratSejati said...

Sebelum2 ni aku hanya nantikan filem aksi dpd hong kong dan us je kalo nk tgk kt wayang..dulu2 kalo harap nk tgk filem aksi dpd malaysia pun hrp drama pendekar je mcm keris hitam bersepuh emas,hati waja dan sebagainya..terhibur lihat aksi lawan faizal hussien,eman manan..bila filem Haq di tayangkan aku rasa mgkin ini filem aksi yg baik pernah aku tonton,kerana sememangnya Adi putra dan zulhuzaimy lakonan diorg mengkagumkan aku tpi bila tgk trailer kl gangster akn di tayangkan hti aku mula meronta2 nk tgk..aku yakin n pasti inilah filem aksi malaysia yg terbaik akn hdir..filem yg akn di banggakan seluruh rakyat malaysia..aku kagum dgn kmampuan dan hasil karyamu syamsul yusoff..kl gangster juga ada kelemahan,stiap ssuatu psti xda yg sempurna..kita akn lbih bljr dpd kesilapan..Aku bangga sbb dpt lihat jugak filem aksi bertaraf antarabangsa dpd hasil ank tempatan sblm aku mati(yela hidup kita ni x lama kan,xtau bila mati)..such a proud of u..be the best..smga rezki Allah sntiasa dimurahkn utkmu..Aminn..

Gixxer said...

just watched KL GNGSTER bro. i have to say congratulations!!! that was an awesome movie!!! totally different, out of expectation!!! pemilihan plakon2 yg tpat! and also your KHURAFAT really freaks me out!!! smoga berjaya dan terus menghasilkan kerja seni yg bermutu. TAHNIAH dari Brunei.

Anonymous said...

Kesabaran yang teguh juga rahsia bagi setiap yang berjaya... InshaALLAH, bila sentiasa berlapang dada dan berbaik sangka kepada ALLAH kita, segalanya dapat diharungi dengan rasa redha... Bila kita yakin kita ada DIA, apapun rintangan dapat dilalui tanpa rasa kecewa... Moga kekal teguh dalam mengharung hidup. Barokallahufeek!