Monday, June 13, 2011

Sesuatu yang BIASA boleh jadi LUAR BIASA jika kena pada caranya..


Entriku pada slot akhbar minggu lalu.Buat yang masih belum membacanya,bacalah.

Hari ini aku mahu bercerita.Cerita tentang KL GANGSTER.

___________________________________________________


*Sinopsis KL GANGSTER*
___________________________________________________

Ya itulah ceritaku.KL GANGSTER.

Mungkin ada segelintir yang bila saja tamat membaca ceritaku ini akan terus melabel cerita ini cerita tipikal;“Stereotype” atau paling tidakpun medioker;”Mediocre”,dan mungkin juga ada yang mencebik seraya berkata dalam hati “Cerita biasa dengan ide biasa yang berulang-ulang diguna pakai dalam pembikinan filem serata dunia untuk memaparkan isu gangsterisme.Huh,tiada yang istimewa”

Itu monologku sendiri dalam cuba mentafsir rentak fikiran sejagat bila saja kuceritakan sinopsis filem arahanku yang ke-5 ini.

Aku mahu semua cuba berfikiran terbuka.Sesuatu yang tipikal dan bersifat repetatif tidak semestinya tidak berkualiti dan tidak mampu menambat hati.Cara persembahan dan visualisasi yang kreatif mampu saja menghasilkan satu impak baru yang positif malah mungkin lebih ekstravaganza dari sebelumnya.

Aku suka menggunakan metafora ini; “’Jeans’ masih terus diguna pakai oleh semua tidak kira usia,walaupun ‘jeans’ pertama yang dihasilkan sudah beratus tahun lamanya.Kenapa ‘jeans’ masih terus diminati? Pada pendapatku kerana ‘jeans’ terus divariasikan pada gaya potongan dan coraknya mengikut peredaran masa walaupun materialnya masih sama”  Sama-sama kita fikirkan.


Akhir kata,KL GANGSTER;sebuah eksperimentasi realiti kehidupan yang cubaku visualisasikan pada skrin wayang buat tontonan masyarakat tempatan.Jangan mudah menghukum seseorang bila yang selayaknya menghukum yakni Tuhan tidak pernah putus memberi peluang untuk sebuah perubahan.

Terima kasih atas sokongan anda semua.Terkejut juga bila trailer KL GANGSTER di YouTube hampir mencecah totoal kumulatif 650,000 penonton dalam masa hanya 1 bulan.TERIMA KASIH dan JANGAN LUPA UNTUK KE MENONTON DI PANGGUNG SERATA MALAYSIA, BRUNEI dan SINGAPURA pada 9 JUN INI!

“Sesuatu yang biasa boleh jadi luar biasa jika kena pada caranya.”

Al-Fatihah buat Allahyarham Aimi Jar, Allahyarhamah Seniwati Mahyon Ismail, Allahyarhamah Puan Orkid Abdullah & semua arwah pelajar tahfiz mangsa tragedi tanah runtuh Hulu Langat.

Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof

P/s : Alhamdulillah,hari ini sudah masuk hari ke-5 dan kutipan terkini mencecah RM6.5 Juta.TERIMA KASIH SEMUA!Nantikan entriku yang terbaru pada hari Ahad ini dengan tajuk "Bukan PASTI,tetapi INSYAALLAH"

26 comments:

Anonymous said...

yupp...
“Sesuatu yang biasa boleh jadi luar biasa jika kena pada caranya.”

filem ni mmg best...
aktor,lokasi, skrip mmg kena pd tmpatnya...

All the best...

Siti Nor 'Ain said...

awesome :)

Qarl said...

well done bro!

all your hard work paid off!

next film plak. Bohsia kan?

syaminismail said...

syabasss dan tahniahhhh bro...
ak nak bg 1 cadangan la hope anda buat flim ttg "Mail Lambung" aksi komedi~zizan watak utama kompom meletop nnt bro....hope sgt anda buat flim aksi komedi plak lpas nie...

Unknown said...

congrats and keep it all up...keen to see more of such in future...

Anonymous said...

tabik spring kat lu la bro....KL Gengster terbaek!!!...wa nak saman lu psl guna nama KL...org KL x gengster....hahahhahha...
skalilagi tabik spring lantun2 la kat lu!!...tp sejam setengah xcukup bro...kasi up sket

PiKa PiKa In Da HoUse said...

saya suka filem2 abg syamsul...
best giler

Arya Putra said...

kami nak sekuel KL Gangster dan pastikan filem tu 2 jam! tak puas tengok abang long dil! ahahaha!

by the way tahniah bro!

isandraviolet said...

tahniah, bro. memang respek sgt kat cerite2 yg u buat. seriously, u mmg talented. dari segi pemilihan pelakon, dialog, scene, efek bunyi and evrything mmg best giler. haha. cayalah bro. teruskan merendah diri dan yg penting ingat allah selalu. kami akan selalu support u and wish u success in your life and career.

Anonymous said...

bia ape org kate bro...janji cite lu mmg gempak,pnuh ngan aksi sampai abis cita...gua sentiasa sokong lu punya cerita sebab cerita bro x prnah kecewakan saya...fokus bro....gua percaya lu boleh pegi jauh lagi...

Anonymous said...

filem kl gangster antara filem melayu yang saya rasa terbaik sangat2 untuk tahun 2011 ini..keep up hasilkan filem yang baik lagi ya bro.

Anonymous said...

congrats abg syamsul.. all the best to you ! wishing u good luck ! :D

rashid raslan said...

terbaik...!!
kami semua menantikan filem-filem aksi yg lebih hebat dari shamsul yusof..

Anonymous said...

bangga industri filem kita ada syamsul sbg pelapis...

dLa Suri said...

Congrats & Keep it up! :)

farhana ♡ said...

Congratulations!I read a lots of reviews on blog, and they said KL Gangster is one of the best malay movie ever.. tho,i have yet to watch it myself since its not yet available at Miri cinema..but I'm so excited to watch...gonna run to cinema once it available here.

Btw,I'm always a fan of your works. Keep it up!^^

aisya ecah said...

congrates samsul....sukeee drama2 u buat...sangat berani..:)

Defarhano VII @ HanZ said...

Tahniah...sy berbangga dengan anda!... phewit...dari dulu smpai skarang, skop production tidak mengecewakan...yezza


Kutipan Terkini KL Gangster

;-)

DeQWa said...

taHNIAH SHAMSUL...

Gucci Prada Jb said...

Congrat's Syamsul...u the Best Director!!..

nian_kencana@yahoo.com said...

syamsul,u r awesome!

amy syifa said...

congrats syamsul yusof!
cerita yg superb..! suka dialog dlm filem ni gila2..!

maybe next time blh try genre komedi pulak..=)

movie review-KL gangster

http://hujan-pasti-berhenti.blogspot.com/2011/06/kl-gangsterkalau-aku-tahu-kl-ada.html

AziE said...

Tahniah. Dah lama nak tengok filem melayu cenggini.

Demisofea said...

Congrats.. definitely one of the best i've seen so far. maybe bleh buat prequel pasni sbb dlm movie ni takde tunjuk sikit pun mcm mane jahatnye malek tu dulu. kalau tak this movie dah cukup perfect. anyway... still a brilliant job. thumbs up to u!

MalaysiaKu said...

the best is to do ordinary things extra ordinarily.. good job bro..

misz upin ipin said...

tahniah syamsul yusof atas kerjayaan yang d perolehi....
KL Gangster mm terbaikkkk...
best sgt2.....