Tuesday, April 12, 2011

SINOPSIS "KL GANGSTER"


         KL GANGSTER mengisahkan cerita hitam dua beradik;Malik dan Jai yang telah terjebak dalam dunia gangsterisme.Malik (abang Jai) telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark,anak tiri King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL.Setelah dibebaskan,Malik bertekad ingin berubah serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

         Malik menjalani rutin kehidupan seperti orang biasa  yang lain sambil menjaga ibunya yang sudah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengannya  sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malik memulakan kehidupan baru.

         King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malik dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL.Berlainan pula dengan kehidupan adiknya Jai yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang tetapi dengan kemunculan Malik,Shark terasa tergugat dan tercabar.

         Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malik tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malik yang dianggap sebagai sahabat lama yang sudah banyak berjasa.King kurang senang dengan kerenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin.

         Dalam diam dan dek terlalu tamakkan kuasa,Shark mula berdendam dengan ayahnya dan bagi Shark,Maliklah punca segalanya. Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Di sinilah bermulanya konflik antara kesetiaan keluarga dan kumpulan. Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka?

Segala-galanya akan terjawab dalam  "KL GANGSTER" - 9 JUN 2011


-ENGLISH version-
         KL Gangster narrates a dark story about 2 brothers - Malik & Jai who dabbled in the secret society world. Malik (Jai's elder brother) was imprisoned for 5 years as he was betrayed by his own gang members namely Shark - stepson of King whose the most influential ringleader of the gang in KL. Upon his release, Malik was determined to change and distanced himself from his past secret life as a gang member.

          Malik led a routine life as a regular person whilst taking care of his aging mother. Albeit, it was a challenging task as society tends to look down on ex-convicts like him. He is often harassed by other gang members who harbour vengeance towards him until King emerged to help him build a new life.

          King ordered his men not to disturb Malik's territory and this became unfavourable to his stepson, Shark who wanted to be the 'KING' in KL.

          On the contrary, Jai was still lost in his affluent lifestyle and gangster world. Wealth meant everything to Jai and this was attainable through the dark underworld he's dabbled in. He would do anything for money & power. Jai is one of the main roles in Shark's mission. He would execute whatever Shark wanted him to do. Shark's gang grew but he still felt threatened & challenged by Malik's presence.

          Many attempts were made to bring Malik down but it always fell apart by Shark's own stepfather King who often got Malik's back. He regarded Malik as a long-time friend who had done a lot of good for him. King became displeased with Shark who instigated fights involving other gang members. This tensed the relationship between the father & son.

          Discreetly, Shark resent his stepfather and blamed Malik as the major cause of this.

          Shark ordered Jai to destroy his own brother. This is the beginning of a conflict between family loyalty and gang member. Soul or Dignity? Where is the end of their battle?

All of these will be answered in "KL GANGSTER" - 9 June 2011
-Translated by Khad- 


PELAKON:
Aaron Aziz (Malik)
Syamsul (Shark)
Adi Putra (Jai)
Soffi Jikan (Ajib)
Adam Corrie (Dragon)
Ridzuan Hashim (King)
Zizan Raja Lawak (Fadil) 
Sheera Iskandar (Zati)

KL Gangster Official Trailer 
 



23 comments:

maya said...

pasti tengok!!! terbaik syamsul!

Fyraz Razali =) said...
This comment has been removed by the author.
PReDicToR said...

wahh...macam menarik cerite nei...tp lame lg nak tayang rupanya...

Nur Nadhirah said...

I'm looking foward to this film :)

Arya Putra said...

terbaik la bro..
hope filem ni meletup jugak macam Khurafat!

aiman&qila said...

abg syamsul bile pulak nak ambik saye berlakon
dalam filem abg syamsul...

ezza said...

serius xsabar nak tgk movie nie...
peace....

Alal Yaakub | PM said...

kejam la ko bro,apsal kluar lambat sngat..HAHA

DYJAuseri said...

hope its worth watching. all the best.

CutieIntan said...

i'm looking forward for your new film..congrats anyway!!!

bidadari_liessa said...

gud job en soul...

Arya Putra said...

harap2 filem ni meletup!
tak sabar nak tunggu kemunculannya di pawagam!

yann said...

insyaallah pasti tgok filem nie :)

mawa said...

OMG!mst best!x saba nk tgk!

Anonymous said...

macam sonok je..tp ape pasal kat kl je.dlu kl menjerit pas 2 kl drift

white tiger said...

menarik... insya allah nk kena p tgk nie... semoga filem nie akan berjaya....

afiera ayop said...

preview film bile???

BurnsouL said...

trima kasih smua

aida@adik said...

best sgt cter KL gabgster..100% aksi...semoga samsul akn trus ngn filem aksi yg lbh best...btw best bb xada heroin still dpt tarik penontot..

Raden said...

congratulations on the production of this very good film. i will surely continue 2 support local film..and it's all because of you!!

entry untuk syamsul yusof

raziems said...

mmg gempaq filem nie.. patut ditonton.. tahniah..

.::puppet::. said...

terbaik der..stakat ni mmg cte ni yg aku sgt puas ati tgk kt panggung...make sure ada KL Gangster 2...hehe...keep it up..

rahmahmokhtaruddin said...

Sudah menontonnya, terbaik! Saya sudah menulis sedikit review di blog saya. Pertama kali menulis review filem!

Saya ternanti-nanti single terbaru Burn & Soul. Kenapa ya tiada lagu dari kalian untuk filem KL Gangster? Sedikit kecewa T___T

Apa-apa pun teruskan usaha, bro!