Sunday, August 21, 2011

Ekspedisi Mencari Ilahi



“LabbaikAllahumma labbaik
Labbaika laa syarikalaka labbaik
Innal hamda wal-ni’mata
laka wal-Mulk La syarikalak!”

“HambaMu datang menyahut panggilanMu,ya Allah
HambaMu datang menyahut panggilanMu,ya Allah
Tiada sekutu bagiMu.HambaMu datang menyahut panggilanMu.
Sesungguhnya segala pujian,nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu.                               
Tiada sekutu bagiMu..”

Entah ke berapa kali dakwat basah pena yang kuguna ini bersatu bersama titisan air mata yang tidak mampu ku bendung pada kelopak mata.Berkali-kali kuseka dengan serban  yang disarung pada leher namun makin deras mengalir air mata kerana baunya menggamit bauan kota itu.Sungguh,walaupun baru kaki ku menjejak bumi Malaysia,hatiku masih di sana, di kota penuh barakah dan di kota di mana segalanya bermula;Mekah Al Mukarramah.

Walaupun ini umrahku buat kali ke-4, tetapi aku mengira ia sebagai yang pertama kerana umrah kali ini adalah pada tika aku sudah menginjak dewasa dan sedang dahagakan ‘ketenangan’ dan ‘jawapan’ pada setiap persoalan dan kemelut yang melanda jiwa anak muda yang hidup pada akhir zaman yang penuh dengan cabaran serta dugaan.Lantas aku namakan umrahku  kali ini dengan “Ekspedisi abdi mencari Ilahi”.

Ekspedisi bermula di kota Madinah bila mana kami dijadualkan untuk berada di sini selama 3 hari yang dirasakan terlalu singkat.Masjid Nabawi membuat diri terbuai.Rindu.Gah tersergam.Di sinilah Nabi Muhammad s.a.w berserta Saidina Abu Bakar As Siddiq,Saidina Umar Al-Khattab dan Saidatina Aisyah disemadikan. 
“Bersembahyang di masjidku  ini pahalanya adalaha seperti 1000  sembahyang di tempat lain melainkan di Masjidil Haram”
Alhamdulillah dimudahkanNya untuk kami menjaga solat jemaah ,solat sunat dan berdoa di Raudhah.Alhamdulillah.

Setelah memberi salam  ucapan selamat tinggal pada makam Baginda dan sahabat baginda,kami meneruskan ekspedisi ke Mekah.Tiada diskripsi yang mampu kunukilkan dalam memberi gambaran rasa betapa agungnya Pencipata dan betapa kerdilnya diriku sebagai hambaNya yang hina bila tiba di kota Mekah.


Umrah wajib,pada tawaf yang pertama,dalam pakaian ihram,demi Allah,aku menangis teresak-esak tanpa rasa segan silu.Bila mata melihat Ka’abah segalanya akan berubah.Percayalah.Jiwa raga jadi lemah,selemah-lemahnya.Terbayang pada skrin paparan minda segala dosa lalu yang ku lakukan namun DIA terus mengampunkan dan terus-terusan memberi nikmat dalam kehidupan.Astaghfirullah.

Kolumku di sini tidak akan cukup untuk dijadikan medium penceritaan menyeluruh mengenai ekspedisi umrahku kali ini.Lakukankalah umrah dan lawatilah sendiri.Jika ada yang sedang mencari tempat untuk dilawati,aku syorkan Madinah dan Mekah dijadikan destinasi lawatan dalam percutian.kerana kota-kota besar lain seperti London,Australia mahupun Los Angeles tidak akan mampu memberi satu kepuasan mutlak ‘dalaman’.Buah tangan yang  akan dibawa sekembalinya dari lawatan ke dua kota ini;Madinah dan Mekah bukan hanya pada kebendaan tetapi jauh lebih berharga daripada itu;keinsafan.
 Allah telah beriku ilham bersama sepupuku Dr Anwar Fazal di sana dan kami telah menggubah sebuah lagu untuk ‘single’ kami yang  terbaru ;”HIDAYAH” - Burn & Soul Re-born Edition
Hayatilah liriknya di http://burnofburnsoul.blogspot.com/2011/08/hidayah-burn-re-born-6th-single.html
Lagu penuh insyaAllah akan siap seawal Syawal.
Hayatilah..


Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof

11 comments:

aisyahmokhtar said...

alhamdulillah. semoga rahmat n hidayah Allah terus membantu kalian mencariNya yg abadi. aminn ^_^

Halifa Halim said...

alhamdulillah..tiada yang lebih menginsafkan selain daripada mengabdikan diri kepada Allah S.W.T..

Syafikah said...

Alhamdulilah :) Segalanya terbaik . Amin =]

Anonymous said...

Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar..

Segala yang terindah itu milik Allah SWT..... :-)

Aida alisha(wssy) said...

Subhanallah,alahamdulilah,allah akhbr..diberi kta sedetik nafas utk kta merasai nikmat keinsafan..syukuri krana dgn masa, tenaga dn peluang yg dbri memudahkn apa yg ingin kta dekati dn insafi..bla kta jauh tpi dgn rasa insaf dn syukur akn mendekatkn kta kepadanye..muga rahmat dn berkat tuhan mengiringi doa-doamu..amin

Anonymous said...

Alhamdulillah...

jika kita slalu ingat padaNYA, pasti dan yakinlah bahwa DIA juga akan sentiasa 'dekat' dgn kita...dipelihara iman kita dan diberi petunjuk dan hidayahNYA agar kita kekal berada di jalan yang benar..

InsyaALLAH...

~Izaidah~

Rahmah Mokhtar said...

Dengan nama Allah,

Alhamdulillah.

Semoga segala usaha kita mencari dan menelusuri jalan-Nya sentiasa dipermudahkan dengan rahmat Tuhan yang Maha Luas. Amin...

Ihdina as-siraat al-mustaqim!
Itu doa kita setiap hari dan semoga langkah kita seiring dengan doa yang dilafazkan itu. Amin!

Mahu ke sana juga! Semoga dipermudahkan Allah, amin.

nadia s said...

Alhamdulillah..syukur Ya Allah..Kau y bkuasa mberi hidayah n Kau y bkuasa menarikny kmbali..Ya Allah..letakkan kami dikalangan hambaMu y sntiasa mdpat hidayahmu..merasai kemanisan iman..indahnya Islam..amin Ya Rabb..

shazwaninasa said...

oh ya, nak ucapkan tahniah atas kejayaan, esp all the awards yg menang FFM haritu, teruskan menghasil filem2 yang berkualiti yg bila tgk Perghh! mmg setaraf antarabangsa, i cant wait to watch Aku Bukan Tomboy, it was used to be part of my life too once :) Congrats to all the team! :D

Anonymous said...

assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah. umi dan abah syamsul berjaya mengajar anak seperti syamsul untuk menjadi hamba Allah yang sentiasa merendah diri. maaf dari ini, kerana pernah bersangka buruk terhadap syamsul. sungguh, umi dan abah syamsul berjaya mencorak syamsul menjadi seorang yang tawadhu' dan qanaah. moga syamsul terus berjaya di dunia dan akhirat. semoga bertemu cinta sehingga ke syurga jannah.

Anonymous said...

“LabbaikAllahumma labbaik
Labbaika laa syarikalaka labbaik
Innal hamda wal-ni’mata
laka wal-Mulk La syarikalak!”

“HambaMu datang menyahut panggilanMu,ya Allah
HambaMu datang menyahut panggilanMu,ya Allah
Tiada sekutu bagiMu.HambaMu datang menyahut panggilanMu.
Sesungguhnya segala pujian,nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu.
Tiada sekutu bagiMu..”

apabila saya terdengar atau terbaca ayat ni , hati teros menajdi sebak , sebab saya belom lagi berpeluang untuk ke kota mekah . melihat ka'abh di tv sahaja sudah membuat kan saya rasa mahu terbang untuk ke sana .

kalau awak ke sana sekali lagi . doa kan lah juga untk peminat awak di sini .