Tuesday, September 20, 2011

MELAKAR SEJARAH DALAM SEJARAH

 
23 Februari 1950
Bukit Kepong,
59 km dari bandar Muar,Johor
Sebelum beduk sempat diketuk memanggil jemaah untuk menunaikan solat Subuh sebagai pembuka tirai hari dalam penuh keberkatan,  serangan gerila komunis penuh tragis  bermula.

Balai polis Bukit Kepong diserang oleh lebih kurang 200 orang pengganas komunis.Balai polis dikepong dari segenap arah.Pertempuran tercetus sebaik sahaja apabila seorang pengganas komunis dicabar dan ditembak mati oleh Konstabel Jaffar ketika sedang cuba memotong kawat duri yang mengelilingi balai polis.Asakan serangan dari segenap sudut oleh pihak komunis bermula sejurus selepas itu.

Tentangan hebat daripada anggota-anggota polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah membuatkan pertempuran lebih sengit.Mereka enggan menyerah walau berkali-kali diarah.Seorang demi seorang anggota polis gugur.Isteri-isteri anggota polis turut serta berjuang dalam tangisan bila saja mendapati suami mereka terkorban.

Gagasan polis bantuan yang bersenjatakan senapang patah dan rafail dari Kampong Jawa juga gagal membantu sepenuhnya bila mana mereka juga diserang hendap oleh pihak komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar.Beberapa anggota bersama orang kampung turut terkorban.

Komunis kemudian menawan seorang  isteri anggota polis;Mariam Ibrahim dan dipaksa agar merayu kepada anggota-anggota polis yang lain untuk menyerah kalah,namun rayuan itu tidak diendahkan.Kemudian Fatimah Yaaba berserta anaknya Hassan pula ditawan dan dipaksa melakukan perkara yang sama seperti Mariam.Namun sekali lagi gagal,malah serangan balas semakin sengit.Mariam dicederakan dan Fatimah pula kemudian dibunuh.

Detik terakhir pertempuran adalah apabila berek kelamin dan balai polis Bukit Kepong berjaya dibakar oleh pihak komunis.2 wanita bersama anak-anak mereka terbakar sama di dalam berek kelamin manakala mereka yang cuba lari keluar dari balai polis yang terbakar ditembak mati.Hanya selepas 5 jam bertempur,balai polis berjaya ditawan dan dibakar sepenuhnya.Yang lebih menyayatkan hati adalah apabila pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat anggota polis yang terkorban ke dalam api.
Tragedi ini telah mengorbankan 26 orang yang terdiri daripada anggota polis dan ahli keluarga anggota.


Begitulah sedikit sebanyak secara kasarnya cerita Bukit Kepong yang insyaAllah akan divisualisasikan dalam filemku yang akan datang.Cerita yang kutulis pada kolum ini hanya ringkasan dan lebih bersifat permukaan tanpa penceritaan menyeluruh dan mendalam.

Buat masa ini,dalam kesibukan membaik pulih filem “BOHSIA-Jalan Kembali”,aku bersama-sama 2 orang sepupuku Dr.Anwar Fazal dan Rizal Ashreff giat mengkaji,menyelidik dan menjiwai cerita Bukit Kepong dengan harapan agar filem ‘re-make’ ini nanti  (selepas filem Bukit Kepong pada tahun 1981 yang diarahkan oleh Tan Sri Jins Shamsudin) mampu membuka mata semua anak Malaysia dan juga dunia.Aku mahu melakar sejarah dalam sejarah.

InsyaAllah dengan niat untuk memberi kesedaran akan peri pentingnya  kita menghargai keamanan dan betapa kentalnya semangat perajurit Negara sebelum ini dalam memperjuangkan ibu pertiwi,aku berharap,filem Bukit Kepong ini nanti mampu dijadikan inspirasi nyata setiap generasi.
Doakan agar semuanya dipermudahkan.

Akhir kata,Selamat Hari Malaysia & Selamat Hari Merdeka untuk semua.

Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof
 

11 comments:

rahmahmokhtaruddin said...

Alhamdulillah.

Tahniah kerana berani menyahut cabaran mengarah semula filem sejarah ini.

Diucapkan selamat berjaya dalam usaha memandaikan bangsa.

Aida alisha(wssy group) said...

Manusi memang x lri dri sejarah hdup,krana adanye sejarah bru kita tahu menilai dn melihat msa lampau..dan kta dibri peluang utk brkongsi apa yg dirasai oleh org2 yg trdahulu dri kta..muga dgn flem bukit kepung ditgn org muda akn menaikkn semangat generasi dizaman ini..mudah-mudahan semua yg dirancangkn dpermudahkn oleh allah swt..amim..

aien said...

Semoga legasi Yusoff Haslam dapat melakar sejarah dalam kejayaan sejarah Malaysia. Tahniah, usaha yang AMAT BAIK!

boyoteen said...

x sabar menanti filem tersebut

SoLy SoLicious said...

Semoga berjaya... Tak sabar nak menanti filem sejarah tersebut :)

MomTom said...

try la jadikan filem ni mcm filem2 perang hollywood sikit. tapi jangan la action semata2.
suntik kan jiwa dan nilai2 kemanusiaan supaya hati yang menonton akan memahami perit pejuang negara. itu lebih penting drpd kejayaan menghasilkan efek2 khas.
lawan sikit merong mahawangsa tu. =)

HyRoSSa NeNy said...

masa baca novel bukit kepong,novel wajib sastera bahasa melayu tingkatan 4...sayu sgt hati bile kenangkan pengorbanan nenek moyang kita...sedih bile tgk keadaan skrg...anak2 muda kurg patriotik n kdg2 ade yg perlekeh pejuang2 kemerdekaan...tanpe mereka kita x mungkin rase nikmat hidup mewah dan bebas mcm hari ni...mudah2an usaha skop production sket sebanyak buke mata rakyat2 malaysia yg buta hati mengenai kemerdekaan Malaysia...dan mudah2an ape yg kite kecapi hr ni akan kekal sampai akhir masa nnt...Insyaallah~

azura said...

tinggi cita-cita untuk membuat sebuah filem sejarah yang merujuk kepada fakta...jika tak keberatan, saya cadangkan merujuk kepada buku sastera novel "Bukit Kepong" tingkatan 4 yang diguna di sekolah satu ketika dulu...novel ini merujuk kepada watak Othman iaitu salah seorang anggota polis yang terselamat sewaktu tragedi Bukit Kepong..selamat berjaya dan maju jaya...

Sya_Merpati Putih 88 said...

~mmg sedih kn bila ade org yg mudah lupa sejarah pejuang bangsa terdahulu, pdahal kalua takde mereka nie kt mungkin tak merdeka lagi..

~mmg bagus kalau awk buat filem yg ade unsur2 sejarah mcm nie..
sy sokong usaha awk...smoga terus berjaya ya..(^___^)

iLa_nUr said...

bro..some how i do salute you... but i disgust me when later that "artis" tu akn turn out to be bad...
so..hope you r not gonna be one of them...

Wakil Waris Yg Terkorban di Bt Kepong said...

Salam saudara Syamsul,

Sekiranya ada re-make untuk film sejarah Bukit Kepong ini yg menggunakan watak dan nama sebenar bekas anggota polis yg terkorban, saya ingin meminta jasa baik saudara Syamsul menghubungi kami waris keluarga anggota polis Bukit Kepong ini nanti untuk meminta persetujuan. Kami berharap SKOP Productions memahami permintaan kami. Sebarang urusan komunikasi dengan waris keluarga boleh dibuat menerusi Balai Polis Bukit Kepong atau Balai Polis Pagoh kerana contact kami ada di situ. Tkasih. Wasalam.