Assalamualaikum dan salam satu Malaysia sebagai pembuka.
Dalam perjalanan pulang setelah hampir 2 hari aku ber’kampung’ di studio SKOP,mengemaskini hasil akhir filem “Jalan Kembali” (BOHSIA II),aku dikejutkan dengan topik perbincangan filem tempatan pada siaran radio IKIM.fm.Sungguh menarik dan informatif.Isu-isu dan permasalahan yang dibincangkan sangat kontemporari dan ‘kena’ denganku,ditambah pula dengan panggilan daripada para pendengar yang tidak putus-putus sejak awal sesi diskusi membuatkan 10-15 minitku mendengarnya terlalu berharga.Jujurnya,dengkelnya ilmuku.
________________________________________________________________________
FILEM.Apa gambaran pronto pada fikiran bila ditanya mengenai FILEM?
“Filem?Tak lebih dari sekadar hiburan untuk masyarakat lari sejenak dari kepenatan hidup”
Aku tersenyum bila ada yang memberiku jawapan seperti itu.
Filem memberi pemahaman simbolik yang berbeza.Filem melahirkan interpretasi yang tidak semata-mata sama persis kenyataan yang cuba ditampilkan,justeru mendorong penonton untuk bebas bermain dengan fikiran,menduga maksud yang tersirat dalam setiap babak yang disajikan.
Bagiku,filem adalah medium pembelajaran yang diwarna-warnikan dengan elemen hiburan.Filem adalah refleksi realiti dalam konstruksi kreativiti pembikinnya.Jika betul niat dan caranya,insyaAllah mesej yang cuba disampaikan akan terkesan di hati dan di minda.Tidak mustahil filem mampu menjadi inspirasi kehidupan seharian dan dijadikan sebagai panduan.
Sedar atau tidak,pada tahun 2010 sahaja rakyat Malaysia telah membelanjakan hampir setengah billion untuk menonton filem di serata panggung wayang tanah air..Dengan jumlah kasar penonton 54.29 juta inilah berjaya menghasilkan filem-filem ‘box office’ tempatan.Jadi apa konklusi peribadi anda bila diberikan fakta sebegini?
Ya.Nyata filem mampu memberi impak mega pada masyarakat sejagat,
Persoalannya,impak yang bagaimana?
Impak yang positif atau sebaliknya?
Lantas oleh kerana itu,aku menyeru pada semua penggiat filem tempatan,termasuk diriku sendiri,agar sama-sama berusaha keras menghasilkan filem-filem yang berkualiti dan ber’isi’.Kita harus terus meneliti intipati yang cuba kita garap dan visualisasikan pada masyarakat.Kita harus bijak dalam menyampaikan mesej dengan kaedah yang tepat agar mampu diterima semua,terutama generasi muda masa kini yang kian ‘celik filem’.
Nasihatku pada diri sendiri dan semua,jangan mudah melontar komentar menghina atau memperkecilkan hasil kerja sesiapa.Bersangka baiklah selalu.Cari kelebihan dan pengajaran dari setiap filem yang ditonton,bukan dicari kesilapan dan kelemahan untuk dijadikan bahan ejekan dan cemuhan.Jika benar ada salahnya,isu harus dibawa berbincang bersama dalam suasana yang harmoni.Persengketaan tidak membawa kita ke mana-mana malah mampu mengeruhkan industri kita yang baru sahaja mahu ‘bangun’.
Jangan menunding jari pada sesiapa bila 4 jari yang lain menunding pada kita.Sama-sama kita koreksi diri dan terus memberi yang terbaik untuk semua.Kita manusia tidak lari dari melakukan kesalahan lantas pada setiap tika jangan lokek memohon kemaafan.
Akhir kata,filem adalah ‘senjata berbahaya’.Jangan disalahguna hanya untuk kepentingan diri semata-mata.
Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof
P/s : Baca entri Dr.Anwar Fazal yang bertajuk "Aku,kamu dan paku" untuk lebih mengerti impak gagal mengawal marah dan impak kata-kata pada kita. http://burnofburnsoul.blogspot.com/2011/03/akukamu-paku.html
6 comments:
Yap..setuju dengan bro syamsul..
hope lepas ni takde lagi filem2 yang sekadar 'ada daripada tiada'..
Assalamua'laikum...
Setiap yg dilakukan atas dunia ni mesti berlandaskan syari'at Islam iaitu garis panduan yg telah ditetapkn oleh Allah Ta'ala kerana setiap perbuatan yg dilakukan walau sebesar zarah akan dinilai oleh Allah di akhirat nt...dalam Islam da hiburan tp mesti lah berlndaskn syari'at Islam,firstly..tahniah ats kejayaan dlm mghsilkan filem2 yg hebat cz bgi sy klu d M'sia buat masa skrg filem arahan saudara Syamsul adlh filem yg bnyk mmbri kesan positf n realistik unt dtonton..diharapkan kejyaan ini bukan hnya kejayaan dunia semata2 tp biarlah ia kejayaan d akhirat juga...sperti yg dibicarakn, filem adlh salah 1 corak hiburan yg mana ia juga merupakan medium unt membri pengajaran n pengetahuan unt penonton.yg pling utama filem jga adlh medium unt mendidik saudara2 seIslam ke arah Islam yg sejati,Islam yg sebenar dri semua aspek khdupan sprti cara brpakaian umat Islam yg betul, cara prgaulan antara lelaki n perempuan yg bkn mahram(yg blh dikahwini) yg btul, n sbgainya..dngan corak pnceritaan yg btul, Insya Allah saudara bkn shja dpt mndidik saudara seIslam sndri malah dpt menarik yg bkan Islam ke arah Islam..tdak kira jalan penceritaan 2 cam na aslkan ia brlandaskn syaria’at Islam..bila kita ingt Allah, Allah akn ingt kita, kejayaan ini sbnrnya dtg dari Allah Ta’ala, itu konsep yg kta kna pgang, jika Allah tdak izinkan filem2 saudara trjadi, maka filem2 saudara tdk akan dpt dilakukan, inilah rezeki dari Allah Ta’ala..ingtlah ujian dari Allah dtg dlm plbgai bentuk, salah satunya adlh melalui kejayaan d dunia yg tdk tgambar d fikiran kita n juga melalui kekayaan(harta benda)..semoga saudara Syamsul sntiasa brjaya d dunia n akhirat dan brjaya dlm bdang prfileman..tingktkn usha unt mghasilkn filem yg baik dan istiqomah dlm mghasilknnya…
p/s: peringatn unt diri sndri juga..
Saya sangat setuju dengan apa yg dikatakan namun, feedback terbesar adalah daripada penonton sendiri kerana mereka yang memberikan 'keuntungan' kpd penggiat filem. Saya sangat jarang menonton filem kerana saya sangat 'memilih', walaupun ada sesetengah filem yang dihasilkan memang hanya untuk hiburan semata-mata tetapi ada juga filem yg dihasilkan untuk pengajaran (samada betul2 berkesan atau tidak terpulang kpd penonton). Saya masih menantikan filem-filem yang sangat-sangat 'terkesan' di hati saya , harap suatu hari akan ada filem sebegitu,InsyaAllah. Bagaimanapun, saya yakin dan menyokong filem tempatan.
yes, saya setuju sbb ada sesetengah penonton akan melihat dulu genre filem itu bagaimana. samada seram, comedy, etc. dan yang paling penting dpt menyentuh perasaan bila menonton. sy dpt lihat most of filem malaysia berkembang maju. dlu sukar sekali sy nak nangis bila tgk filem melayu yg sedih but now, dlm wayang pon boleh menangis. hopefully anda & yg lain2 akan berterusan m'hasilkan karya yg bkn saja hebat tetapi membuatkan kami berfikir dan sedar.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Terima kasih kerana menjadi pengarah yang berfikir sebegini. Sesungguhnya saya (sebagai penonton dan penggemar filem Melayu) mengharapkan filem-filem negara kita terisi dengan ilmu dan manfaat yang banyak kepada para penontonnya.
Teruskan mengarah! Semoga filem-filem saudara penuh dengan impak positif yang menyedarkan dan membangunkan jatidiri bangsa. Akhir kata, semoga terus berjaya!
melalui pencarian saya di wikipedia hanya beberapa filem saja (boleh dikira dgn jari) dihasilkan dari tahun 1930 an hingga tahun 2008
tapi menjelang tahun 2009, berpuluh-puluh filem2 malaysia dihasilkan.satu perkembangan yang positif tetapi kuantiti filem yang agak banyak ini
tidak semestinya menjanjikan kualiti yang baik untuk kepuasan maksima penonton. lebih parah lagi jika kuantiti yang banyak ini dihasilkan oleh pengiat filem hanya sekadar
mengaut keuntungan dan populariti semata2 (jalan cerita, skrip, pelakon main tangkap muat je). filem dalam memberi hiburan secara tidak langsung
memberi didikan pada penonton. jika filem yang dihasilkan
tidak "berisi" dan tidak ada input yang boleh penonton "gali" dan manfaatkan, yang tinggal hanyalah kepuasan hiburan semata.
saya amat bimbang dengan skim wajib tayang 2 filem 1 minggu yang baru lagi diperkenalkan tahun ini.jika sistem ini menjanjikan filem yang
yang betul2 berkualiti tidak mengapa, tetapi jika sebaliknya?? apa yang ingin dibuktikan melalui skim ini? meningkatkan kuantiti tapi kualiti diabaikan?
apa yang diperhatikan sekarang, filem kelakar seram berjaya di pawagam, maka pengiat filem lain berlumba2 menghasilkan filem sebegitu..
saya takut fenomena ini akan berterusan sehingga tiada hadnya. filem bergenre kelakar seram jika main tangkap muat je tanpa mengambilkira
sensitiviti masyarakat akan menunjukkan kepincangan sesebuah filem.
saya amat mengagumi filem2 karya allahyarham yasmin ahmad. identiti malaysia yang berbilang kaum cuba ditonjolkan dalam filem beliau.
saya bangga dengan syamsul kerana menjadi seorang pengarah yang begitu menitikberatkan kualiti sesebuah filem. khurafat walaupun filem seram tapi
banyak elemen pengajaran yang boleh diambil. kl gangster walapun filem aksi tapi ada elemen2 kekeluargaan. terima kasih kerana
meramaikan lagi pengarah-pengarah di malaysia selain dari pengarah hebat seperti khabir batia, osman ali, mamat khalid, afdlin shauki. jadilah pengarah
yang mementingkan kualiti berbanding kuantiti. semoga terus sukses dalam membikin filem yang hebat2 selepas ini.
- dari silence reader yang ikhlas melontarkan
komentar mengenai perkembangan filem Malaysia.
tiada niat untuk menghentam sesiapa.
Post a Comment