Siapa aku jika mahu dibanding-tarakan dengan Arwah Yasmin Ahmad.Arwah adalah pengkarya tempatan yang telah memberikan suntikan baru pada industri perfileman dan iklan tempatan.Sentuhannya mampu mengusik hati kecil kita.Kita sering terbuai dengan plot-plot melodramatic susunannya yang sering menyentuh isu keakraban institusi kekeluargaan dan perbedaan bangsa yang tidak perlu dijurangkan.Satu kehilangan yang besar buat kita dan industri perfileman tanah air.
Anugerah Yasmin Ahmad yang kuterima pada Anugerah Skrin TV3 dan Anugerah Tokoh Muda Negara yang lepas adalah titik tolak untuk diri sentiasa merasa rendah diri.Anugerah ini milik semua kerana aku berdiri di sini pada hari ini dengan izinNya adalah kerana sokongan semua.Buat semua,aku berjanji akan terus berkarya memartabatkan budaya bangsa negara kita.Teruskan menyokong dan yang lebih dihargai,doakanku dan semua penggiat seni filem tempatan agar dapat terus menghasilkan karya yang bermutu dan mampu memberi impak positif pada semua!InsyaAllah..
Tanganku terus menari dengan mata pena yang tumpul ini,cuba menukil rasa yang terbuku pada jiwaku yang sarat dengan segala rasa yang sukar dizahirkan dengan kata-kata yang sentiasa bersifat terhad.Aku seperti hilang kata hari ini sebenarnya.Aku baru sahaja kembali dari TGV KLCC bagi menghadiri Majlis Sidang Media Pengumuman Calon-calon Terbaik-5 teratas bagi FFM ke-24 yang bakal berlangsung pada 20 November 2011,kurang dua minggu dari hari ini.
Ucapan kata yang selayaknya adalah “ALHAMDULILLAH.ALHAMDULILLAH.ALHAMDULILLAH”.Aku panjatkan segala rasa syukurku padaNya atas 13 pencalonan untuk filem-filemku sepanjang tahun ini;KHURAFAT dan KL GANGSTER.Sungguh,aku tidak menyangka sehingga hampir pada setiap kategori filem-filemku dinominasi antara 5 filem teratas.
Filem KHURAFAT dan KL GANGSTER tercalon dalam kategori-kategori berikut:
•Pengarah Terbaik
• Pelakon Lelaki Terbaik
• Penyunting Terbaik
• Penataan Bunyi Terbaik
• Cerita Asal Terbaik
• Lakon Layar Terbaik
• Sinematografi Terbaik
• Penataan Seni Terbaik
• Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
• Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik • Kesan Khas Visual Terbaik • Pereka KostumTerbaik
• Skor Muzik Asal Terbaik
Nominasi terbanyak dalam sejarah filem-filem terbitan SKOP Productions. • Pelakon Lelaki Terbaik
• Penyunting Terbaik
• Penataan Bunyi Terbaik
• Cerita Asal Terbaik
• Lakon Layar Terbaik
• Sinematografi Terbaik
• Penataan Seni Terbaik
• Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
• Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik • Kesan Khas Visual Terbaik • Pereka KostumTerbaik
• Skor Muzik Asal Terbaik
Menang atau kalah – itu semua aku serahkan pada rezeki dan ketentuanNya.Aku sudah cukup bersyukur untuk dinominasi.Walau apapun,satu penipuan yang nyata jika aku menyatakan di sini aku tiada kemahuan untuk menang.Semua orang mahu menang.Cuma bagiku,pemenang yang sebenar adalah mereka yang redha dengan ketetapanNya setelah berusaha keras tanpa perlu bersugul dan mempertikaikan keputusan pihak juri yang telah diamanahkan sehingga mampu mencetus kontroversi dan perbalahan.Aku sering diingatkan oleh Papa,”Masing-masing antara kita ada rezeki masing-masing pada masa dan tempat yang berbeza.Redha pada setiap ketentuan DIA”
Akhir kata,jangan lupa untuk menonton ‘hadiah’ku yang terbaru buat semua “AKU BUKAN TOMBOY” di serata pawagam seluruh Negara termasuk Brunei dan Singapura pada 17 November ini.
Salam penuh kesyukuran!
Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof
No comments:
Post a Comment