Dalam kepesatan dunia internet tanpa sempadan kini,aku sedari manusia turut serta secara pro-aktif dalam proses evolusi ini.Yang menyedihkanku ialah apabila evolusi yang seharusnya memberi anjakan ke hadapan ini hakikatnya tanpa disedari membawa satu aspek ke belakang.Apa yang cubaku gambarkan di sini ialah kebejatan moral dan sahsiah generasi millenia.
Seperti yang kita ketahui,dunia internet adalah dunia bebas,di mana semua orang boleh memberi informasi,tidak kira dalam apa jua bentuk sekalipun.Walaupun kebenarannya masih belum pasti tanpa bukti-bukti mengiringi,kita pantas dan mudah rasa teruja bila metod presentasi,cara penyampaian informasi nya menarik.
Fakta atau palsu sudah jadi perkara kedua.Yang pertama perlu isu sensasi,bertambah galak jika dikepilkan bersama gambar-gambar yang hanya Tuhan sahaja yang tahu kesahihannya.Dalam dunia kecanggihan IT,gambar bisa saja jadi ‘mainan’segelintir yang arif.Gambar di’edit’,di’super-imposed’.Hasilnya disebarkan di dunia maya buat tatapan semua.Pastinya,ramai yang percaya tanpa usul periksa dan meneruskan ‘usaha berantai’ dengan menyebarkan kepada komuniti mayanya pula.Begitulah kitarannya.
Bahasa tidak ketinggalan menjadi taruhan.Bahasa sudah jadi bahan mainan dan tidak dihargai bila kata-kata kesat digunakan secara berleluasa.Berhati-hatilah dalam pemilihan kata.Jika ada perselisihan faham ,bersemukalah dan jika mahu digunakan medium internet sebagai perantara,hantarlah e-mail secara peribadi tanpa perlu dicanang seantero dunia maya.Mengaibkan orang,dalam masa yang sama tanpa disedari mengaibkan diri sendiri.”Berkata-katalah dengan perkara yang baik atau diam.”-Itu yang diajar oleh Agama kita.
Aku sedih melihat kita berbalah,memfitnah dalam dunia maya.Kita hidup tidak lama,kawan-kawanku.Mengapa perlu ditambah ‘bekalan yang tidak sepatutnya’ untuk dibawa ke ‘sana’.Setiap tutur kata dan perbuatan kita akan dinilai dan dikira.Aku yakin,100% yakin tiada seorang pun antara kita mahu neraca itu nanti memberatkan dosa lebih daripada pahala dan buku prestasi dunia kita diberikan pada tangan kiri kita kerana itu tandanya destinasi kita sudah pasti bukan syurga.
Akhir kata,aku tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini.Apa yang kutulis di sini adalah nasihat peribadi untuk diriku sendiri juga.Aku hanya ingin berkongsi rasa dan pendapatku dengan semua.Dunia ini akan lebih indah jika kita sama-sama memberi yang terbaik kerana kita adalah ciptaanNya yang terbaik.
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca artikelku kali ini.Aku cuba memberi yang terbaik dalam kemampuanku setelah dua hari berjaga tanpa sempat mencuri lena.Maafkan aku jika ada kepincangannya di ‘sini-sana’.Yang baik semuanya dari DIA dan segala kekurangan itu datangnya daripadaku yang serba tidak sempurna.
Sebelum terlupa,sekalung Tahniah buat Abang Osman Ali dan para pelakonnya atas kejayaan filem Ombak Rindu.Kalian memang selayaknya meraih kejayaan ini.Satu inspirasi buat semua penggiat seni yang menyatakan ‘filem cinta’ tidak mampu memberi impak pada rakyat Malaysia.Lihat hasilnya.Terlakar satu lagi sejarah dalam arena perfileman Negara.
Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof
6 comments:
lumrah manusia suka pada benda yang menarik dari menilai fakta yang tersurat...
artikel yang menarik terutama berkaitan gambar yang diedit pastu disebarkan dalam internet tanpa bukti yang kukuh. Orang yang kurang ilmu pengetahuan dan kurang mencari kesahihan akan mempercayai 100%. semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang menabur fitnah. Insyaallah...
harap anda tabah mengharungi ujian dri Allah....sesungguhnya pelangi menunggumu di sekian hari kelak..segala dugaan yg diberi-NYA ada hikmah yg tersurat dn tersirat di sebaliknya...
Fitnah di alam maya memang berleluasa. Sebab internet dihujung jari, mudah, cepat dan pantas... nauzubillah...
Semoga awak akan terhindar daripada semua ini dan terus maju jaya ya...:) Amin...
Filem Aku bukan tomboy memang best... Saya suka watak awak sebagai burn tu..:) comel gitu..
Tak de sambungan ke untuk aku bukan tomboy 2.
1st time read ur blog..shows that u are very talented person..u sejenis org yg rajin membaca dan membuat revision on ur work..
anyhow, gunakan platform media utk berdakwah..walaupun anda muda, anda mempunyai pengaruh besar utk mengajar anak muda ke arah kebaikan..
walaupun anda pernah dilanda gejala sosial sebelum ini, dan mungkin itu hanya gossip liar, saya berharap anda perlu mengajak anak muda yg jauh terpesong sekarang ini, untuk lebih inovatif dalam mencorak kehidupan yang lebih bermatlamat.
teruskan berkarya!
Post a Comment