Monday, December 26, 2011

Hormat dan belajarlah dari 'Orang Lama'


Masa berlalu begitu pantas.Jadual penggambaran cukup padat.Selang masa antara kerja dan rehat seperti hanya sesaat.Jasad dan fikiran penat tetapi masih ampuh dek kerana semangat.Semangat KL GANGSTER 2 terus ‘menyengat’.

Maafkan aku jika kali ini aku tidak mampu menulis panjang.Aku menulis di dalam kereta ,dalam ruang masa terhad untuk berehat sebelum ke babak seterusnya,ditemani dengan lagu-lagu dari radio sebagai halwa telinga.

Dalam industri,bermula dengan merangkak,aku bertatih,berjalan setapak demi setapak,seawalnya dengan bantuan,kemudiannya dengan sendiri dan lama kelamaan Alhamdulillah mampu berjalan laju dan seterusnya berlari.Namun tidak pernah walau sesaat aku lupa dari mana aku bermula dan siapa yang telah membantuku dalam jatuh bangunku sepanjang liku perjalanan yang kulalui.

Aku belajar daripada orang lama atau lebih gemar untuk kubahasakan dengan ‘sifu’ atau ‘guru’ dalam industri.Walaupun tampaknya seperti aku tidak pernah ‘berguru’ atau ‘menuntut’ daripada mereka secara terang-terangan selain daripada Papaku,hakikaktnya aku belajar daripada mereka.Setiap karya mereka aku hargai dan setiap perincian hasil ‘buah tangan’ mereka aku amati dalam diam.

Sebagai contoh Abang Rosyam Nor.Belum pernah aku digandingkan dan berkerja bersamanya sebelum ini.Dia adalah antara pelakon lelaki Malaya yang kukagumi sejak remaja lagi.Kini aku diberi kesempatan untuk berkerja bersamanya dalam KLG2.Jujur,sebelum bermulanya penggambaran, ada sedikit rasa segan atas dasar hormat,tetapi bila sahaja aku mula berkerja dengannya,baru aku sedar,inilah dia profesionalisme sebenar.Tunjuk ajar yang diberi,buah fikiran yang dikongsi sering memberi inspirasi.Tiada ruang yang menjarakkan kami.Kehadirannya sering memberi aura positif.Tutur katanya sering ber’isi’.Banyak yang kupelajari daripanya dalam dia sedar atau tidak.

Buat anak-anak muda di luar sana,jangan angkuh dan enggan belajar daripada orang lama.Mereka guru kita.Ramai yang mendabik dada bila diri sudah berijazah dan berkelulusan tinggi.Ada yang berkata “Apa yang mereka ada?Apa yang mereka tahu?”.Pengalaman mereka itu tidak mampu dibandingkan dengan ijazah yang diperolehi.Pengalaman mereka terlalu berharga.Pengalaman itulah yang mendewasakan kita dan memberi garis panduan atas apa yang sepatutnya dan tidak sepatutnya dilakukan dalam menjadi ‘orang’.Ini semua bukan teori semata,ini ilmu sebenar yang mampu menyelamatkan kita dalam membuat keputusan di sepanjang jalan kehidupan.

Apa yang aku mampu katakan,kita hidup hanya sekali.Jangan sia-siakan dengan kesombongan dan rasa angkuh.Belajar daripada orang lama.Mereka lebih tahu.Sapalah mereka.Aku percaya,mereka akan membantu dengan hati terbuka.

Sebagai penutup,KLG2; penangannya lebih ‘berbisa’ daripada yang pertama.Setiap plot cerita ada suntikan drama yang mampu menyentuh hati,di samping variasi aksi yang dikemaskini.

Doakan kami krew produksi biar dimudahkan dan dilancarkan segala urusan kami sepanjang temph penggambaran KL GANGSTER 2 ini.Doa kalian amat dihargai!

Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof

6 comments:

Azmiah Jamil said...

Humility is another productive attitude. We should respect our teachers and know that there is someone always more knowledgeable than ourselves.

Ibn Abbas: “I humbled myself as a student so I became honourable as a teacher.”

Thank you Syamsul, for showing us your great attitude. :)

Are Rifx said...

Thanx for this new entry,abg Syamsul..it will be very useful to all of us,keep up your good work because we'll always support you..

rahmahmokhtaruddin said...

Semoga cemerlang, dunia dan akhirat.

Colour Your Life said...

Salam dari Brunei :)

Tahniah dengan kejayaan yang abang capai melalui movie KL Gangster. Bermula dari certia tu saya mula menyukai menonton cerita-cerita Melayu, memang best la.

Bila KL Gangster 2 akan ditayangkan? Tak sabar nak tengok ;)

Nana jer said...

Walaupun filem u dh bnyk yg berjaya...teruskan dgn attitude yg merendah diri tu.sbb dgn attitude mcm tu lah..yg akan buat org senang dgn u.it will be easier for u to learn more from ur SIFU!!keep it up syamsul..

Unknown said...

tak sabar nak tgok KLG2 ni.. :D