Sunday, February 19, 2012

DEMI MASA..

Demi Masa

"Demi masa" (1)

"Sesungguhnya masnusia itu benar-benar dalam kerugian"(2)
_________________________________________________


Demi masa,penggambaran KLG2 mengambil tempoh yang agak lama daripada sedia kala.”Ya,tetapi mengapa?”Semua memberi spekulasi buta tanpa bertanya terus padaku mengapa.Jangan mudah menutur kata dan memberi pendapat sewenang-wenangnya tanpa usul periksa.Inilah punca segalanya jadi ‘porak-peranda’.Penutur kata dan yang ditutur kata,dua-dua dalam tanda tanya.Bila bersemuka,lidah jadi kelu seribu bahasa.Nyata,Keegoan mampu membunuh peradaban manusia.Tidak mengapa,bila-bila saja ada yang ingin bertanya,bersemukalah denganku.Aku akan memberitahu.Aku akan berkongsi ceritaku biar kau tahu aku juga manusia yang punya hati,perasaan dan keterbatasan.

Demi masa,aku sedar aku masih setahun jagung dalam industri ini.Industri filem yang diwarisi dari generasi ke generasi.Industri ini seperti titi kecil yang menghubungkan dua daratan di antara sungai yang bergelora.Dua daratan itu adalah realiti dan imaginasi.Jika tersilap langkah,tidak berhati-hati dan terlalu laju berjalan di atasnya,bisa saja aku jatuh dan terus hanyut dibawa arus sungai deras,atau jika diizinkanNya aku diberi kudrat untuk sempat berpaut pada titian itu dan bangun semula,mengatur langkah yang lebih teliti untuk sampai ke seberang;destinasi.

Demi masa,kejayaan yang kukecapi sepanjang penglibatanku dalam industri banyak membuka mataku dan menyedarkanku tentang manusia dan kehidupan.Betapa aturanNya pada kaca mata sesetengah hanya mampu dilihat dari sudut  keburukan dan hanya segelintir,terus mencari natijah tersembunyi yang mampu menyejukkan hati.Hati-hati kita terlalu sarat dengan buruk sangka sehingga kadang-kala aku penat untuk bersuara lantas aku diamkan saja.Aku tidak mahu berbalah dan aku tidak suka kontroversi.Aku mahu kita jadi ‘satu’ mampu berkongsi kejayaan bersama dan bersaing secara sihat.Niat yang dipasakkan dalam hati harus kita baiki dan perbetulkan jika ada niat yang sebaliknya.

Demi masa,aku mengerah tenaga,menyeka air mata yang kadangkala gagal dikawal dalam pedih jiwa cuba mendepani segala ujian yang datangnya bertimpa-timpa pada bahuku yang tidak segagah mana.Namun dengan kudrat tulang empat kerat bersama hati yang kubawa,aku gagahi jua diiringi doa dan yakinku pada DIA yang tidak akan menurunkan ujian begitu saja tanpa ada hikmah di sebaliknya dan DIA tahu kemampuan hamba-hambaNya.

Demi masa,kita semua akan ke ‘sana’ jua.Jangan dibawa hati yang sarat dengan kebencian dan buruk sangka.Kita masih ada masa.Sama-sama kita  berubah dan berbaik sangka sesama kita dan pada DIA.
_____________________________________________________________________________

"Melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran"(3)
(Al-Asr 1-3)

Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof

14 comments:

Unknown said...

sangat sakit kehidupan ini..tapi andai keyakinan itu wuju kepada-NYA..insya Allah kita kan kuat dgn sendirinya... Allah tidak akan menguji hambanya andai hambanya tidak kuat kerna Allah mengetahui segala...=))


ape2 pon en.syamsul, kita kene melangkah wlaupon langkah itu menyakitkan.....

senyum la walaupon hati kita menangis...

nurRashid said...

Alhamdulillah, biar sebesar mana ujian Allah pd hambaNya pasti dapat dipikul oleh setiap yang menerima...jgn putus asa, DIA ada bersama hamba2Nya, dan DIA sebenarnya ingin mndengar kita mengadu pdNya...DIA adalah pendorong sebenar dalam mencapai kejyaan di bumi pemberianNya ini...btw, Good Luck Syamsul...buat yg terbaik dan ikhlaskan amalmu kerana DIA, InshaAllah.

nurRashid said...

Kita smua hambaNya psti pernah lalui masa2 & waktu2 yg merugikan..hanya hambaNya yg beruntung shj dapat myedari hakikat kebesaraNya dgn tersedar dari krugian & memastikan yg kita tidak akan mengulangi kerugian yang sama..Mungkin juga anda salah seorang darinya :)..btw, Good luck syamsul...lakukan yg terbaik dan ikhlaskan amalanmu kerana DIA,InshaAllah..terima kasih atas peringatan kpd kami yang membaca..May Allah always bless u, ameen.

Whitey Mommy said...

Cekal kan hati dan kuatkan semangat... Sesuatu yang kita inginkan tak semestinya datang bergolek. Perlu usaha untuk puaskan hati sendiri. Biar orang nak kata apa pun... kita yang tahu diri kita macam mana. Orang hanya boleh pandang secara luaran. tapi didalam hanya Allah dan kita yang tahu. :)

Allah punya perancangan nya sendiri..:) Apa yang berlaku, baik atau buruk pasti terselindung 1001 hikmah disebaliknya..:)

Kuatkan hati ya... teruskan berusaha untuk mencapai impian anda..:)

Nurfarahana A.Aziz said...

semoga segala usaha diberkati Allah dan dapat mengharungi segala dugaan dan cabaran sebagai Hamba Allah dan anak seni..Aminn :)

Amalina said...

Really adore and admire your artworks and creativity. Hope can get a chance to work with you in the future. It would be a lifetime priceless experience =)

Amalina said...

i do really adore your artworks and creativity! cant wait for the movie.
Hope can get a chance to work with you and Skop Production in the future. It would be a priceless experience in a lifetime. Insyallahh

Anonymous said...

LIKE!
Alhamdullillah.

Ignore those haters, they bring nothing but a waste to themselves.

Keep your humbleness because that is what have made you today.

Most important remember HE always with you.

*Almost cried reading your blog.

Keep up the good work!

BURN & SOUL Baby! ;D

Atie Atiya said...

Impian itu memerlukan masa, kesabaran dan pasti kita dpt mencapai impian tersebut..Semoga impian sekarang akan berjaya dicapai pada masa akan datang.. yang pasti usaha,kesabaran dan ketabahan hati diperlukan.. dan apa yang pasti, kejayaan itu pasti ditunggu-tunggu...Masa tetap akan menemani kita untuk mencapai suatu impian...Semoga dipermudahkann.. Aminn.. KEEP SMILE! =D

zalliana said...

lumrah manusia...selalu berprasangka buruk terhadap org lain...kalau nk berubah,kena datang dari hati manusia itu sendiri...insyaallah...

NaDdie NaDia said...

Good luck and all the best untuk semua efforts yg telah diusahakan..moga Skop Production selalu mendapat nama di persada perfileman tanah air kita ..AMIN

Anonymous said...

ALL D BEST.. IF U SEEK FOR ALLAH BLESS, EVERYTHING WILL BE OK..

Han Alfi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Al-Baqarah ayat 286: Allah does not charge a soul except (with that within) its capacity... : )bergantunglah kpd Allah kerana itulah sebenar-benar kebergantungan yg kekal abadi