Nyata dalam dengkelnya ilmuku dalam dunia filem,aku ‘lambat’ untuk menyedari keunikan yang tersembunyi pada setiap filem ini sehingga aku perlu berkali-kali mengulangi beberapa babak yang nampaknya seakan biasa dan bersifat ‘superfisial’ tetapi rupanya terselit elemen yang perlu diduga dan ditafsir erti tersiratnya.Filem-filem sebegini membuat aku berfikir sebelum seacara ‘buta’ mentafsir.Jika ada masa luang,tontonlah.
Berbalik pada senario realiti industri filem Negara,pada pengamatanku,Industri filem Negara kita semakin maju tetapi dalam ‘ruang bahaya’ jika tidak dipantau dari semasa ke semasa .Ia berkembang pesat pada kadar anjakan yang sedikit membimbangkan.Ini terbukti dengan lambakan filem tempatan bila mana buat pengetahuan semua,bermula sahaja lembaran tahun 2012,filem tempatan ditayangkan pada kadar sebua h filem seminggu dan bermula pada pertengahan tahun ini,2 buah filem seminggu.Jika dicongak,untuk pertengahan pertama 2012 sahaja,12 filem tempatan ditayangkan dan 24 filem lagi bakal mengisi slot separuh yang kedua.Secara total ,lebih 50 buah filem tempatan untuk 2012.
Aku akui,ianya satu kuantiti yang cukup memberangsangkan namun,pada kaca mataku,ada pro dan kontranya.Konflik kuantiti dan kualiti lambat laun pasti jadi fokus utama.Perlu diingat,pada setiap graf kenaikan,lazimnya ia akan tiba pada satu fasa yang dinamakan fasa ‘plateu’ iaitu satu fasa di mana ia akan berada pada keadaan statik sebelum ke fasa kejatuhan.Aku berkata berasaskan fakta kelaziman.Aku benar-benar tidak mahu industri kita mengikut rentak kelaziman graf kejayaan yang drastik.Biar bertatih dahulu kemudian berjalan seterusnya baru berlari.Biar perlahan,tetapi pasti akan destinasi.Bukti awal ialah majoriti filem yang ditayangkan sejak dari awal tahun ini kurang mendapat sambutan yang menggalakkan.
Selepas kejayaan filem KL Gangster,aku sedari banyak filem segenre mula dikeluarkan.Jauh sekali dari niat untuk berbangga,tetapi dengan penuh rasa rendah diri,di sini aku ingin mengingatkan agar kita tidak terlalu ghairah untuk menghasilkan filem tanpa diambil kira soal pengajarannya,bukan hanya aksi membuta tuli semata-mata.Moralnya perlu jelas.Biar ada keseimbangan kerana keseimbangan inilah yang mampu member kesan pada hati-hati penonton.Aku enggan mengulas panjang.Kita ada persepsi tersendiri.Aku akan sentiasa hormati pendapat,ide dan buah fikiran sesiapapun.
Akhir kata daripadaku untuk kali ini,
F.I.L.E.M:Filem Itu Lukisan/Lanskap Emosi Manusia.
Sama-sama kita hasilkan yang ‘tercantik’ biar bila ia dilihat mata terus jatuh ke hati kita dan akan kekal memberi impak positif yang mampu bertahan lama..
Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof
13 comments:
Sampai sekarang filem KHURAFAT memberi impak baik kpd saya..:)
Amazing content, Syamsul :)
Terbaik r...aku sokong pendapat kau doe... =)
betul...ciptalah sesuatu yang mampu membawa kesan positif kepada masyarakat kini..kerana pengaruh filem sekarang terlalu besar dalam diri remaja hari ini
Buat research dgn menonton filem yg menang Academy Awards, sesuatu yg bagus, jgn lupa juga filem tempatan yg pernah menang anugerah seperti filem2 Jins Shamsuddin, Rahim Razali, Yasmin Ahmad.
tahniah kerana memahami filem. Insya-allah, filem yg baik akan terus diangkat dan dijulang. Kini strategi pemasaran yg baik amat diperlukan kerana ketangkasan setiap minggu ada filem Melayu baru.
can't wait for KL gangster 2..
love this. hope, dari pengarah yang kerdil kamu terus jadi big pengarah macam ayah kamu. :)
semoga next filem lebih berkualiti n mempunyai keunikan tersendiri..sukses syamsul
Semoga setiap apa yang dilakukan akan mendatangkan kebaikan dan akan mencapai kejayaan..
" Promise yourself to be so strong... That nothing can disturb your peace of mind.. Look at the sunny side of everything.. And make your optimism come true.. Think only of the best... Work only for the best... And expect only the best..."
GOOD LUCK!
Semoga kamu terus berfikir begini supaya dunia filem negara tidak tandus dan kontang. Ya, saya antara penonton yang memilih kualiti dan isi cerita, berbanding faktor popular.
Buat Syamsul dan pasukan, berusaha!
Hi syamsul.. terkedu beta baca coretan ni.. haha.. mmg betul, lately ni ade beberapa film dibuat hmpr2 mcm KLG. Judul film gempak tp bila tonton,lain pula isi. dan yg paling sedih.. hati sya takde 'dup dap' langsung. tp sya kagum dgn film2 skop production,skrip dan jalan cerita yg kemas. tak payah susah2 search sipnosis or trailer sbelum tonton. mmg confirm tak menyesal..
Berilah filem aksi bnyk mana pun . Bagi Lya, filem2 U tetap di hati Lya. Lya sokong u 100%
Post a Comment