Sunday, April 1, 2012

Semoga bertemu "PEMEGANG KUNCI PENDUA HATI"

Baru sehari aku tiba dari bumi Australia.6 hari yang kucuri  dari 366 hari tahun ini untuk ku cuba lari dari kesibukan kerja yang tak henti-henti.6 hari itu aku gunakannya degan sebaik yang kumampu kerana aku tidak tahu bila lagi aku punya kelapangan waktu seperti itu.6 hari untuk merehatkan minda dan hati,cuba bergembira dengan pelbagai aktiviti dari menonton filem-filem yang masih belum ditayangkan di Negara kita/ Asia sehinggalah mengekspolarasi semua taman tema mega kota Kangaroo itu.

Namun bila saja kakiku menginjak bumi Malaysia semalam,aku terus merasakan seolah-olah aku baru kembali dari dunia imaginasi yang penuh warna warni dan kini aku di bumi nyata,bumi reality bila aku perlu berkerja keras,meningkatkan daya usaha dan meneruskan hidup yang bersisa untuk menjadi yang terbaik untuk semua.

Hari ini aku menghadiri majlis pernikahan saudara rapatku/sepupuku/orang kananku Rizal Ashreff.Entah mengapa tiba-tiba terbit rasa kekosongan dalam jiwa.Terpanggil hati untuk mencari empunya pada kunci penduanya.

Buat pengetahuan semua,dalam keluargaku aku bersama 3 lagi sepupuku;Dr.Anwar Fazal,Rizal Ashreff dan Nazri adalah pada lingkungan generasi yang berusia sebaya dan sejak dari kecil kami membesar bersama-sama,berkongsi cerita ‘lelaki’ kami bersama-sama sehinggalah soal siapa yang akan kahwin pertama dan terlewat.

Aku sering mahu menjadi yang pertama di antara kami ber-4,tetapi Nazri yang sering tidak berkata apa-apa bila ditanya soal ini telah menjadi yang pertama untuk bergelar ‘walid’ dan seterusnya disusuli dengan Rizal.Yang tinggal kini hanya aku dan Dr.Anwar Fazal yang tiap kali bila ditanya “Bila lagi?”akan dengan pantas menjawab “Bila sampai serunya” serta memberi alasan kesibukan dan masih ada tanggungjawab yang lebih besar yang perlu dipikul sebelum membina masjid utuh yang mampu bertahan sepanjang zaman kehidupan.

Ada satu saat ketika majlis perkahwinan Rizal tadi bila Papa Mama yang tampak cukup gembira tiba-tiba bila mereka merenungku,mereka memberikan satu pandangan sayu dan cukup menusuk kalbu-Tanpa perlu bicara mereka sebenarnya sudah ‘berkata-kata’.Mereka mahu aku menamatkan zaman bujangku dengan segera.

Tidak mampu?Jangan beri alasan palsu kerana jika kita mahu,kita mahu!Kita akan usahakan sedaya mampu.Bagiku,perkahwinan adalah satu fasa kehidupan yang menakjubkan bila kita tahu hidup ini perlu diladeni dengan pendamping setia,bidadari dunia dan insyaAllah syurga iaitu isteri/bakal isteri kita.Namun persoalan bagiku – “BILA?”

Bila DIA kata “sudah tiba masanya”.


Di sini aku juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah pada idolaku/mentorku/Papaku kerana telah berjaya menjadi orang awam pertama dianugerahkan Pangkat Kehormat Penolong Pesuruh Jaya Polis Negara (ACP) pada Hari Peringatan Polis ke-205 yang lepas.


Buat Scha Al Yahya dan Awal Ashaari – Semoga berbahagia dan dimudahkan segala urusan menjelang 'hari bunga api kehidupan’.

Buat semua,doakanku dan Dr.Anwar Fazal untuk bertemu dengan pemegang kunci pendua hati kami yang setia dan moga Allah mudahkan segalanya.

Salam sayang!Salam satu Malaysia!

Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof

30 comments:

Atie Atiya said...

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Jue Riyana said...

amin..insyallah.=)

Anonymous said...

jodoh itu perlu di cari..
tapi sebelum mencari.
cuba cari kekhilafan diri..

apa sudah cukup bekalan untuk mngemudi bahtera rumah tangga?
sudah mampu menjadi imam kpd bakal isteri dan anak2 mu?

sesungguhnya Allah sangat menyayangi hambanya.
rezeki, ajal dan maut adalah rahsia tuhan,
tapi kita digalakkan untuk berusaha.

para alim juga menyarankan kita mempersiapkan diri terlebih dahulu,
menjaga auratmu walaupun seorang lelaki.
menjaga pergaulan mu,
menjaga tutur kata mu,
menjaga pandanganmu,
bila tiba masanya.
tanpa kata.
hanya akad menjadi pengikat.

semoga kita semua di bawah lindungan-Nya.
^_^

-AR-

QQalbi said...

moga Allah permudahkan urusan jodohmu.. dijauhkan segala kesulitan, didekatkan jalan penyelesaian.. mohonlah dipertemukan bidadari yang memimpinmu ke jannatul naim.. bukan sekadar bahgia palsu duniawi.. sujudmu dihening malam, pohonlah keberkatan hidup, utk kejayaan dunia akhirat.. aminnn.. -doaku utkmu, utkku, utk mereka yang sedang membaca :)

Diera Morata said...

InsyaAllah, bila niat dihati baik, akan jumpa suatu hari. Tidak perlu berkejar kerana kalau sudah sitakdirkan, wherever, whenever, whoever, it'll be ;) Mungkin juga dgn seseorang digelar 'peminat' ;) InsyaAllah.

Sincerely, big fan of you

KeL said...

Hi! Good luck in your journey to find the right one. Like some people say, when you look, it will not come.But when you don't look or least expect it, that's when it will happen. Cheers =D

Anonymous said...

good things happen to those who wait =)

chesakinah said...

insyaAllah... tak lama lagi jumpa la tu En. Syamsul:)

Anonymous said...

setiap org telah dijadikan berpasang pasangan dri azali lg...bila sudah tiba masanya ia akan tiba jua...kita akn dipertemukan dgn org yg slh dahulu sebelum yg sebenar2nya....tp terpulang pd diri kite nk menerima org yg slh tu menjadi org yg sebenar utk dijadikan pasangan...x mustahil kan??semoga dimurahkan rezeki yg bertali arus n semoga berjumpa dgn bidadari syurga...amin..^_^

nadzirah said...

“Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.”
- Semoga berjumpe dengan bidadari syurga.. InsyaAllah..^_^V

HyRoSSa NeNy said...

mudah2 an... aminnn...

mak saye kate...

"jgn sedih2 kalau masih single sbb sebenarnya di satu sudut lain...ade seorang lagi yg single sdg menunggu... dan bile tibe mase... mereka akan bertemu... =) "

ARLINA said...

INSYAALAH..

Moga bertemu dengan bidadari yang akan menjadi sayap kiri, penyokong, pendamping dan penasihat yang setia.. :)

Anonymous said...

Terdetik di hati kalau ade peluang bertemu dengan lelaki bernama Syamsul Yusof.

Bodoh kan..berangan..

Tapi dengan kuasa doa, tiada yang mustahil..kan..

Cumanya, hampir tidak ada kemungkinan..

All the best in your future undertakings..dunia dan akhirat..

-Yang mengagumimu dari jauh-

Ida Ali said...

Instead of writing our own love story, let Him write for us.Semoga kita ditemukan jodoh dengan pasangan yang bertaqwa insya Allah. Until then, let's just keep on improving ourselves as His slave. :)

rahmahmokhtaruddin said...

Amin. Ya, bila Dia kata "Jadilah, maka jadilah!" Apabila waktu dan insan itu tiba, pastinya Allah tahu yang kita sudah bersedia menuju ke sebuah fasa baru kehidupan.

Semoga cepat dipertemukan dengan bidadari dunia itu. Amin. ^^_

nabilistee said...

InsyaAllah.. Best things in life are free.. Bila dah jumpa, jadikanlah dia yang halal, kenali dirinya setelah bergelar isteri.. Alhamdulillah kalau hati dah terbuka untuk menjadi pemimpin.. Bila mencari, carilah yang mahu dipimpin.. Kalau jumpa pilihan yang baik, Doa dan solat jangan lupa.. Solat Istikharah selama seminggu, minta petunjuk.. All in all, best of luck (:

Shasha said...

Jodoh itu anugerah allah yang penuh misteri. Jodoh,ada yang cepat ada yang lambat mungkin pada saat ini ibu dan bapa Encik Syamsul sedih memikirkan bila akan tibanya masa untuk melihat kamu berbahagia dan mempunyai pendamping hidup tapi percayalah jodoh kamu akan tiba dan Insyaallah bila ia tiba pastinya ia cinta yang dianugerahkan dari allah. Syurga Cinta pasti diraih. Slowly but surely you'll get the one who completes your life i wish you nothing but the best. Amin Ya rabal Alamin.Cheer up and make sure you make time for your family and yourself despite being super busy with work watch your health and take time to relax. Asalamualaikum =)

slumdee said...

insyaAllah, you'll find someone, the right one, who will also be looking for 'khalifah/imam' in her life

Han Alfi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

....Give your heart to Allah, Allah will give the best heart for you.... Till the time comes when u meet ur "bidadari" is the time when u'll be ready to be her "Imam"... Insya Allah..... Ehm , gunakan "waktu pencarian" ini untuk memperbaiki diri agar mampu menjadi Khalifah yang terbaik for ur "bidadari".... Insya Allah... pray the best for u Mr.SyamsuL

Kinafi said...

insyaAllah,saye doakan semoga Allah akan mempertemukan anda berdua dengan seorang wanita yang solehah. Dan semoga satu hari nanti anda berdua akan berkahwin dengan seorang wanita yang boleh memahami perasaan dan kerjaya anda saat ini. Semoga anda juga boleh menjadi imam bagi wanita tersebut dan bersama hingga ke syurga insyaAllah.. amin.. :D

https://www.facebook.com/qeenad?ref=tn_tnmn said...

insyaallah. Semoga apa yang dihajati , dimakbulkan Allah. Sesungguhnya Allah maha mendengar setiap doa hambanya.

Anonymous said...

yg terbaik utkmu insyaAllah akan kunjung tiba hari akad itu!moga nnt hingga ke syurga!jika sudah berkenan jgn lupa walau apa pun,solat istikharah itu penting,tanyakan Dia empunya kita semoga terbaik buat semua insyaAllah,ameen :)

Feirouz Azalia said...

Moga2 berjodoh dengan wanita solehah.. yg mudah dibimbing dan bersama hingga ke Jannah. Suami pun mudah dapat pahala.. Tak ssh2 nk guide isteri solehah. Kalau dah 30 thn nnti masih tak jumpa2.. mintak papa n mama carikan ye.. (^___^)

sufi said...

Insha ALLAH mahabbatullah wa mahabbah fillah :)

Anonymous said...

"pemegang kunci pendua hati"--memorable words..so true yet so define

Anis Raihana said...

Terdetik di hati nak comment di entri ini.


Mungkin papa dan mama abang memberi renungan sebegitu kerana teringin menimang cucu keempat dan mahu melihat abang bahagia bersama bidadari dunia yang bakal temani perjalanan hidup penuh berliku ini sebelum mereka 'pergi' buat selama-lamanya.

Teruskan berdu'a dan berusaha, moga satu hari nanti akan ditemukan jua dengan peminjam tulang rusuk kiri, pendamping setia, seseorang yang menyayangi dan mencintaimu sepenuh hati kerana DIA, seseorang yang mahu dipimpin hingga ke SyurgaNYA, seseorang yang memandang abang dari sisi iman dan agamamu bukan hartamu dan yang mampu menyokong abang kala di puncak dan kala abang terduduk di 'dahan yang paling rapuh'.

Telah tertulis didalam Al-Qur'an, surat cinta terindah dari DIA:
"He creates spouses for you out of yourselves so that you might take comfort in them and He creates love and mercy among you. In this, there's evidence of the truth for those who think carefully."
Ar - Rum : 21

All the best! Inshaallah, DIA mudahkan walau berliku :)

Ikhlas dari,
Yang mengagumimu

sarahhernyzar said...

dear abg, everything happens for a reason, Allah has a better plan for you. InsyaAllah with His permissions, you may meet your other-half soon. Aamiin.

♥,
Soul of Sara !~

Unknown said...

terkadang kita terlalu melihat yg jauh..kemudian yg dekat kita tlepas pandang. dekat dmana? Tanyalah DIA..

insyaAllah.. buat akhi berdua kunci pendua itu akan tetap dberikan olhNya kelak cepat/lambat tidak d"sini" insyaAllah d"sana".. #JanjiNyaPasti

::Allahumma yassir wala tu'assir amiinn.. :)

i is myself. said...

smoga akhi syamsul mndapat isteri yg solehah..yakinlah dengan janji Allah... jagalah hubungan dengan Allah,,insya Allah nanti Allah hadiahkan seseorang yg juga mnjaga hubungannya dengan Allah... sweetkan Allah..sayang Allah..

Allahumma yassir wala tu'assir