Sunday, April 15, 2012

ABPBH 2012 dan ceritaku

Hening pagi di Genting ini cukup damai.Awalnya,rintik hujan renyai yang menghempas tingkap bilikku sedikit mengganggu,namun tidak lama sehingga matahari mula menzahirkan diri,memberi cahaya dan nafas baru buat aku dan semua yang masih bernyawa untuk mulakan hari baru.

Alhamdulillah,Anugerah Bintang Popular Berita Harian(ABPBH) 2012 telah tamat dengan jayanya.Majlis berprestij buat semua insan seni tanah air ini tidak pernah mengecewakan dan sering mengungguli dalam perbandingan dengan mana-mana majlis seumpama yang lain.Faktor ‘senioriti’nya yang buat tahun ini sudah yang ke-25(Jubli Perak)nyata telah menjadi faktor utama keunggulannya.Terima kasih dan tahniah pada Berita Harian yang telah berjaya menjadikan ABPBH sebagai medium prima apresiasi peminat kepada anak-anak seni semenjak 25 tahun ini.

ABPBH tahun ini meriah,penuh ekstravaganza.Seperti sediakala semua artis kulihat cukup  bergaya dengan ‘style’ mereka tersendiri,ceria dan gembira.Aku turut gembira bila melihat senario sebegini kerana aku tahu yang hadir semua  inilah yang akan bersama-samaku dalam memartabatkan industri penyiaran,lagu dan perfileman.

Dalam keriangan malam ABPBH,aku melihat ‘orang-orang lama’yang turut hadir,membuat aku rasa terharu dan membayangkan diri aku (jika aku masih diberi pinjaman nyawa dan waktu) 10-20 tahun akan datang,adakah aku akan terus berdiri teguh memberi sokongan yang padu pada industri dan generasi baru? Aku bertekad untuk terus bersama dalam jatuh bangunnya industri ini.InsyaAllah.InsyaAllah.

Tahun ini,Alhamdulillah,aku dicalonkan dalam kategori pelakon filem lelaki popular bersama pelakon-pelakon ‘otai’ lain ; Aaron Aziz,Adi Putra,Bront Palarae dan Shaheizy Sam.Seawalnya lagi aku sudah tahu aku bukan tandingan mereka.Mereka adalah antara pelakon-pelakon lelaki Malaya yang aku kagumi.Oleh kerana itu rata-rata yang tercalon ini semua adalah pelakon-pelakon pilihanku dalam filem-filem arahanku.Mereka adalah yang terbaik antara yang terbaik.

Tahun ini juga,buat julung-julung kalinya 3 generasi keluargaku diberi amanah untuk menjadi pengumum dan penyampai trofi bersama.Papa,aku dan adikku;Syafiq,kami bertiga berada pada podium yang sama.Ada rasa janggal pada awalnya namun bila kami mula berinteraksi,Alhamdulillah hilang rasa janggal itu,malah terbit satu semangat baru untuk menjadi inspirasi pada semua.Kami adalah representasi 3 generasi yang akan terus menyokong dan memartabatkan industri sampai bila-bila.InsyaAllah.

Sepanjang ABPBH,ada beberapa ‘moment’ yang aku rasa aku perlu kongsikan dengan semua apa yangku rasa.Antaranya kemenangan Fizz Fairuz.Aku hampir saja bergenang air mata bila mendengar ucapannya yang aku tahu dan dapatku rasakan keikhlasan dan kejujurannya.Fizz Fairuz adalah antara nama-nama yang aku kagumi lakonannya sejak drama Nur Kasih lagi.Buat Fizz Fairuz,tahniah dan percayalah kemenangan ini adalah selayaknya untuk kamu.

Seperti yang semua ketahui,Aaron Aziz telah berjaya menjadi Bintang Paling Popular 2012.Tiada sangkalan daripadaku untuk Aaron menjadi Bintang paling popular tahun ini kerana aku cukup mengenali dia.Aaron adalah satu ‘fenomena’ sejak tahun lepas lagi.Tidak kira siapapun,malah yang menuntut ilmu ‘penaakulan mantik’ juga tidak dapat menidakkan kemenangannya ini.Lantas jika ada yang tidak berpuas hati,maaf aku nyatakan di sini,kalian perlu lebih bersifat terbuka kerana ini adalah pilihan  rakyat Malaysia.

Akhir kata,aku petik kata-kata daripada Dr.Anwar Fazal di twitternya buat renungan bersama  
“Usah dengki kawan-kawanku.Kita peroleh rezeki dari Pemberi Rezeki yang sama.Masa,tempat & bentuknya mungkin berbeza,namun hakikatnya semuanya dari DIA”

Salam satu Malaysia!
Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof

P/s:Aku lebih gemar mengemaskini twitterku kebelakangan ini.Kalau mahu tahu perkembangan terbaru,ikut aku di twitter.
Twitterku : @burnsoul4u
Twitter Dr.Anwar : @DrAnwarFazal
Twitter Syafiq : @syafiqyusof
Twitter SKOP : @Skop_Prodns

16 comments:

ShaiedaShafiqa said...

proud to be the first one to read this :)

Aqilah Kamarudin said...

agree part yang last tu. tehee!

✿cik awin✿ said...

Yeahh.. Rezeki dtg dlm bntuk bbeza.. No jeles2!

Anonymous said...

Suka baca setiap entri yg dikeluarkan...bahasa yg digunakan indah..gabungan 3 generasi...baru, pertengahan dan lama...:) sy pula kebelakangan ni rajin nk jenguk twitter anda...hahah :) kEep it up..n lebihkn senyuman di bibir anda...;) hahah

chintaliza said...

Yup.. kita adalah PENERIMA rezeki dari PEMBERI rezeki..hakikatnya kita semua sama.. good luck sol..

siti said...

That right. Tuhan bg rezeki dgn cara yg bebeza.. Pecayalah.. Makin ramai yg dengki, mkb byk rezeki kita..

nfs said...

first time reading this blog and the posts are all nicely written. for a moment i thought i was reading a malay novel. anyway, syamsul yusof, i ve always admired you. you ve inspired people like me. you are young, talented, full of ideas, and your movies keep people moving. keep on making good and quality movies. May Allah showers you and your family with blessings and health.
-a follower from dr anwar's twitter. his tweets will knock some sense in us. do follow.

Anonymous said...

Sgt tulus penulisan anda

Anonymous said...

Terbaek tok!

Diera Morata said...

Agreed! You always have something good to share, no wonder you can produce 'great' film. Amazing ideas and very meaningful! Yes bout tht 'aaron'.. Dunia hiburan bersifat universal. Tidak perlu menafikan kemenangannya, kerana ini semua pilihan rakyat! Peace.

Anonymous said...

Saya setuju part last tu.Rezeki semuanya datang dari Allah,siapalah kita untuk mempertikaikannya.Tahniah buat yang menang

Unknown said...

sangat setuju dengan kata2 Dr.Anwar Fazal... :).. Janganlah menidakkan.... Allah telah memberi hambaNYA bahagian masing2.. ~syukur~

zeela said...

agreed!!kita peroleh rezeki dari Pemberi Rezeki yg sama..

Anonymous said...

Alhamdulillah, ada juga artis M'sia yg memahami situasi yg berlaku selepas ABPBH...cayok la Shamsul.....tp betul2 sedih tgk Fizz Fairuz....

tyhah91 said...

GREAT!!

Aliha said...

Setiap tulisan U beri Lya inspirasi dalam blog Lya. Walaupun Lya dh buat blog yg kedua, tapi Lya tetap tak boleh menarik perhatian follower2 Lya . Lya jadikan U as my sifu. U adalah sifu terhebat yg pernah Lya jumpa. Terima kasih ya.