Sunday, June 17, 2012

HINGGA HUJUNG DUNIA



Salam  “Hingga Hujung Dunia” buat semua pembaca tulisanku.Kali ini,aku ingin menulis bebas,tiada spesifikasi atau tajuk tetap,rawak tetapi bukan serawak Gerakan Brown yang kite pelajari dalam ilmu sains.

Dalam tidak sedar,masa berlalu cukup pantas mengalahkan pantasnya keretapi peluru Negara matahari terbit itu sehingga bila aku sangka aku mahu turun pada stesyen seterusnya,aku cuba mencapai butang sebagai tanda awal pemberitahuan untuk berhenti pada destinasi seterusnya namun seringkali aku gagal dan tidak sempat kerana asakan dari penumpang-penumpang lain yang berada pada ‘gerabak yang sama.’

Selama hampir sebulan ini jadual hidupku cukup padat dari lakonan ke ‘editing’.Habis tugas lakonan,aku berkejar pula ke studio memerah otak,bersengkang mata,berkali-kali membaik pulih plot-plot KL GANGSTER 2,cuba untuk memberikan hasil yang terbaik untuk tatapan semua kerana aku percaya rakyat kita sudah matang untuk menilai filem-filem hasil tangan anak tempatan dan tidak salah untukku nyatakan,mereka meletakkan filem luar sebagai perbandingan.Satu cabaran yang cukup besar buatku dan semua penggiat seni  tanah air!

Jalan Kembali;BOHSIA 2,filem arahanku seterusnya ini akan ditayangkan di pawagam bermula 7 Jun 2012.Ini adalah sekual filemku yang sebelumnya BOHSIA;Jangan Pilih Jalan Hitam.Buat semua yang sudah menonton BOHSIA yang  pertama,bagi sekualnya aku persembahkan satu adunan emosi dalam selingan aksi,dan yang paling penting,pengajaran di sebalik tribulasi kehidupan lebih dibandingkan yang pertama.Padat.Tonton ‘trailer’nya di YouTube.

Aku tertarik dengan Artikel Serimah di ruangan Hip pada hari Isnin lepas yang bertajuk “Jangan Buat Filem Mi Segera”-Penerbit perlu kaji selera peminat demi perkembangan industri.Pada kolum itu juga diberi jadual senarai kutipan filem-filem tempatan sepanjang 2012 ini dan nyata kurang memberangsangkan.
Kutipan tertinggi untuk tahun ini sehingga bulan ini iala ‘Adnan Sempit 2’ dengan jumlah kumulatif kutipannya RM 6.82 juta.Tahniah buat Metrowealth.

Tiada sangkalan pada kenyataan Abang Norman KRU yang menyatakan penonton masa kini menonton wayang yang hanya kena pada cita rasa mereka dan ini adalah factor yang mempengaruhi kutipan filem.Konklusinya,filem harus dihasilkan mengikut citarasa terkini penonton,bukan citarasa sendiri pembikin filem.

Beralih pada lagu.Hingga Hujung Dunia,ya,itulah tajuk ‘single’ terbaruku.Dalam tidak sedar sudah 4 single yang aku telah hasilkan;dari ‘BIDADARI’ ke ‘APAKAH SEMUANYA ITU’,seterusnya ‘YA ROBBI’ dan kini ‘HINGGA HUJUNG DUNIA’.Untuk mendengar single terbaruku ini bolehlah ke youtube pada channel BURNSOUL4U atau taipkan terus pada kotak pencarian HINGGA HUJUNG DUNIA.

Alhamdulillah,maklum balas yang diterima setakat ini baik dan positif.HHD adalah lagu runut filem Aku Bokon Tomboy yang dihasilkan mengikut citarasa remaja masa kini,’catchy’ dengan nada futuristik.Buat yang masih belum mendengar,dengarlah dan kongsikan pada semua ok?

Akhir kata,Filem dan Lagu adalah nyawaku.Hari-hariku berputar sekitar filem-filem dan lagu-lagu yang cuba kufahami maksud tersiratnya suapaya aku mampu menghasilkan filem dan lagu yang lebih baik dan‘berisi’ buat semua.Pesananku,apapun,pilih filem dan lagu yang ingin ditonton dan didengar.Filem dan lagu mampu member inspirasi dalam kehidupan,namun dalam masa yang sama mampu  ‘merosakkan’ minda jika salah
pilihan.Renung-renungkan
Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof 
-Soul of Burn & Soul-

4 comments:

Lily ILyas said...

Filem Bohsia II Jalan Kembali Memang terbaik dan banyak pengajaran yang boleh di ambil ,, ape ape pun tahniah !!! Good Luck =)

Cik Mimpi90 said...

usaha yang baik akn membuahkan hsl yang bermutu..truskan usaha anda..good luck..:))

Kinafi said...

Hingga Hujung Dunia, Love the song! :D

Aliha said...

Best sgt lagu ni. Lya suka sgt. Thanks ya sebab bt filem tntg akhlak remaja and filem yg bagi bnyk moral value kpd Lya. Setial filem U, Lya tak pernah miss pun.