Sunday, June 17, 2012

'JALAN KEMBALI' masih terbuka.Jangan sia-siakan masa..



Bismillahirrahmaanirrahim..


“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” 
[Al-Baqarah 216]

Itulah ayatNya yang aku guna sebagai Mukaddimah filem terbaruku BOHSIA 2 – JALAN KEMBALI ini.Penangannya cukup terkesan dalam jiwaku lantaran itu berulang-ulang aku selitkan dalam filem ke-7 arahanku ini.

Alhamdulillah.Aku panjatkan segala kesyukuran pada Pencipta,Allah s.w.t  atas rezeki,kejayaan yang diberi untuk kutipan yang amat memberangsangkan.Sungguh aku amat bersyukur namun jujur aku lebih bersyukur jika filem BOHSIA 2 ini benar-benar mampu memberi impak pada hati-hati kita semua dan terutamanya golongan remaja yang sedang leka dengan ‘tipu daya keriangan dunia’ sehingga lupa ada yang lebih kekal di ‘sana’.

Melalui filem ini aku mahu kita semua sedar yang  pintu taubat Allah sentiasa terbuka selagi kita masih bernyawa dan jangan sekali-kali kita persiakan sisa masa pinjamanNya ini untuk melakukan perkara-perkara yang sia-sia dan mampu mendatangkan murkaNya kerana kita tidak tahu bila ‘tarikh tamat’ kita di dunia.

Aku percaya,jauh di sudut hati kita semua,walau seteruk mana sekalipun kita,masih ada sekelumit rasa insaf bila dipaparkan dengan plot-plot agama dan kematian kerana kita tahu,mati itu pasti dan tiada apa yang lebih pasti dari mati.Cuma,kita sering menipu diri,menyedapkan hati dengan berkata “Aku masih muda lagi.Masih banyak masa untuk berubah.Nanti bila dah tua,aku bertaubatlah.Sekarang masa untuk aku bersuka-ria,kenal dunia habis-habisan”Itula tutur kata atau suara hati tipikal kita.Astaghfirullah.

Buat pengetahuan semua aku juga ada berlakon dalam episode pertama Tanah Kubur musim ke-4 baru-baru ini.Zahirnya aku mungkin nampak bersahaja pada tiap plot yang dilakonkan tetapi di sini aku mahu buka rahsiaku – Ada satu rasa yang amat menakutkan menyelinap pada tiap relung nadiku,pada malam selepas lakonanku dikafankan aku bermimpi aku tidak sempat untuk bertaubat dan memohon ampun pada mama & papa sebelum aku menghembuskan nafasku yang terakhir.

Aku meronta-ronta minta diberi peluang ke-dua untuk dihidupkan semula walau hanya buat seketika untuk bertaubat dan berjumpa mama & papa.Aku terjaga bila jam locengku bordering untuk subuh.Lencun bajuku.Berair mataku.Menggigil tubuhku.Aku menangis seperti anak kecil,mengucapkan syukur aku masih bernyawa.Terima kasih ya Allah.Itu pengalamanku.Itu rahsia yang aku bongkar tentang diriku yang sering lupa.Jikalau benar itu semua,hampir pasti aku bukan penghuni syurga.Jangan kita persiakan peluang kita di ‘sini’,kawan-kawan

Buat semua yang sudah menonton BOHSIA 2 – Jalan Kembali,TERIMA KASIH.Buat yang masih belum menonton,jangan lupa untuk menonton. .InsyaAllah bila keluar saja dari panggung,kamu tidak akan rasa 'kosong'Sama-sama kita martabatkan filem tempatan!

Sebelum mengakhiri tulisanku kali ini,aku mahu mengucapkan terima kasih yang tak terhingga juga pada semua wartawan,juruhebah,blogger yang menggunakan medium media massa dan internet untuk mempromosikan filem BOHSIA 2.Seawal karierku lagi,kalian sentiasa bersama.TERIMA KASIH!

“Tidak kira berapa jauh sudah kau lalui 'jalan hitam',selagi masih bernyawa,kau masih ada masa untuk menukar arah ke 'jalan kembali’”

Salam sayang buat semua!

Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof

29 comments:

tikahmodjaika said...

belum berkesempatan lagi nak tgk.... beruntunglah orang yang diberi peringatan itu,tapi rugilah dia bila peringatan itu dibiarkan sepi...

Lynda Delacruzacic said...

Bukan memuji namun filem2 arahan syamsul yusof mmg mampu menarik kami yg golongan anti filem melayu ini ke pnggung.klu kamu rasa hdup kmu kosong p la tngok ne movie.:-)

Unknown said...

dah tengok Tanah Kubur part yang shamsul berlakon.
best!
bermanfaat ^^

diana said...

Terima kasih kerana mengingatkan. Semoga hidup sentiasa diberkati dirahmati Allah. :)

solehah said...

alhamdulillah,, sy sudah tengok filem jalan kembali ni,, memang bagus cerita ni, sy suka sgt, byk mmberi pengajaran,, tahniah sy ucapkan kpd syamsul krn telah berjaya membawakn filem ini dgn baik,, sy doakn kejayaan syamsul di dunia dan akhirat. jujur sy ckp, byk2 filem syamsul,, jalan kembali inilah yang paling best..all the best to you

Anonymous said...

Alhamdulillah masih ada pengarah yang concern dan prihatin..salute sama anda!

Teruskan usaha dalam menitipkan nilai-nilai Islamik dalam industri seni. Memang industri seni di Malaysia perlu kepada satu revolusi ke arah yang lebih baik. Moga anda istiqamah dalam perubahan. :)

Aim pengakhiran semua manusia yang beriman itu adalah syurga. Jom sama-sama strive for that.

Syabas for the effort bro. :)

Cuma satu pinta saya sebagai hamba Allah yang prihatin, kalau boleh kita kurangkan pergaulan bukan muhrim dalam sesuatu filem itu lebih indah hasilnya. Wallahua'lam. Ini hanya pendapat saya sebagai hamba Allah yang sangat kerdil. Pengertian seni dan karya itu cukup luas. Bahkan idea dalam berkarya itu jua satu kurniaan Allah buat mereka yang bertuah. Thus, jangan kita sia-siakan nikmat itu. Lebih indah andai nikmat dan amanah Allah dijaga sebaiknya mengikut syariat berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Saya percaya anda bisa membuat perubahan itu. Sungguh saya kagum dengan keberanian anda sbg pengarah muda untuk mencuba sesuatu yang baru.

Jazakallu khairan kathira.

Just my two cents. Terpulang pada anda untuk menilai. =)

Unknown said...

Alhamdulillah .. sayang nya Allah pada awak, jangan sia2 kan .

Anonymous said...

alhamdulilah...
sesungguhnya Dia mengetahui akan setiap apa yg berlagu di dalam hatimu...

Unknown said...

ade tgk tanah kubur waktu epi abg shamsul..
GBM tgk pon nangis..

terbayang2 jika ia terjadi.. =(


insan yg mentah,
GBM

Anonymous said...

tebaikkkkkkkk..

Anonymous said...

Ya, u are so true.

Nurshuhada Ghazali said...

saya baru lepas menonton bohsia dua mlm smlm. alunan zikir sgt memberi pengertian pada diri ini,di sebalik kisah hitam masih terbuka peluang dari Allah untuk kembali ke jalan yg benar. ternyata kasih syg Allah pada hambaNya tiada tandingannya.

ridzuanadnan said...

this is a great job bro...teruskan memberikan karya2 yang dapat dijadikan teladan dalam hidup ini...syabas..

muhsin.aminudin said...

kalau jalan masih terbuka, tetapi orang kat tepi jalan tu yang suka sangat mengata. susah jugak. takde sape nak lalu.

Anonymous said...

terima kasih syamsul...kerana bohsia2 , anda telah menyedarkan sy tentang ayat 216 albaqarah ... semoga anda di cucuri rahmat daripada Allah S.w.t ...-missjambang-

ARLYNA said...

pawagam Tawau belum keluar lagi.cannot wait bro.. sy suka filem2 yg mmbawa kita utk sntiasa ingt Tuhan.. Moga terkesan d jiwa semua..May Allah Forgive us :)

~~~diriku sendiri~~~ said...

dah tengok...serious sgt menarik n penuh keinsafan... congratz to director :)

Anyss Han said...

I had watched your latest movie last friday.. lots of lesson that viewers can grabbed.. in each movie, there always hv pros & cons, but it's all up to the viewers,, anyway, all the best for your next project. :)

Anonymous said...

sy dah tengok Bohsia 2. Memang menarik lah movie ni.. Part mengenai agama di dalam movie ni, apabila Syamsul mengatakan mengenai tiket pergi ke syurga tu Free, itu lah Words of Wisdom :) selepas tengok Bohsia 2, Alhamdulillah sy telah tersedar dan mula melakukan solat 5 waktu (ttpi sy bukan lah bohsia dan lain lain tu) Yg penting movie ni efektif untuk keinsafan

Anonymous said...

Subahanallah, Sebesarmana pun dosa yang telah kita lakukan,Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita kembali ke jalannya.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Anonymous said...

Assalamualaikum , saya harap leoas ni awak banyak membuat filem yg berunsur islamik tak kisah lah dalm bentuk apa asalkan ada selit unsur islam. Cerita Bohsia 2 mg terkesan di hati .

Farah Hanim said...

Verily, God loves those who do good (Al-Baqarah, 2 :195) :)

Kinafi said...

Saya dah tengok filem Bohsia 2. Sungguh terharu dengan jalan cerita die..ade juga unsur2 agama yg diselitkan dlm filem ni.. Tahniah! Semoga filem2 yg lain pon, ade juge diselitkan sedikit unsur2 agama untuk menyedarkan manusia yg semakin hanyut dgn keduniaan.. :)

miss tutetot said...

abg2..i luv u..hehe..

Anonymous said...

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
(Al-Baqarah 2:128)

Anonymous said...

this post made me cry.syamsul,semoga terus di jalanNya,semoga kita (melayu&islam) terus berubah ke arah yg lebih baik,hari ke hari.Allah yusahhil!(semoga Allah permudahkan) ameen :)

mashi said...

idea yg syamsul cuba smp kan mmg bagus, tapi xsemua golongan ambil pengajaran baik drpd cerita2 yg dibuat syamsul... ada sesetengah golongan muda yg mengambil ajaran buruk dalam filem2 yg diterapkan pengarah2 malaysia

Aliha said...

Setiap kata2 dalam setiap post U banyak buat Lya terharu. Penulisan yang sangat baik. Act, Lya dah tengok tau Jalan Kembali. THE BEST ! Always support U !

Anonymous said...

salam..biiznillah.
alhamdulillah, niat Saudara Pengarah untuk menghasilkan filem/cerita yang memberi kesan dan kesedaran kepada penonton sangat baik, mulia dan murni. Saya masih belum ada kesempatan untuk menonton filem ini. saya hanya sempat tengok trailer. apa yg sya lihat (melalui trailer), memang ada mesej yang baik ingin disampaikan dan menarik. walaubagaimana pun, saya percaya filem ini akan mendapat sambutan yang lebih gempak segempak2nya dari pelbagai lapisan masyarakat sekiranya penceritaan dan lakonan filem ini betul2 mengikut syariat Islam. malah mesej kesedaran yang ingin disampaikan akan terus masuk dan terpahat dalam hati penonton yang seterusnya membawa mereka kepada perubahan diri yg positif (seperti yg dilakonkan). Dan yang paling penting, Allah, pemberi nikmat ilham dan idea, akan meredhai filem ini. itu yg penting. redha Allah.

tiada persentuhan antara lelaki & wanita yg tidak halal, aksi2 yg menjolok mata dan tidak sepatutnya, terlalu ganas. sya yakin klu perkara di atas tidak dilakukan di dalam sesebuah filem, ustaz & ustazah, alim ulama' dan org2 yg ingin menjaga iman tidak akan teragak2 untuk menonton filem2 melayu kita..
wallahualam..

*Insan Yg Lemah,
Saudari Seagama