Sunday, July 1, 2012

Jika kita berumah kaca...


Jerebu hari ini mengganggu pandanganku,menyesakkan jalan yang sudah sedia sesak dengan kereta-kereta warga kota yang sedang sibuk menuju ke destinasi yang dituju.Aku seperti sedia kala,bersaing dengan masa,cuba memintasnya untuk melunaskan obligasi kerja dan peribadi.Hari baru,ujian baru dan solusi baru.Hidup perlu terus,jangan ditunda apa yang sepatutnya mampu dikerjakan hari ini ke hari seterusnya kerana yang tertunda itu akan datang mengejar dan terus mengganggu selagi belum dilunaskan.

Sebelum aku pergi lebih jauh,aku ingin panjatkan kesyukuran pada Ilahi atas pengiktirafan yang diberi kepadaku dan adikku,Syafiq.Nama kami berdua bakal diiktiraf dalam Malaysia Book of Records.Syafiq diiktiraf sebagai pengarah Malaysia termuda yang telahpun berjaya mengarah filem SAM yang bakal ditayangkan pada Hari Raya tahun ini.Manakala aku pula diberi 2 pengiktirafan;Pengarah muda yang memenangi Pengarah Terbaik FFM dua kali berturut-turut untuk filem Evolusi KL Drift(2010) dan KL Gangster(2011) serta pengarah termuda yang berjaya menghasilkan filem dengan kutipan tertinggi untuk KL Gangster-RM 12 Juta.

Alhamdulillah.Pengiktirafan ini adalah pengiktirafan untuk semua pejuang dan penggiat filem tempatan.Pengiktirafan ini adalah sumber inspirasi untuk aku dan warga SKOP Production khususnya.Bukan niatku untuk berbangga-bangga.Jauh sekali.Niatku di sini adalah untuk memberi inspirasi pada semua,tidak kira apa jua pekerjaan yang kalian lakukan,tidak kira siapa,jika visi kita jelas,jika usaha kita keras,insyaAllah DIA akan membantu kita menuju ke puncak yang teratas.

Aku pegang kata-kata Steve Jobs “Jangan biarkan pendapat orang lain menenggelamkan suara hati anda.Apa yang lebih penting,anda perlu berani ikut kata hati dan naluri anda”

Maaf jika aku menyatakan di sini mengenai mentaliti lemah kita kerana aku pernah menjadi antara yang berfikiran serupa.Kita terlalu memikirkan pendapat orang lain dan sering mudah terluka jika ditegur dan diberi komentar atas hasil kerja kita.Itu aku yang dulu.Formula aku untuk menanganinya ialah,selalu berfikiran positif dan terbuka.

Hormat pendapat semua.Jangan melatah dengan cemuhan dan provokasi yang menyatakan hasil kerja kita hanya ‘biasa-biasa’ dan tiada apa yang istimewa.’Telan’ itu semua dengan titipan senyuman.Pasakkan dalam hati;itu semua adalah pembakar semangat kita untuk lebih berusaha keras  menjadi lebih baik.Jangan pernah berburuk sangka pada sesiapa. Sekurang-kurangnya mereka bersuara menyatakan pendapat mereka.Ayuh bersangka baik pada semua!

Seterusnya,ini nasihatku sebagai seorang pengarah kerdil yang dibesarkan dalam dunia seni sejak dari kecil,jangan sekali bertelingkah dan mengeluarkan sebarang kenyataan buruk mengenai sesiapapun.Gunakan medium yang betul dalam menyelesaikan masalah sesama rakan se-industri.Industri kita baru sahaja mahu berkembang.Jangan bantutkan dengan isu-isu ‘peribadi’ dan pertelingkahan sesama sendiri bila sepatutnya industri ini diwarna-warnikan dengan hasil kerja berkualiti anak-anak tempatan yang bervisi.

Hormati juga rakan-rakan wartawan,pemberita,blogger dan semua yang banyak membantu kita secara langsung atau tidak langsung.Jika ada perselisihan,cuba cari jalan penyelesaian aman,bukan dicanang seMalaya kerana aku percaya masih banyak berita Negara yang lebih penting untuk dikongsi dengan semua.

Akhir kata, 
'jika kita berumah kaca,jangan terlalu berani melempar batu pada sesiapa'.
                                                           Renung-renungkan.


                                                            Pengarah Kerdil,
                                                            Syamsul Yusof

21 comments:

Ikhwan Suhaimi said...

Woahhhhhh tahniah !!

*Tgah tggu Kl gangster 2 ni, & "amir" look sweet together with "ameera" hehehe.

..::Mi$s VicT0ry::. said...

tahniah ats pengiktirafan yg diperoleh..semoga terus maju dlm industri dan dipermudahkan urusan olehNya..

aunty qistina said...

Alhamdulillah,congratulations to you both. i wish you a best of luck and i know you can go even further. Good job Syamsul.

rahmahmokhtaruddin said...

^^_
Moga rumah kaca itu menjadi medium terbaik bagi kita melihat pantulan imej diri sendiri.
Kalaupun kita berumah batu, belum tentu ia lebih baik berbading rumah kaca. Batu atau kaca, asalnya tetap sama. Bumi yang sama, yang tertudung langit yang luas. Tahniah. Terima kasih kerana selalu berkongsi ilmu.

Ya, aku juga akan usaha keras-keras macam kamu. InsyaAllah, kejayaan itu akan menyusul.

adarain said...

yakin pada diri sendiri yang kita mampu boleh buat lebih dari orang lain....
jangan mudah terpengaruh dengan orang lain..
takut2x kita sendiri yang rugi...hehehe..
KL gangster 2. bila nak kuar nie?...LOL

Unknown said...

Syukur Alhamdulillah(: a huge congrats on your award dude!Keep up the good & superb work. May ALLAH bless you abundantly & grant all your desires... Stay Humble as always ya!(:

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah(: a huge congrats on your award dude!Keep up the good & superb work. May ALLAH bless you abundantly & grant all your desires... Stay Humble as always ya!(:

C H A H A Y A C H E N T A said...

sama2 istiqamah dlm hidup.. barulah hidup berkat dan tenang.. harta bergunung tak janjikan apa2 kalau hidup tak ad keberkatan dan hati tak tenang ;D

~misshuny~ said...

tshniah..xsabar nk tunggu kl gangster 2 nie..=)

Anonymous said...

tanpa Dia siapalah kita...
kejayaan yg diperolehi anugerah dari Dia ats sgl usaha dan tawakal
sape pun kita...di mata Dia kite trsgtlh kerdil biarpun kite hebat di mata dunia...

Unknown said...

tumpang bangga dengan kejayaan saudara. tahniah saya ucapkan.. dan saya begitu menyukai tulisan saudara yang humble. Semoga kejayaan dan kebahagiaan terus menjadi milik saudara :)

Nurfarahana A.Aziz said...

Tahniah..apa yang kamu berdua dapat adalah selayaknya..teruskan usaha ! :)

soleha said...

congrates for your award.. tahniah ye abg syamsul dan syafiq..u r the best

nfar said...

Congratulation.keep it up bro, May Allah bless our day, InsyAllah

Unknown said...

Tahniah atas kejayaan !! semoga dimurahkan rezeki selalu dan moga cepat mendirikan masjid.Amin. baru lengkap hidup bila dah mendirikan masjid dan diiringi dengan kejayaan yang telah kita perolehi.. huhu ;)
always be humble okey, I'm proud of you SYAMSUL YUSOF. :)

Unknown said...

Syukur Alhamdulillah. Congrats on your award & keep it up w your awesome & superb work dude(: stayin positively positive & May the blessings of ALLAH abundantly showerin unto you!

Gerek Lama said...

bro tahniah ! teruskan berkarya :)

WEI LYN said...

suddenly touching. :)
I love all he words. Moga kita pegang kata2 tu jugak :)

Kinafi said...

Alhamdulillah.. Tahniah atas kejayaan yang diraih selama ini. Semoga anda tetap merendah diri dan sentiasa bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan selama ini. Kami peminat anda akan setia menantikan kemunculan filem terbaru anda, KL Gangster 2. Semoga filem ini akan mendapat kejayaan yang sama dengan filem sebelumnya.

Salam, peminat dari singapura. :)

Miss Mustache :3 said...

TAHNIAH :)

Unknown said...

tahniah.... teruskan hingga berjaya...