Sunday, July 15, 2012

2 Filem dalam 1 minggu - Satu Cabaran!



Di set KL DRIFT The Series ini,aku melihat dari kejauhan bagaimana adikku,penyambung legasi keluarga,wakil generasi millenia berkerja.Kagum.Cara kami bertiga,dari Papa,aku dan Syafiq nyata berbeza.Seperti yang semua tahu,Papa adalah seorang yang aggresif dalam kerjanya.Jika krew termasuk aku tahu dia akan datang di lokasi untuk memantau,jujur sehingga hari ini ada rasa debaran itu yang sukar aku gambarkan di sini.Auranya terlalu kuat.Kerja jadi lebih serius (bukan bermaksud tanpa kehadirannya di lokasi tidak serius),ada “urgency”(kesegeraan) dan “aim for minimal flaws”(kurangkan sebanyak mungkin kesilapan) kerana jika Papa ada,dia akan lihat dengan terperinci dari segenap aspek dan perspektif,dari pengarahan,kamera,pencahayaan,‘make-up’ sehinggalah ke sekecil-kecilnya yang mungkin kami sangka tidak perlu diambil perhatian yang lebih.Itu Papa.

Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.Cara aku berkerja walau dalam sedar aku cuba menidakkan serba sedikit ada persamaan dengan papa dari segi ketelitian.Kadang kala aku terlalu cuba untuk menghampiri kesempurnaan walaupun aku tahu ia mustahil tetapi aku ikhtiarkan juga dengan semampunya.Jarang sekali aku berpuas hati dengan hasil kerjaku.Selalu sahaja aku melihat hasil kerjaku terlalu banyak cacat cela yang perlu diperbaiki lagi.Aku tidak mudah berpuas hati bukan kerana egoistik,tetapi kerana aku mahu hasil kerja aku mencerminkan kemampuan sebenar anak Malaysia yang tidak sepatutnya dipandang sebelah mata oleh Dunia.Musuh utama aku adalah masa kerana bila kesempurnaan yang cuba kita gapai,ia tidak semudah yang disangka kerana ia memerlukan masa dan masa itulah yang sering aku kejar!

Syafiq pula aku lihat lebih ‘mellow’.Gayanya di kerusi pengarah sering aku pantau dari kejauhan.Dia sentiasa tenang dan cuba mengawal gelanggang dengan caranya yang tersendiri.Aggresifnya dia bukan lebih di lokasi tetapi ketika di studio.Ilmunya dalam CGI dan efek-efek baru dalam dunia perfileman benar-benar aku kagumi.Sebelum dia mula bergiat penuh dalam bidang ini lagi,pelbagai eksperimentasi telah dia lakukan dan ditunjuk padaku dan Papa untuk dinilai.Kami akur generasi muda sepertinya perlu dilentur dengan baik kerana ilmu mereka dalam dunia IT yang penuh dengan kecanggihan ini ternyata mampu untuk menaik-tarafkan industry filem Negara yang tandus dengan filem-filem dalam genre sci-fi.Filem terbaru arahannya;SAM menjanjikan satu kelainan yang bagiku amat perlu ditonton semua.Satu anjakan paradigma minda generasi muda dunia perfileman Negara..

Melihat pada senario lambakan filem tempatan yang mula mengisi pawagam dengan giliran seminggu 2 buah filem baru bermula dari 24 Mei yang lepas membuatkan aku lebih teliti dalam penghasilan filem-filem arahanku dan filem-filem di bawah naungan SKOP Production.Sistem baru di bawah Skim Wajib Tayang (SWT) ini ternyata ada pro dan kontranya.Aku sentiasa cuba berfikiran positif dan di ‘luar kotak’ bila saja ada rombakan dalam apa jua situasi.Yang pasti,dengan rombakan system ini ternyata menunjukkan industry perfileman Negara kita semakin pesat dan saingan secara sihat untuk menghasilkan yang terbaik kian memuncak.

Walaupun ada yang berkata factor ini mengganggu kutipan filem mereka,aku tidak bersetuju 100%.Alhamdulillah,yang terkini,filem BOHSIA 2;JALAN KEMBALI arahanku dan filem MAEL LAMBONG arahan abang Ahmad Idham mampu mencecah kutipan RM5 Juta dalam lambakan filem-filem tempatan dan antarabangsa yang lain.Ini membuktikan,filem kita jika kena acuan mampu memuaskan citarasa penonton tempatan dan keinginan untuk menonton filem-filem tempatan tidak akan luntur dek saingan dari filem-filem antarabangsa kerana aku yakin,rakyat Malaysia adalah rakyat yang bijak dalam menentukan filem mana yang berbaloi untuk ditonton dan mereka tidak mengenepikan filem-filem hasil tangan anak Malaysia.

Akhir kata,nasihatku pada semua penggiat seni perfileman Negara dan buat diriku sendiri,jadikan isu lambakan filem;2 filem seminggu ini sebagai pembakar semangat dalam menghasilkan filem yang lebih berkualiti dan yang mampu menambat hati penonton tempatan.Kita mampu jika kita mahu!Buktikan filem kita bukan filem picisan,tetapi filem yang berkualiti tinggi dan ber’isi’.


Selamat menyiapkan diri dan hati untuk Ramadhan kali ini.Moga Allah mudahkan kita untuk lebih mendekatkan diri denganNya.Salam penutup Syaaban dan pembuka Ramadhan!

Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof

22 comments:

Farahin Shah said...

teruskan perjuangan.. :)

Farahin Shah said...

tak sabar nak tgk SAM..apa2 pun awk tetap yg terbaik.. :)

Al khattab said...

good luck bro! terus melangkah mara padu ke hadapan!

Zulaiqha Zulkifli said...

Salam En.Syamsul.

Saya kagumi sangat apa yang saudara dah capai hari ini. Kekaguman yang bukan sedikit. Tetapi sangat tinggi.

Bila sebut tentang kesempurnaan, memang susah nak realisasikan kerana kekangan masa namun apa yang penting kita sentiasa positif dan bermotivasi untuk lakukan yang terbaik.

Semangat untuk membaiki & mempertingkatkan perfileman Malaysia hari ini amat saya sanjung. sbgai anak muda, saya tumpang berbesar hati kerana sbgai ada juga insan anak muda yang mempunyai semangat yang kuat seperti saudara Syamsul.

Tahniah diucapkan sekali lagi. Moga ada masa kita bertemu dan boleh berkongsi ruang kejayaan anak muda yang lainuntuk kebaikan negara yang lebih bermakna. Insya-Allah. All da best En.Syamsul

mama lynn said...

tahniah shamsul. bangganya ada anak melayu sebegini besar jiwanya. dalam bidang ape pun kt berada, biar kt berjaya dengna usaha dan kesungguhan yg jitu. insya Allah

Unknown said...

Salam.. sy nak ucap tahniah kpd abg syamsul. Dulu saya kurang minat filem aksi melayu,tetapi disebabkan abg syamsul, saya dah mula minat seperti filem BOHSIA. Saya tgk abg syamsul mmg kreatif dlm menghasilkan sesebuah filem.abg sngt memahami jiwa muda dan dgn cara itu,abg dpt menghasilkan sebuah filem yg dpt menarik minat mereka seterusnya memberi keinsafan kpd mereka. Sy suka cara abg selitkan unsur ISLAMIC ke dlm filem abg.Teruskan usaha abg okey !Sy sngt bangga krn Malaysia mempunyai pengarah muda seperti abg. :)

Qeith said...

salam ramadhan..semoga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumya.:) peace no war ^_^

Unknown said...

selamat menyambut ramadan al mubarak... suksess selalu....

namy mira said...

syabas bro~ hehe

Anyss Han said...

thumbs up!! selamat berpuasa!! :)

KiKiHanakO said...

:) yang pasti kamu adalah pengarah muda yang berjaya!! i love it!

Diera Tekikushika said...

Assalam. Tahniah diatas kejayaan yg berterusan. Semoga saudara tidak lupakan mereka yg menyokong dan membantu. Cuma nak cadangkan satu konsep filem yg belum pernah saudara produce. Apa kata kalau saudara buat filem berkonsepkan Islamic macam Syurga Cinta. Berdasarkan kebayakan filem yg saudara pernah buat,tambah lg dengan idea daripada saudara selaku pengarah muda, saya percaya mungkin filem itu nanti akan jadi sesuatu yg lain.

Sekadar cadangan. Teruskan usaha dan Salam Ramadhan. Moga Ramdhan ini membawa erti buat kita semua =)

Anonymous said...

sunnah Rasulullah,berpuasa dibulan Syaaban lebih banyak berbanding bulan -bulan yg biasa kerana bulan syaaban merupakan sunat bg umat Islam untk berpuasa...malah,pernah ditanya kepada Rasulullah,mengapa baginda berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis,..jawab baginda,"pada hari Isnin dan Khamis merupakan hari amalan seluruh manusia dibentangkan kepada Allah S.W.T,dan aku suka sekiranya amalanku dibentangkan dalam keadaan aku berpuasa",..indah x ayat Rasulullah...klu boleh,cba jadikan keindahan seperti ini ke dalam filem anda...keindahan Islam...Alhamdulillah...medium dakwah anda terbuka luas,Rasulullah suka akan khalifah Allah iaitu umatnya melakukan dakwah bila sudah berjumpa peluang diberi Tuhan mereka...

Generasi Pejuang Bangsa said...

Salam bro ,

teruskan perjuangan bro di dunia perfileman ini ..

sy memang minat filem SKOP Prod sejak zaman Datuk Yusof lagi hingga sekarang..

Buktikan anak Melayu dan Malaysia mampu berjaya ..

Hunny Kitty said...

ramadhan mubarak...~

Ayiesha Sani said...

gud luck..salam ramadhan :-)

Anonymous said...

Hey. Very nice web site!! Guy .. Excellent .. Amazing .. I will bookmark your blog and take the feeds

Unknown said...

salam, bro, mad suka tengok citer gado gado, cam citer ong bak 1 , bro amik tony jaa berlakon dalam filem arahan bro, konfem meletup..

Aliha said...

3F ! Fight For Future right ? Hope U dpt success in you life. Lya tetap sokong dari belakang . InsyaALLAH. kalau niat kita baik, ALLAH permudahkan. Banyakkan berdoa ye. :)

XIIX said...

sweet,:)

Anonymous said...


You know what I mean? Its nearly as if we run through the life experience with blinders on, not appreciating the true fate of our own destiny.

Anonymous said...


Do you mind if I quote a couple of your articles as long as I provide credit and sources back to your site?