Wednesday, August 1, 2012
RAMADAN-Mungkinkah yang terakhir?
Ramadan.Mendengar nama bulan suci ini sahaja sudah buat jiwaku bergetar.Bulan di mana pintu-pintu syurga dibuka,syaitan dibelenggu belaka dan pintu-pintu neraka tertutup rapat,serapat-rapatnya.Bagiku Ramadhan adalah bulan penyuci diri dari segala ‘kekotoran’ yang telah terpalit pada hati sepanjang tahun.Bukan bermakna bulan-bulan lain kita dibenarkan berbuat dosa,tidak sama sekali,tetapi bulan ini terlalu istimewa dan terlalu berharga untuk disia-siakan kerana segala amalan kita,dari sekecil-kecilnya dilipat gandakan olehNya .Bulan ini adalah bula ‘mega sale’ atau bulan ‘pesta’pahala bukan ‘mega sale’ di pusat-pusat membeli belah kotaraya saja.
Bulan ini seringkali disalah ertikan.Mengapa aku berkata begini?Kerana hampir semua kita pernah berada dalam zaman ‘kejahilan’ bila mana Ramadan hanya dilihat sebagai bulan untuk menahan lapar dahaga dan di penghujungnya kita akan menyambut hari gembira,hari Raya.Tersenyum aku mengingati zaman itu,zaman ‘mentah’ bila puasa hanya jadi ikutan tanpa penghayatan.Alhamdulillah aku bersyukur,kini aku memahami betapa barakahnya bulan ini dan tiada bulan lain yang di dalamnya ada hari yang jika dilakukan amalan akan dlipatgandakan setara dengan amalan seribu bulan.Lumayan?Ya.Jadi sama-sama kita ikhtiarkan!
Pada tahun lepas,pada pertengahan Ramadan menghampiri 10 hari terakhir aku berada di Tanah Suci Mekah bersama ahli keluargaku.Sungguh aku rindu suasana itu.Damai.Tenang walau dalam bahang suhu melebihi 40 darjah selsius.Bayangkan,jika bukan dalam Ramadanpun kota Mekah sudah ‘hidup’ sepanjang masa,bila Ramadan,Mekah jadi seperti taman tema ibadah.Meriah dengan manusia dari segala pelusuk benua,datang dengan niat yang sama untuk mengambdikan diri pada Pencipta.SubhanAllah.Setiap amalan yang dilakukan terasa nikmatnya.Bibir sering mahu berzikir dan tidak mahu bisu dari membaca ayat-ayatNya.Buat semua yang sedang berada di sana,atau akan ke sana pada Ramadan ini,sungguh aku mencemburui kalian!Doakan kami di sini!Semakin kuat panggilan untuk aku bersama sepupuku DrAnwar Fazal untuk mengerjakan haji sebelum usia mencecah 35 tahun!InsyaAllah!!Doakan!
Jadualku pada bulan ini tidak ada bezanya dengan bulan-bulan lain.Masih berkerja seperti biasa cuma perlukan selang masa yang lebih daripada bulan-bulan biasa untuk DIA. Alhamdulillah aku kini sedang berlakon di bawah arahan Abang Ahmad Idham untuk filem kerjasama SKOP Production dan EXCELLENT Pictures;GANGSTER CELOP yang turut dibintangi Kamal Adli dan Hanis Zalikha.Aku gembira berkerja dengan mereka dan banyak aku pelajari daripada mereka.Aku tidak mahu terlalu selesa di bangku pengarah kerana aku tahu untuk menjadi pengarah yang hebat,aku perlu jadi pelakon yang hebat.Dua tugasan yang saling berkait dalam pemantapan kerjayaku sebagai anak seni yang masih bertatih dalam industri.Doakan semuanya lancar.
Dalam pada itu,aku bersyukur dan berbangga,majlis pra-tonton filem pertama adikku Syafiq pada minggu lepas di Mid Valley mendapat maklum balas yang cukup memberangsangkan dari semua pihak Media.Nyata hasil kerja Syafiq dalam usia semudanya mampu membawa industri kita ke tahap yang lebih tinggi,insyaAllah ke persada antarabangsa suatu hari nanti.Aku yakin dia mampu.Kita semua mampu jika kita mahu.Jangan lupa untuk saksikan hasil tangan pengarah termuda Malaysia ini;SAM di serata pawagam seluruh Negara pada 19 Ogos ini.
Sebelum terlupa,buat semua yang menonton drama bersiri Ameera lakonanku bersama Rita Rudaini dan Zarina AF,aku ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana jumlah tontonannya pada episod akhir mencecah 2.7 juta.Terima kasih atas sokongan kalian!
Akhir kata,sama-samalah kita hargai Ramadan tahun ini.Siapa tahu ini Ramadan terakhir kita.Teringat aku pada pesanan seorang ustaz yang kudengar tempoh hari di corong radio;”Jangan kita terlalu mengejar dunia,takut terjatuh dan hilang nyawa sebelum sempat memberatkan neraca timbangan dengan pahala.”Renung-renungkan!Ramadan Mubarak!
Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
hi syamsul, semoga anda suksess dalam apa jua bidang yg anda ceburi... selamat berpuasa
ramadan al-mubarak tiba lagi .semoga kita dapat menjalani dengan aman dan selamat serta di beri kesihatan yang baik untuk meneruskan puasa .
semoga bulan ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan bagi semua umat islam.insya allah.:)
salam ramadhan.
Alhamdullillah...mudah mudahan kita di panjangkan umur dan di murahkan rezeki dan di ampuni segala dosa..amin: )
Semoga terus berjaya dan dapat hasilkan drama/filem islamic pula lepas ni... cam kak Eirma Fatima.
Selamat beribadah.
sayu pulak baca entry ini..
betapa bertuahnya ibu bapa anda memiliki seorang anak seperti anda...:)
salam ramadhan..
this is the first time i'm here.*wink*
sebenarnya, juz heard ur panggilan hangit kat youtube n apa yg sy dengar tu buatkan impression sy kat pngarah muda Malaysia berubah.
so, takde keje sy google bout u n found this blog n ges wat?? for me this blog is the other side of syamsul yusof yg x ramai org taw. normally, org akan ckap syamsul tu sombong sbb ur face slalunye seyes semcam je. i bet u oredy noe that.jangan marah.hihi
nway, juz wanna wish u a best of luck in ur future n the industry.InsyaALLAH.selamat menjalani ibadah puasa n smoga sgala ibadah yg dilakukan diberkati ALLAH.
oso doakan yg u n ur kazen dijemput ALLAH ke tanah suci untuk tunaikan haji sebelum usia 35. aameen :-)
*p/s - starting today, u juz add another fan of urs.sowie, terpanjang plak komen.*wink-wink*
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
salam ramadhan mmr soul..semoga amalan kita diterima olehNYA..
Alhamdulillah..moga Allah sampaikan kita ke Ramadhan thn depan amin!
slmt mnyumbg pd ummah dlm ruang lingkup capacity msg2 =)
smoga success!!!!
marhaban ya ramadhan :)
selamat menjalani ibadah puasa yang barakah ini dengan penuh penghayatan dan penyesalan.. semoga diizinkan untuk melalui ramadhan yang akan datang,.. amin
tahniah bro..mantap lagi industri seni ini biar orang malaysia rasa bangga..hehehe
Masya Allah..terkesan saya dengan kata-kata ustaz tu
Semoga terus berjaya ye Shamsul..
sayu hati baca entri ni..mudahmudahan ibadat kita diterima Allah
Salam Ramadhan~~ Semoga segala keberkatan ramadan dpt kita peroleh...
Alhamdulillah..what a nice post Abang Syamsul.Semoga kita sama-sama manfaatkan Ramadhan kali ni dengan sebaik yang mungkin.Ramadhan Kareem everyone!=)
Dalam mengejar duniawi kita perlu juga beringat akan kematian..harap akan berjumpa lagi ramadhan pada tahun hadapan.
you! i sebak baca post ni. :')
thank you for making this touching post,at least i feel it that way huu.
and may Allah bless you,moga taufiq&hidayah Allah sentiasa kita dapat,ameen. oh and keep it up&all the best,really :)
ramadhan ini mungkin yang terakhir..namun biarpun jika ramadhan ini yang terakhir.jika masih ada masa biarlah setiap saat yang terdetik nama Allah sentiasa berada dibibir.
Asalamualaikum,Satu aje nak beritahu anda anak muda yang hebat.Syabas anak Dato Yusuf Haslam.
salam....entry yg sgt hebat dan membuatkan aku juga tersedar...
tq..
assalamualaikum..
tersentuh hati bila baca post ni..
cemburunya abg syamsul dpt merasai suasana di kota Mekah. mmg betul2 teringin hati ni nak ke sana. ke tempat ALLAH...
apa2 pun semoga sukses dlm bidang perfileman. filem2 abg syamsul ada potensi untuk mewakili negara kita ke perfileman antarabangsa.
taniah buat SAM juga. syafiq seorang pelapis yg hebat.
semoga kamu berdua akan terus maju dan berjaya di dunia dan akhirat. insyaALLAH. Amin!
Sedih baca entry ni. Rasa menusuk ke kalbu sgt. Lya rasa tersedar. Betapa diri ni kerdil. Ape2 pun. Lya tetap sokong U. Feel happy sebab dpt jugak jejak blog ni. BTW, chat box tak boleh guna tu. tukar lah ke Busuk.org atau fibox ke. :)
.. perwatakan yg menarik.. sgt rajin bkerja..... moga success slalu ..
Post a Comment