Sunday, August 26, 2012

MAAFKAN DAKU,SEMUA..



Sayup-sayup kedengaran takbir raya dari ruang legar rumahku malam itu membuatkan aku rasa sebak tak menentu.Kenapa perlu sebak bila Esok hari raya,hari suka ria,berkumpul bersama sanak saudara?Aku sebak kerana Sekolah Ramadan sesi tahun ini sudah tamat dan kita semua Muslim yang masih bernyawa adalah graduan dari sekolah ini.

Cuma,yang membezakan kita adalah pada kelas mana kita menamatkannya.Adakah kita graduan yang berjaya pada kelas pertama,kedua atau hanya graduan biasa?Lebih menyedihkan ialah bila kita menghadiri majlis graduasi (Hari Raya) ini dengan sijil ijazah yang tak bertanda apa-apa,kiasku ialah sekolah Ramadan ini hanya mengajar kita menahan lapar dahaga semata-mata tanpa mengambil kira ruhnya dan segala amalan lain.Astaghfirullah.Betapa ruginya kita jika menyangka tahun depan masih ada.

Dalam kemeriahan raya ini,aku ingin menyusun 10 jari berserta hati memohon maaf atas segala salah silapku pada semua yang mengenali.Kemaafan kalian amat berharga dan aku maafkan semua.Biar hati jadi tenang,tiada gundah buat hati resah.

Buat Papa dan mama,tanpa kalian aku tidak akan berada di sini hari ini.Aku wujud dengan kuasaNya melalui kalian berdua.Ampunkan dosa anakmu ini dan jangan putus berdoa agar aku berjaya di dunia & di akhirat.

Buat adik-adikku,abangmu minta maaf atas semua teguran yang kadangkala agak keras.Abangmu mahu kalian berjaya dan tahu tiada jalan pintas untuk menuju ke puncak selain usaha yang berterusan bersama azam dan doa.

Buat saudara mara rapatku,aku minta ampun juga kerana aku tidak mampu hadir pada setiap jemputan majlis keluarga kita kerana kesibukanku.InsyaAllah aku akan usahakan untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga.Aku sayang kalian semua!

Buat semua peminatku,yang kurang/tidak meminatiku,aku mohon ampun jika sepanjang perjalananku dalam dunia seni ini ada mengguriskan hati mana-mana pihak dalam sedar ataupun tidak.Jujur,kalian adalah pembakar semangatku untuk terus menghasilkan karya bermutu.

Buat semua wartawan/blogger yang kukenali ataupun tidak,yang terus-terusan membantu dengan memberikan teguran dan kritikan,terima kasih dan maafkan aku jika ada maklum balasku tidak menepati kehendak kalian.Sungguh,aku tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dalam usiaku yang makin lusuh.Maafkan aku ya.

Buat semua rakan seindustri yang kuhormati,maafkan aku jika kita pernah ada sengketa.Aku tidak menyimpan apa-apa di hati.Aku sayang kalian semua.Aku mahu kita jatuh bangun sama-sama dalam perjuangan memartabatkan industri seni negara.Maafkan aku dan tegurlah aku jika ada salah silapku.

Akhir kata,aku mahu Hari Raya jadi hari muhasabah & pembaharuan diri setelah kita menjadi graduan sekolah Ramadan.Sekali lagi,ampun maaf ku pohon pada semua.Moga Syawal tahun ini lebih bermakna..

Di sini juga aku mahu kongsikan renungan mendalam dari blog sepupuku Dr.Anwar Fazal mengenai Raya dari kaca mata kanak-kanak.
http://burnofburnsoul.blogspot.com/2012/08/raya.html

Sebarkan berita gembira dan nasihat di dunia siber ini kerana setiap apa yang kita kongsikan itu di'kira'.

Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof

16 comments:

Unknown said...

semoga berjaya saudara Syamsul, semoga dengan karya yang saudara hasilkan, mendapat manfaat dunia akhirat.


Selamat hari raya dari saya.

noni said...

selamat hari raya abang shamsul :)

sarahhernyzar said...

selamat hari raya aidilfitri abg. maaf zahir batin. mohon maaf jika sara selalu kacau blog dan twitter abg. hehe. have a bless syawal with your family. me love ya !

Miss Nadiah said...

moga graduan ramadan ini sentiasa di dalam limpah rahmat-MU YA ALLAH...

Mya said...

selamat hari raya syamsul sekeluarga.
semoga terus suksess :)

allofus said...

.. semoga berjaya didunia & akhirat.. slmt hari raya maaf zahir batin.. may Allah Bless u and ur fmly =)

Anis Raihana said...

Eid Mubarak brother! May this Eid brings you closer to you relatives and friends. Maafkan saya andai sokongan yang diberikan tak sebanyak yang diharap. Apapun, saya tetap akan terus menyokong abang. Moga diberi kekuatan dan buah fikiran berterusan dalam usaha abang memartabatkan industri perfileman negara.

yanzcorner blogspot said...

slmt hari raya...mudah2an Allah mengurniakan idea yg lebih hebat kpd saudara utk berkarya dlm dunia perfileman khusus utk kesedaran bkn utk keseronokkan semata2

Anonymous said...

Selamat hari Raya..

dr.ili.mukhtar said...

Taqobbalallahu minna wa minkum

"Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu"

Atie Atiya said...

Salam Aidilfitri untuk saudara.. Semoga Syawal kali ini memberikan kebahagian dan keberkatan kepada kita semua.. dan semoga apa yang dihajati oleh saudara akan tercapai.. ^_^

Anonymous said...

Assalamualaikum.
sebagai penonton, saya ingin mencadangkan agar ape kata inche syamsul try to produce an islamic movie.
i mean. the real way of islam. bkn mcm sesetgh drama di tv3 yg mcm islamic tp jln cerita merepek. bepurdah tp boleh jumpa lelaki?
(saya tahu komen je, xtahu produce filem. hehe )

try to create a problem (ex:family prob) and follow islam way to solve it. Islam kan way of life.
bkn shaja boleh menghiburkn penonton, malah boleh mendidik dan saling memperingati orang yang ada title ISLAM di dlm IC. inche syamsul mempunyai bakat yg mmg sgt mengkagumkn. jd, apalah salahnya, sebagai org yang mempunyai talent dan kuasa wang ringgit..menggunakan kelebihan yg Allah beri utk berdakwah dan memperingati org lain? :)

semoga perjalanan Inche syamsul dlm dunia perfileman terus maju dan maju.
InsyaAllah

Unknown said...

selamat hari raya abang syamsul :) nak duit raya ! :D

Unknown said...

Selamat Hari Raya utk syamsul sekeluarga. semoga terus berjaya n sntiasa dalam Rahmat serta limpah kasih NYA. InsyaALLAH :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Akmal Khalidah said...

Selamat hari raya ;)

NUR said...

Selamat raya Merdeka!!!