Monday, August 13, 2012

Olimpik-Satu Inspirasi.Jujur pada diri.


Malam itu aku ke salah sebuah restoran ‘open air’ yang menayangkan siaran sukan Olimpik secara langsung di skrin putih mininya yang dimainkan dari projektor.Penuh.Sesak.Sukar untuk mendapatkan meja,lantas aku berkongsi meja bersama mereka yang sudah hadir lebih awal.Sekilas pandang, aku merasa seperti aku berada di stadium ketika itu.Ramai yang memakai baju Harimau Malaya dan ada juga yang siap membawa kain rentang berserta cogan kata pembakar semangat.Meriah.

 “Smash,Dato Lee Chong Wei!!Smash lagi!!” Itu antara jeritan yangku dengar ketika sedang menonton pusingan akhir Badminton Piala Olimpik 2012,perlawanan penentuan antara juara dan bekas juara No.1 dunia.Bahang demam Olimpik masih terasa.Olimpik tahun ini telah banyak membuka mata kita sebagai rakyat Malaysia betapa sukan sedikit sebanyak mampu jadi medium kesatuan sejagat.Semua memberi sokongan yang tak berbelah bagi pada semua atlit Negara.Syabas rakyat Malaysia.Aku bangga!



Rasa itu bila melihat atlit-atlit Negara kita berhempas pulas,memberikan yang terbaik untuk Negara memberikan aku semangat yang luar biasa.Betapa cintanya mereka pada Malaysia,Negara tanah tumpah air kita.Mereka berjuang demi Negara.Kita?Kita juga berjuang membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa dalam apa jua bidang yang kita ceburi.Negara kita bukan Negara picisan yang boleh dipandang sebelah mata lagi oleh Negara-negara besar dunia.Sudah sampai masanya mereka tahu kewujudan kita mampu memberi saingan sengit pada mereka.

Dalam meriahnya sorak-sorai kita menyokong atlit-atlit Negara di temasya Olimpik dunia,aku mahu ingatkan pada semua mengenai krisis yang berlaku saat ini di Burma dan Syria yang telah mengorbankan beribu nyawa yang tidak berdosa hanya kerana perbezaan agama.Yang lebih menyedihkan ialah bila agama yang di-anti itu ialah agama rasmi Negara kita,agama suci Islam.Aku tidak malu menyatakan di sini yang aku menangis teresak-esak seperti anak kehilangan emak melihat klip-klip video keganasan puak yang menindas mereka di sana.Mana perginya rasa peri kemanusian mereka.Apa yang kita mampu lakukan di sini ialah berdoa agar Allah membantu mereka,memberi kesedaran sejagat dan menghulurkan derma melalui medium-medium rasmi yang ada.Sama-sama kita ikhtiarkan.


Isu seterusnya yang ingin aku kongsikan di sini ialah isu graduan palsu.Tidakkah orang yang ‘membeli ijazah palsu’ ini tahu erti keberkatan dan kejujuran dalam kehidupan.Buat pengetahuan semua,2 tahun yang lepas aku pernah disapa oleh seorang ejen yang tidak aku kenali untuk menjual ijazah sarjana (Master) dalam Sinematografi antarabangsa  dari salah sebuah Universiti di luar Negara.

Bersungguh-sungguh dia menerangkan betapa dalam dunia tanpa sempadan ini segalanya mustahil.Aku hanya perlu membayar amaun tertentu dan aku akan terus mendapat Master dalam masa 1 tahun sekurang-kurangnya.Selebihnya mereka yang akan menguruskan urusan peperiksaan dan ijazah akhir.Aku hanya perlu hadir di majlis konvokasinya di luar Negara.Bunyinya mudah bukan.Hanya perlu bayar hari ini,tidak perlu hadiri kelas dan menduduki peperiksaan,nah ijazah sudah tersedia di depan mata.Murahnya harga ilmu pada mata mereka.


Kesimpulannya,ada segelintir di kalangan kita yang hanya mementingkan nama,gelaran atau status akademik sebagai sandaran untuk mereka dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling.Tiada rasa bersalahkah mereka pada yang bertungkus-lumus menggunakan jalan yang betul untuk meraih segulung ijazah itu?Mana perginya integriti dan harga diri yang segelintir ini.Aku sedih.Alhamdulillah dan tahniah buat wartawan-wartawan Berita Harian yang telah berjaya membongkar dan seterusnya membantu pihak berkuasa menumpaskan sindiket ini.Tahniah sekali lagi!

Sebagai penutup dalam penulisanku yang rawak kali ini,aku ingin menasihati rakan-rakan penggiat filem tempatan dan aku sendiri agar lebih berhati-hati dengan hasil kerja kita kerana sejak kebelakangan ini terlalu banyak isu ‘penciplakan ’ yang diketengahkan di dada dada akhabr.Ide-ide kita harus ada originalitinya.Tidak salah kita belajar daripada hasil kerja mereka yang lebih baik tetapi jangan meniru bulat-bulat hasil kerja mereka,tidak kira dari tempatan atau antarabangsa.Hormatilah hasil kerja mereka jika kita mahu hasil kerja kita dihormati.



Akhir kata,salam 10 hari terakhir Ramadan.Sama-sama kita tingkatkan amalan.Wassalam

Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof


Jangan lupa untuk sama-sama gegarkan semua panggung satu Malaysia dengan menonton filem pertama adikku Syafiq,filem arahan pengarah termuda Malaysia "SAM" pada 19hb ini dan tayangan pembuka pada 16hb Ogos.Saksikan.
Website rasmi SAM : http://www.samthemovie.com.my/

18 comments:

4umyfans said...

apa khabar encik pengarah kita? Semoga hasilkan filem-filem bermutu lagi berprestij ya Syamsul.

D'zunnur said...

kalo bole amek la salah 1 adaptasi novelis thriller terkenal tempatan, Ramlee Awang Mursyid...sbg krya akn dtg...:P

Adi Herman said...

Assalam bro shamsul....saya ada satu cadangan....apa kata bro buat satu filem sukan,x kesah la mengenai sukan apa pun,at least ada sedikit kelainan....kira mcm movie Goal,Freedom (lakonan Pele dgn Sylvester Stallone),Cool Running n mcm2 lagi....sekadar cdgn bro

norinaomar said...

walaupun Dato LCW tewas di tangan LinDan tapi ternyata beliau telah mencuba habis habisan

Isu ijazah palsu = harga sebuah kejujuran..jika kita belajar semata-mata mengharap penghargaan manusia, inilah jadinya

Aliha said...

Alhamdulillah. Walaupun LWC kalah, Lya tetap bangga dengan Malaysia. Sekurang-kurangnya, nama Malaysia tetap harum di persada dunia kan. ?

Mana letak harga diri kita sebagai umat islam ? Menipu org dengan memalsukan ijazah. MasyaALLAH. Dunia. Dunia.

Ape-ape pun, Lya tetap sokong U. And tak sabar nak tengok cerita SAM. :)

dr.ili.mukhtar said...

tahniah juga buat pandelela rinong atas sumbangan pingat gangsa buat malaysia dalam acara terjun 10m platform..n atlet2 beraksi cemerlang dlm memanah n basikal trek w.pun x mendapat pingat.

pernah seorang ustaz berkongsi ilmunya ttg dunia islam. katanya; penyelesaian kpd penindasan dan genosid yg berlaku di serata bumi umat islam bermula dr diri kita sendiri. perubahan utk umat bermula dgn berubahnya individu muslim.

just my 2 cents.

yu (24) said...

~blogwalking~

MIYAMIENATASHA said...

malaysia boleh!

kalam_khadeeja said...

kita masih boleh ketawa, beraya, suka ria, makan tak kira masa sbb yang kena bunuh, kena bakar, kena sembelih bukan kita...

burma..syria...palestin..
itu semua jauh....
jauh dari mata...
jauh dari mata hati kita semua

Nazrul Ashraff said...

selalunya apa yang kita suka, *macam tengok LCW main badminton final* automatik akan ada idea nak buat somethin. haha.

I'm just waitin the new karya from you!!

Unknown said...

hai!!! selamat hari rayer shamsul yusof !!!! sukeeee......

Unknown said...

http://fishyfasha.blogspot.com/2012/01/tribute-to-mrsyamsul-yusof.html

hai !!! baca lah post kte untuk encik syamsul ni !!! :D

blog-tips-kurus said...

(refer D'Zunnur)
karya bro RAM memang banyak 'sesuatu'nya~Laksamana Sunan..

All the best wahai Pengarah Kerdil.
Selamat Raya. (>.<)

Unknown said...

dari blog hanis zalikha singgah kesini...

Unknown said...

Penulisan pengarah ini jelas mempunyai pemikiran yang juga jelas dan matang. Teruskan perjuangan ke arah membina masyarakat kelas pertama melalui drama/movie dan penulisan. Awak berbakat besar.

Unknown said...

benda-benda macam ni lain orang lain lah keinginan dorang. The truth is always hidden beneath something. =P

Anonymous said...

So freaking love cerita SAM! Walaupun sekadar tengok banner besar depan wayang, at first cerite sweet but... tak sangka boleh buat jantungku dupdap dupdap. haha keep up the good work to u guys. hope i get to act with u one day shamsul ;)

yanzcorner blogspot said...

Mula2 tgk tu rasa biasa je..lama2 dh mula timbul tanda tya..siapa?..kenapa?..bagaimana? Permulaan filem pertama yg sgt baik pd saya...blh diperkembangkan lg bakat saudara Syafiq yg rasanya klu dia lbh serius buat cerita psiko-thriller..bykkan kajian..pasti dia merupakan saingan sengit pengarah filem yg lain termasuk abgnya sendiri hihihihi...