Sunday, September 30, 2012

FILEM mampu beri impak LUAR BIASA!


Assalamualaikum buat semua pembaca artikelku di sini.Moga hari ini lebih bermakna,produktif,gembira dan tenang hendaknya.Biar segala  usaha perit jerih kita dalam apa jua bidang yang kita lakukan mendapat ganjaran bukan hanya di dunia tetapi juga pahala.

Sebelum pergi lebih jauh aku ingin mengucapkan “Selamat Hari Malaysia” yang ke-49.Mungkin segelintir daripada kita lupa kewujudan Hari Malaysia ini kerana Hari Merdeka itu yang lebih di’gah’kan.Hari Malaysia yang bermula sejak 16 September 1963 seakan tiada auranya,malah ada yang masih menganggap Hari Malaysia ini merupakan satu sambutan yang baru dan tidak perlu dibesar-besarkan walhal pada hari inilah Malaysia mula tercipta dan berkembang sehingga ke hari ini.Pelajari sejarah kerana sejarah ada jawapan dan panduan bagi kita tidak mengulangi kesilapan silam.

Melihat isu ‘kurang peka’ di kalangan kita ini membuatkan aku lebih ingin tahu apa puncanya.Aku meletakkan fokus yang lebih dalam bidang yang kuceburi ini iaitu dalam bidang penyiaran dan perfileman.Aku cuba ingat kembali semua drama-drama dan filem-filem tempatan yang berkonsepkan sejarah dan memaparkan corak kehidupan silam,dari konflik hingga ke jalan penyelasaian yang diambil.Leftenan Adnan,Embun dan 1957:Hati Malaya adalah filem-filem pilihanku dalam skop patriotik.

Untuk menghasilkan sebuah filem sejarah aku kira,dari kaca mataku kita tidak boleh lari dan harus mengikut fakta sejarah yang tepat.Itu yang pertama.Seterusnya,dalam menjadikan filem sejarah itu filem yang mempunyai daya tarikan yang tinggi untuk ditonton,kita perlu komersialkan dengan menyuntik elemen-elemen hiburan dan fiksyen.Lihat saja filem-filem patriotik antarabangsa,sebagai contohnya filem Pearl Harbour (2001) arahan Michael Bay.Penyampaiannya menarik.Fiksyen dan hiburan digabungkan dengan fakta sejarah,digarap cantik dan nah,terhasil satu ‘masterpiece’ untuk filem pada genre itu.Kalau mereka mampu,kita juga mampu!



Aku menunggu untuk menonton filem Tanda Putra arahan sutradara yang paling aku kagumi dan hormati;Shuhaimi Baba.Moga filem ini dapat mengubat kerinduanku pada filem-filem patriotik tempatan dan menaikkan semangat patriotik semua!InsyaAllah.

Dalam pada kita menyambut Hari Malaysia,dunia digegarkan dengan filem penghinaan Rasulullah dan Islam;” Innocence of Muslims” arahan Robert Brownell.Aku mendapat e-mail daripada rakanku di AS mengenai video ini 2 hari sebelum rakyat Malaysia mula peka.Aku berang pada awalnya.Sungguh.Bila idola nombor 1 dunia dihina dan kita sebagai umat baginda tidak rasa atau melakukan apa-apa,nyata ada yang tidak kena dengan pegangan kita.


Filem ofensif ini telah membawa kepada konfrontasi terbuka daripada semua yang berbilang Agama dan kepercayaan.Filem penghinaan ini telah membangkitkan kebenciaan yang mendalam dari 1.5 billion umat Islam di serata pelusuk dunia.Kebebasan bersuara dan berekspresi telah disalah-gunakan secara terang-terangan.Nyata,filem dan media massa mampu member impak global yang luar biasa.

Dalam pada keberangan dan kebenciaan yang memuncak bila habis ditonton “Innocence of Muslums”,aku termenung jauh.Allah jadikan semua perkara itu ada hikmahnya.Hikmah yang ketara bagiku yang sering lupa ini secara peribadinya ialah aku lebih mengkaji sejarah Nabi Muhammad S.A.W dan ini telah buat aku jatuh cinta pada keperibadian Baginda S.A.W.Baginda terlalu sayangkan kita,umat akhir zaman sehingga sebelum Baginda wafat,Baginda masih menyebut tentang umat-umatnya.Ini juga telah membuka mataku tentang industry filem Negara kita yang perlu dipantau dan dikembangkan dengan teliti.InsyaAllah tiada yang mustahil dengan usaha keras kita dan kuasaNya.

Sebelum tamat baca tulisan Dr.Anwar Fazal "Siapa Idola kamu?" ini dan tanyakan soalan itu pada diri.
http://burnofburnsoul.blogspot.com/2011/02/siapa-idola-kamu.html


Sama-sama kita renungkan.

Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof

*PENGUMUMAN
Aku bersama sepupuku Dr.Anwar Fazal akan mulakan perniagaan baju bercorak keAgamaan tidak lama lagi.Harap dapat beri sokongan.
-Burn & Soul Islamic Paraphernalia- 
COMING SOON!Bismillah..

17 comments:

Alaimett said...

Suka sgt bila baca entry syamsul....nampak ikhlas dari dlm hati.....sy,mmg minat tgk movie arahan syamsul...carry on!!....nampak bakat yg asli n dpt pegi jauh lg.....

Pasal baju tu....pasti akan dinanti....

Anonymous said...

bgus lah syamsul,anak muda yg islamic..like million

Anonymous said...

Benar lah apa yang saudara katakan didlm blog ni....Setiap yang dilakukan dan usaha untuk mencapainya kesatu tahap yg diimpikan mendapat ganjaran didunia serta Pahala, jika ianya dilakukan dengan Niat yang Suci serta Ikhlas...Insyallah.

Tahniah juga dengan Filem-filem yang akan menyusul kelak. Juga Pengeluaran T-Shirt itu.....Amin

Unknown said...

Entry ini ikhlas. Setuju sgt dgn pandangan tuan pengarah..

semoga Maju jaya utk bisnes T-shirt tersebut

Ummi Annur Humaira said...

Salam ....

When I was read this blog...It just totally different than the owner of page...

...tp manusia mane leh diukur dr pandangan luaran kan...

btw entry2 kat blog ni mcm ade msg tersembunyi in term or REAL LIFE....

tq for reminder in any of ur film n writing...u sucha great as muslim n director...

Azmiah Jamil said...

we need history film that remind us all over again that freedom isn't free. and movie story that it won't change your life, but will help you appreciate it. :)


cira nd said...

semoga Allah SWT permudahkan urusan dan dapt menghasilkan filem yang bakal memberikan impak luar biasa kepada penonton :)

Unknown said...

assalamualaikum.ni first time sy bukak blog syamsul..suka dgr ost khurafat tu sgt menyentuh hati.
yg pasal baju tu,insyaallah sy sntiasa doakan for your best.and hopefully byk lagi filem arhn syamsul yg akn 'dicipta'.pasti akn ku saksikan..:)

fisza al-Ashyaliyah said...

InsyaAllah, mudah-mudahan istiqamah dalam usaha berdakwah secara halus.

aDaH CuLLen said...

semua yg berlaku, mmg ada hikmah dari Allah swt. Teruskan perjuangan, tak kira dlm bentuk apa sekalipun, yg penting niat hati kita ikhlas dan kearah kebaikan.

Hope one day awk dpt hasilkan filem patriotik yg ada menunjukkan ssh payah org zmn dulu. bg budak2 zmn skrg fhm sket, merdeka tu ape. huhu..

anyway, love your movie & all the message from your movie give a good impact to others. congratz :)

Anis Raihana said...

Assalamualaikum,

Isu 'kurang peka' dalam kalangan kita seharusnya tidak timbul lagi bila mana kita sekarang dalam fasa 'berlari' ke negara maju. Seharusnya semua dari kita bersikap lebih peka atas setiap yang berlaku di sekeliling bukan cuma menabur pandangan enteng. Moga satu hari isu ini akan lenyap ditelan zaman dan moga kita semua sedar bahawa dengan melupai sejarah, mengamalkan sikap kurang peka, tak mustahil sejarah dulu mampu berulang kembali. Dan sungguh itu yang kita tidak mahu.

Sama - sama kita teguhkan pegangan agama, kuatkan iman yang saban masa berubah - ubah tahapnya. Doa, doa dan doa - itu senjata kita semua. Moga kita tak terus lalai dibuai arus kemodenan dunia, dan saya pasti semua sedar bahawa kiamat itu pasti tiba pada waktu yang tak terjangka.

Kalau nanti abang hasilkan filem bergenre patriotik, harap filem itu akan mampu memberi kesedaran dan terlekat dalam minda anak - anak Malaysia peri pentingnya menghargai erti kemerdekaan.

Semoga perniagaan baju bercorak keagamaan itu berjalan dengan lancar dan jayanya.

Sebelum mengakhiri, tahniah atas kejayaan abang di Anugerah Blokbuster tempoh hari. Moga Anugerah itu bakal menjadi penyuntik semangat buat abang dalam menghasilkan filem dan lagu yang lebih baik, Inshaallah. Moga DIA redha, moga DIA berkati segalanya. Ameen.

Anonymous said...

wow! i dont know someone like u will "type" this kind of article.. Impressive!

dr.ili.mukhtar said...

samalah macam peristiwa september-eleven. kesan pendeknya, islam dicemuh oleh dunia oleh mereka yang emosional dan obses dengan media massa. lihat kesan jangka panjangnya, semakin ramai yang mendalami islam dan terpaut pada hidayahNya.

kita umat islam di Malaysia beremosi dengan apa yang berlaku. satu petanda positif yang kita masih sensitif, tanda iman masih bernyala dihati. namun dari satu sudut pandang yang lain, sejauh mana kita mengingati baginda dengan selawat ke atasnya?? sedalam mana kita ambil iktibar perjalanan sirahnya??

tiada apa yang lebih baik daripada apa yang telah berlaku. Allah dah rancang yang terbaik untuk kita. tugas kita untuk ambil peluang atas apa yang berlaku untuk mendekatkan diri padaNya...

p/s: includekan juga t-shirt muslimah, pasti ramai yang berminat. keep up the modest work!

Unknown said...

InsyaAllah.. keep it up buat akhi berdua..
"Allahumma yassir wala tu'assir"

Aliha said...

Ye betul.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sangat suka membaca blog ini yg banyak memberi kesedaran kepada semua. Idea tshirt tu sangat dikagumi. Cuma mohon kepada pembeli atau pemakai agar hormat kepada tulisan2 tersebut agar tidak membasuhnya bersama2 "seluar dalam" dan sebagainya yang akan menggugat kesucian tulisan2 tersebut.

Jannah said...

Salam. Ustaz Dr Zaharuddin ada nyatakan minat utk jumpa dgn Syamsul berkenaan isu ini. Utk hasilkan filem berunsur Islamik mengenai Rasulullah. Sila rujuk link youtube ini, minit 34.58: http://www.youtube.com/watch?v=6u6HXH7maVI