Sunday, October 14, 2012
KEJAYAAN UNDANG KEINSAFAN
Aku rasa seperti baru semalam aku berada di majlis Anugerah Blokbuster Astro yang buat pertama kalinya berlangsung pada 6 Oktober yang lepas.Terlalu banyak cerita dan tanda tanya yang terungkai pada malam itu.Sungguh kejayaanku dan Skop production merangkul 5 trofi daripada 15 kategori yang dipertandingkan benar-benar di luar jangkauan.5 kategori itu ialah:
1)Filem Terhebat – KL Gangster
2)Direktor Terhebat – bagi KL Gangster
3)Filem Aksi Terhebat – KL Gangster
4)Filem Takut Terhebat – Khurafat
5)Anugerah Khas PFM (Persatuan Penerbit Filem Malaysia)
Jika ditanya padaku adakah ini semua sudah dijangka seawalnya?Jawapanku,jujur,melihat pada skala undian internet, KL Gangster hanya mampu mengungguli kategori Filem Aksi Terhebat manakala Khurafat pula bagi Filem Takut Terhebat.Bagi filem terhebat aku menjangkakan Ombak Rindu atau Hikayat Merong Mahawangsa yang akan memenangi dan bagi kategori director terhebat,tiada lain di fikiranku,aku meletakkan Abang Yusry sebagai pilihan pertama.
Namun ini semua ketentuanNya,rezeki yang diberi olehNya yang perlu diteliti maksud tersirat dan yang tersembunyi.Aku bersyukur atas kejayaan kali ini.Seperti yang semua sedia maklum,anugerah ini 100% ditentukan melalui undian para penonton,tanpa diadili oleh mana-mana juri,kecuali bagi anugerah khas PFM.Maka di sini,aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mengundi,sama ada melalui medium internet ataupun sms yang berbayar.Aku sangat terharu.Kalian adalah pembakar semangatku untuk berjuang dengan lebih gigih dalam menaik-tarafkan industri pefileman Negara,insyaAllah.
Malam itu Papa kurang bersuara.Hanya ucapan ringkas “Tahniah” disusuli jabat tangan dan pelukan. Ketika aku ditemubual,beberapa kali mataku bertaut,bertembung dengan pandangan matanya yang melihatku dari jauh bersama Mama.Saat itu entah mengapa rasa syukurku memuncak bila aku benar-benar sedar aku dilahirkan dalam keluarga yang sentiasa menyokongku dalam apa jua yang aku lakukan dan sentiasa ada dalam jatuh bangunku.Papa dan Mama adalah sebab utama berdirinya aku di sini pada hari ini.Terima kasih buat Papa dan Mama.Jasa kalian takkan mampu kubalas.Aku akan terus lakukan yang terbaik.Aku mahu jadi kebanggaan kalian berdua-sampai bila-bila!
Ada yang bertanya mengapa aku kelihatan lebih bersahaja dan tidak lagi menangis seperti sebelumnya bila diumumkan sebagai pemenang,ketika naik ke pentas?Jawapanku,aku menangis di dalam hatiku,dan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah pada malam itu aku menangis tanpa segan silu.Aku bertanya pada diri,apa bagusnya karyaku berbanding dengan karya-karya orang lain yang jauh lebih hebat daripada karyaku?Kenapa Allah terus-terusan memberi dan memberi dan aku terima dan terima tanpa rasa malu?Masih terngiang-ngiang pesan sepupuku Dr.Anwar Fazal “5 anugerah itu satu peringatan untuk menjaga 5 waktu itu”.Nah.Itu jawapan pada semua aku kira.Kejayaan ini harus mendekatkan aku pada DIA dan harus lebih ‘menundukkan’ bukan ‘meninggi diri’ dan ‘mendabik dada’.
Aku tidak mampu menulis panjang pada slotku kali ini kerana pada saat ini,air mata aku berjuraian.Aku harap sedikit luahan dari hati ke hatiku ini mampu memberi sedikit ‘pencerahan’ pada semua,tidak kira siapa,yang hidup ini hanya sementara dan kejayaan dunia jika tidak disyukuri tidak mampu membawa ke mana-mana malah jika ‘lupa diri’ mampu menukar destinasi akhir kita di ‘sana’.
Buat semua yang bertanya bila KL GANGSTER 2 akan ditayangkan,insyaAllah pada awal tahun hadapan.KL GANGSTER 2 ini hadiahku yang ‘paling besar’ untuk semua penonton dan penyokong filem tempatan sepanjang tempoh karierku.Sabar dulu.Percayalah,penantian kalian insyaAllah berbaloi.
Pesananku,buat semua yang memenangi anugerah pada malam itu,jangan sekali dilupakan asal-usul kita,dari mana kita bermula.Jangan lupa misi utama kita dalam industri bukan hanya untuk kepentingan peribadi tetapi untuk memartabatkan industri dan membawa industri ke persada yang lebih tinggi.Buat semua penggiat filem tempatan,anugerah ini buat semua!
Sebelum terlupa,terima kasih buat kerajaan yang memperuntukkan RM 6 juta dalam menyokong usaha pembangunan seni tempatan dalam belanjawan 2013 yang baru dibentangkan.Moga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat dan meringankan beban semua anak seni.
Akhir kata,terima kasih kepada semua pengikut setia tulisanku di sini.Jika mahu membaca tulisanku yang sebelum-sebelum ini boleh terus ke blogku : prodigiousburnsoul.blogspot.com
“Tiada istilah yang ‘terhebat’ antara kita kerana yang ‘terhebat’ hanya DIA.”
Salam penuh kesyukuran!
Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof.
Twitter : @burnsoul4u
*Stay tuned.Burn & Soul Islamic Paraphernalia akan mula menjual T-shirt tak lama lagi.
*Ada kejutan buat semua pengikut Burn & Soul.InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
42 comments:
alhamdulilah rezeki dari Nya :)
Tahniah,moga kejayaan yang dimiliki semakin mendekatkan kepada Allah, tanda kita bersyukur
tahniah=)
Touching with this.
You are right, setiap apa yg diberi harus disyukuri tidak kira dalam susah apatah lagi senang, we live now because of HIM, why should we forget HIM.
Semoga semua umat Islam tidak lupa yang satu, yang kekal selama-lamanya.
Semoga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan.
As'slm Syam. I am your no 1 FAN from Brunei. Hope it is not to late to congratulate you on the huge winning recently. I was watching it on tv from the beginning till the end. Alhamdulilah you deserve it. :)
tahniah abg syamsul....
memang cerita the best untul KL gangster...
hope abg syamsul dapat buat lagi cerita yg macam tu lagi pada masa akan datang..
tahniah..
Tahniah...:)
berkaca mata saya baca entry ini.
Tahniah!!....
Wah....seorg Pengarah muda yg sgt berbakat punyai sikap rendah diri.....terasa sebak bila membacanya....
Tak sabar rasanya nak tunggu KL Gangster 2....
Tahniah dan takziah diucapkan kepada saudara atas anugerah-anugerah yang telah berjaya dirangkul. Saya sudah lama mengikuti perkembangan karya saudara. InsyaAllah, saudara adalah insan yang terpilih untuk terus berkarya dengan lebih mantap dalam misi mengejar keredhaan Allah. Teruskan usaha tanpa rasa jemu.
congrats ! ^_^
Alhamdulillah..Mabruk alaik akhi..
semoga terus thabat berada djalanNya
Hidup itu,kembarnya adalah ujian.
~Susah ujian,senang pun ujian.
Allahumma yassir wala tu'assir..Amiinn.. :)
alhamdulillah. semoga suatu hari nanti kita nak tengok awak buat filem berunsurkan islam. insyallah.. semoga disitu awak juga mampu berdakwah. walaupun kita ni bukanlah digolongan ulama. insyaallah.tapi mungkin boleh memberi keinsafan dan membuka mata hati kita sesama umat. kan. btw,semoga awak maju dijalan yang diberkati.
Assalamualakum , apa yang syamsul dapat , semuanya datang dari Allah . Kadang-kadang Allah uji kita dalam bentuk kesenangan , Dia mahu tengok sama ada kita ingat pada dia atau tidak . Syukur Syamsul ingat pada pencipta Syamsul , tiada yang lebih hebat dari Pencipta kita iaitu Allah yang Maha Memberi Rezeki ( Ya Razzaq) . Semoga Syamsul mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat, malah lebih berganda di akhirat kelak , InsyaAllah. sentiasa dekat pada Pencipta kita dan bersifat rendah hati , doa saya selalu bersama syamsul, semoga juga rezeki yang syamsul dapat diberkati Allah , itu yang lebih penting . Amin
may Allah bless...
Tahniah. La Tahzan ! :)
congrats to u...
happy dpt baca tentang seorg anak yg selalu menghargai parents anyway in our religion for a son parents must be no 1...even i'm a daughter i hope i can be like u...:)
parents always in may heart...
Tahniah!!!
^_^
Dalam setiap kejayaan dan kesulitan selalulah ingat padaNya paling utama. Kemudian ingat ibu bapa kita. Doa dari mereka tiada nilainya.
I am looking forward to your planned telemovie with focus on Islamic values..I do miss those genre which can catch an audience right through their hearts (actors like Eman Manan could always carry a character on this genre well). As for movies, so far I have only seen Indonesian movie makers who produces such genre movies successfully..eg the old Di Bawah Naungan Kaabah, Emak Mau Naik Haji.
So I do wish you and your team the best.
Tahniah abg syamsul..saya antara salah seorang yang tak mahu terlepas tengok filem hasil arahan abg syamsul..keep producing good film untuk fans abg syamsul..:)
Tahniah juge...rase masih tak terlewat lg nak ucap...mmg TERBAIK le.....
salam, ucapan tahniah dan alhamdulillah buat pengarah berbakat yang tak pernah berbangga diri ini. syukuri nikmat ALLAH berikan dengan sebaiknya, insyallah rezeki akan terus dilimpahi olehNya :)
Salam, tahniah di atas kemenangan, dan syukur kepada Allah swt kerana dialah yg menggerakkan hati manusia utk vote n keep supporting kamu :) Ambilah peluang yg diberi utk terus berdakwah dan menarik lagi ramai golongan muda turut berdakwah dan terkesan dgn msg msg yg disampaikan tru karya kamu. all the best :)
Setuju sgt dgn Aida S. Mmg menunggu filem islamik daripada saudara Syamsul...totally islamic! Sbg contoh...klu ada pelakon yg bertudung tu mmg di luar lakonannya pun dia brtudung, tiada sentuhan di antara lelaki dan perempuan yg bkn muhrim...sbnrnya cerita ketika cinta bertasbih dr negara jiran kita mmg menepati filem islamik kegemaran saya....mudah2an ada la idea yg terbaik drpd saudara Syamsul (^____^)
Last comment, if you watched Ayat-Ayat Cinta especially the part Fahri on the train with the American journalist and during the part when she interviewed him, a lot of information on Islam was relayed and an eye opener..so I hope your telemovie / movie could relay more facts on our religion positively. Again all the best.
Kenapa Allah terus-terusan memberi dan memberi dan aku terima dan terima tanpa rasa malu?Masih terngiang-ngiang pesan sepupuku Dr.Anwar Fazal “5 anugerah itu satu peringatan untuk menjaga 5 waktu itu”.Nah.Itu jawapan pada semua aku kira.Kejayaan ini harus mendekatkan aku pada DIA dan harus lebih ‘menundukkan’bukan ‘meninggi diri’ dan ‘mendabik dada’..... <--menanggis membaca entry ringkas milikmu.. tangisan kali kedua pada hari ini.. kerdilny aku rasa.. Allahuakbar..tadi aku menanggis melihat sekeping gambar milik seorang insan yg mbuatkan aku tsentuh ..cukup tsentuh dengan nya..dugaan dan keindahan kurniaan Allah itu cukup besar.. untuk kita merasai, menikmati dan telan setiap satunya.. Allah menduganya sehingga dia kering air mata.. dan aku pcaya dirinya bergitu dekat dengan Penciptanya..sebab dia bgitu KUAT..dan DIRImu Shamsul Yusof keindahan dan kenikmatan yg kau rasai.. membuatkan kau tidak lupa pada Penciptamu.. betapa aku terharu dan bsyukur..kerana di sebalik keindahan yg dia jambangkan buatmu.. membuatkan kau syukur dan makin kenal akan Penciptamu.. Allhamdulilah! izinkan aku kecapi ksyukuran ini dengan tangisan keindahan ini..
Alhamdulillah. Harap belum terlambat untuk ucapkan tahniah :))
Assalamualaikum,
i would like to leave a suggestion.
bismillah..
people nowadays are being provided with one typical image of the Muslims. that we are violent.
so, as to prove with that they use social media to play with the Muslims' emotions. they say that we are lack of funny bones. too sensitive, etc.. when we give such responses after that IoM was published in the youtube.
apa yg saya cuba sampaikan adalah, Rasulullah pernah mengajar kita dengan kelembutan.. dalam segala hal, kita harus ada kelembutan. dan akal fikiran yang panjang dan kesabaran. juga segala nilai yang lain. termasuklah adab kita dengan musuh...
tapi, itu semua gagal dipraktikkan oleh masyarakat Muslim sedunia. segala tohmahan yang kasar seharusnya dibalas dengan kebijaksanaan. dan bukan emosi semata.
encik Syamsul, anda seorang yang mampu untuk menyampaikan mesej2 diatas kepada masyarakat, bukan di Malaysia saja, malahan satu hari nanti saya yakin- masyarakat dunia will have to listen to what you say in your movies. dan saya tidak ada kemampuan itu.
my suggestion is, that you create a movie berkisarkan perjuangan untuk dakwah. tak perlu terlalu malaysian typical.
mungkin boleh libatkan pandangan dunia ke atas Islam. i have a story in mind, in which i will publish it in my blog, InsyaAllah around 27th October.
Hanya untuk perkongsian idea.
(scarcantic.blogspot.com)
i do have a voice. But i dont have your voice, which is able to make people around Malaysia (at least) to listen.
wallahualam.
congrates bro.
mungkin ini adalah ujian dari DIA untuk anda terus berjuang di muka bumi ini.as a reminder, maybe.
ujian dan dugaan datang dari pelbagai cara, bukan? tidak kira masa senang atau susah.
keep it up soldier!
tahniah...belum lambat lagi untuk wish kan??
bro, you seems different than other talented artist. i hope this 'islamic side' of you is true because i dont like to be fooled by artist who are trying to sound like what they did is right eventough its wrong. i dont like hypocrits..enuff said.
however i believe that Allah will keep on giving to those who deserve it and to those who always put HIM first above anything else. so i guess you are one of them.
Tahniah abang syamsul..
semoga sentiasa mendapat kejayaan yang melimpah ruah..
InsyaAllah kalau ada usaha Tuhan pasti akan beri ganjaran nya. Yang pasti buatlah dengan seikhlas tanpa mengharap sebarang balasan.. So Good Luck!
setuju, kita jangan mudah lupa dengan asal usul kita...
dan ingatlah yang rezeki itu datang dari DIA...semoga rezeki syamsul akan melimpah ruah lagi...
tahniah
Salam
Jujur saat saya baca nukilan ini hati saya tersentuh. "Aku bertanya pada diri,apa bagusnya karyaku berbanding dengan karya-karya orang lain yang jauh lebih hebat daripada karyaku?Kenapa Allah terus-terusan memberi dan memberi dan aku terima dan terima tanpa rasa malu?Masih terngiang-ngiang pesan sepupuku Dr.Anwar Fazal “5 anugerah itu satu peringatan untuk menjaga 5 waktu itu”.Nah.Itu jawapan pada semua aku kira.Kejayaan ini harus mendekatkan aku pada DIA dan harus lebih ‘menundukkan’ bukan ‘meninggi diri’ dan ‘mendabik dada’." Ayat ayat ini
mengetuk dan menyedarkan diri yang lemah dengan tipu daya syaitan.
Sememangnya kita harus tanya, buat refleksi dalam diri apa bagusnya kita, apa baiknya kita, mana salahnya, tiap hari bila mana DIA tetap terus menerus melimpahkan rezeki, kurniaanNYA yang tak terkira. Satu perkara nyata, setiap kurniaan dari DIA adalah ujian untuk kita. Ujian untuk mengukur tahap keimanan kita; sama ada kita akan terus menjadi hambaNya yang bersyukur atau hambaNya yang kufur nikmat. Dan percayalah ada sebab kenapa DIA terus menerus memberi abang rezeki sebegitu - mungkin itu salah satu caraNYA agar abang dapat 'mengemudi', dapat menjadi contoh kepada anak seni yang lain agar terus tunduk kepada DIA. Moga DIA redha, moga DIA mudahkan, moga DIA dengar du'a du'a abang, InshaALLAH. Tahniah sekali lagi. You deserve it.
Tahniah Syamsul.. proud of you.. Alhamdulillah..
from,
anakjerung
Alhamdulillah.. tahniah.. :) teruskan perjuangan ;)
Tahniah ~! ^_^
I just added your web page to my bookmarks. I enjoy reading your posts. Thank you!
Tahniah en soul..~touching ~omaigod..juga terasa diri ini amat kerdil Di sisiNYA..
Tahniah en samsul..~touching
.omaigod..
Salam tahniah! Tuan dikelilingi orang-orang yang hebat! Allahu akbar!
Menanti kejutan itu ^^_
Alhamdulilah...tahniah...untuk KL Ganhster 2...SY harap akan membawa kjutan bsar pd kmi..pesan hati kcil sy pd awk 'jgn ptus asa andai stu hri nti kamu di uji dgn dugaan yg sebegitu brat skli..'trruskan tunduk pd Nya..truskan berdoa..sy mdoakan kjayaan awk dunia akhirat
Post a Comment