Monday, September 17, 2012

Merdekakah Filem Kita?



“Merdeka!Merdeka!Merdeka!” Laungan keramat itu sehingga kini gemanya masih ada,malah tidak pernah padam.Seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kemerdekaan Negara yang dikecap selama 55 tahun.Terlalu banyak pahit getir yang ditempuh  sebelum Negara tanah tumpah air kita ini bisa berdiri sendiri tanpa dijajah sesiapa lagi.Bendera jalur gemilang yang berkibar di angkasa raya sering berjaya menaikkan semangat patriotisme.Aku yakin semangat ini mengalir dalam setiap relung nadi anak-anak Malaysia.

Buat pengetahuan semua,filem sulung arahan adikku Syafiq;SAM telah berjaya mengutip kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Negara bagi genre Psiko-thriller dengan kutipan hampir mencecah Rm 2 juta.Tahniah buat pelapis generasi muda!Satu pembuka tirai yang baik untuk pentas dunia perfileman tempatan masa hadapan.Aku tahu,jauh di sudut hati adikku,pengarah termuda Malaysia itu menginginkan kutipan dan sambutan yang lebih memberangsangkan namun adikku,jangan pernah kau putus asa!Ini medan tempur kita!Jatuh bangun industri ini di tangan kita dan semua penggiat seni filem Malaysia!

Secara kasar,dari pemantaunku,tahun ini industri filem Negara kita kurang ‘menyengat’.Grafnya ‘stagnant’ seakan sudah sampai pada ‘plateu’.Jujurnya,ini suatu yang membimbangkan dan perlu dikaji dari akar umbi.Filem Adnan Sempit 2 menerajui tangga teratas kutipan tahun ini dengan kutipan Rm 6.7 juta diikuti Bohsia 2:Jalan Kembali dan Mael Lambong;sekitar Rm 5 juta.Banyak filem tempatan lain yang juga bermutu tetapi sedihnya tidak mendapat sambutan.Tahun ini,perkiraanku pada sambutan beberapa buah filem tempatan yang aku kira kualitinya sangat bagus,meleset sama sekali.Takut?Tanya pada semua penggiat filem tempatan untuk tahu jawapannya.

Aku termenung panjang memikirkan masa depan industry filem Negara.Adakah ini berpunca dari lambakan tanpa kawalan?Adakah factor kualiti?Adakah penonton tempatan keliru dalam memilih untuk menonton filem antarabangsa atau tempatan?Atau adakah dengan lambakan filem tempatan sekarang ini menjadikan ‘kehangatan’ dan daya tarikan untuk ke pawagam luntur sama sekali dan hanya menunggu untuk ditayangkan di kaca Tv?Terlalu banyak kemungkinan.Pada penghujung menungku,aku sering mengeluh sendiri dan bertanya “Adakah industri ini akan ‘mati’ nanti?”dan pada tiap itu juga aku bangun,terus mencari idea untuk menghasilkan filem,hasil tangan anak Malaysia yang lebih berkualiti dan punya daya tarik yang tinggi untuk ditontoni.

Cerita soal filem tidak akan pernah tamat.Papa saban hari memberi kata-kata semangat.Entah dari mana tenaganya.Dalam usia sepertinya,aku tidak menyangka sama sekali dia masih lagi bersengkang mata menulis skrip,membuat catatan demi catatan pada pembaharuan yang dilihat dalam dunia perfileman global.Sentiasa sedia mendengar idea dari generasi muda seperti aku dan adikku Syafiq,walaupun pada awalnya Papa mengambil masa untuk ‘menelan’ semuanya kerana Papa ada caranya sendiri.Biar apa orang kata,Papa ‘ortodok’ atau yang sewaktu dengannya,Papa bagiku adalah lagenda kerana dalam merudumnya industry filem pada eranya,filem-filem Papa tidak pernah gagal walau satu untuk terus menapat kutipan ‘box-office’.

Tertarik aku pada temubual BH bersama rakan seindustri Remy Ishak dengan tajuk “Usah salahkan pelakon”.Dia adalah seorang pelakon tempatan yang berwibawa dan oleh kerana itu seawal pembabitannya lagi aku sudah Nampak ‘sinar’nya lantas aku mengambil Remy untuk berlakon dalam filem arahanku “Evolusi KL Drift 2”.Aku faham genta rasa itu.Sudah meletakkan yang terbaik tetapi mengapa tidak mendapat sambutan yang terbaik?

Akhir kata,dalam kehangatan semangat Patriotisme Merdeka ini,aku menyeru pada semua agar sama-sama kita hayati pengorbanan pemimpin-pemimpin terawal kita sehingga ke hari ini.Buat semua rakan-rakan industry,jangan putus semangat!Optimis!Zaman kegemilangan filem tempatan akan tiba jua,insyaAllah!Teruskan usaha!Salam Merdeka,Salam juang anak Malaysia!


Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof

4 comments:

Anonymous said...

Salam . Sy sbg sala seorg peminat filem2x arahan awk akn menyokong jatuh bangun pjalanan awk sbg ank seni .. adk awk syafiq juga .. semoga kalian maju kehadapan dan mlebar kn nama Malaysia d persada Antarabangsa .. Amin ..

cikgu Alin said...

masih ade yg mnyokong flem mlysia nie abg symsul...mungkn taon nie pemint lebiy kepde flem aksi..so flem antrbngse la jd pilihan........tp ap2 pown flem mlysia memg yg trbaik!kiteorg ttp skng flem mlysia!lbey2 agy flem drpd skop!gud luck abg symsul.....mge dpt mnaikkn prfilman mlysia ke rnkng yg tratas..amin...

Unknown said...

Banyak faktor antaranya kurang masa untuk ke pawagam untuk tonton semua filem2 yang dikeluarkan. Penonton mungkin tak faham perlunya jualan tiket di pawagam dan menunggu dvd keluar aja atau keluar tv. Menyokong filem Melayu bukan setakat cakap minat saja tapi harus menyokong industri filem Melayu naik dgn membeli tiket juga. Action speaks louder than words.

Seindah Pelangi said...

As'salam..sy merupakan peminat abang..sepertimana yang kita tahu, abang bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah sebagai seorang pengarah pun apa kurangnya,.saya merupakan salah seorang penyokong filem malaysia.saya doakan abang maju dalam bidang lakonan dan pfileman..dan sentiasa mencurahkan idea2 yang menarik dalam filem2 yang dihasilkan..amin..