Tercungap-cungap.Aku mencuri nafas dalam nafas.Degup jantung usah ditanya,terasa seperti ingin terkeluar dari kantungnya.Aku berjaya melarikan diri.Bunyi bedilan mortar di sana sini diikuti letupan misil yang mengena pada kawasan yang berjarak kurang dari 500 meter dari tempat aku berdiri.Baju lencun dengan darah seorang kanak-kanak yang aku cuba larikan sama setelah dibedil di kepalanya,namun Allah lebih menyayanginya.Kini aku berdiri membelakangi dinding nipis runtuhan rumah yang separuh hancur hasil ledakan bom zionis.Aku hilang punca.Mulut terkumat-kamit dengan doa.Aku nekad mahu lari dari sini.Sebaik sahaja aku mula lari,deruan peluru menuju ke arahku dan mengena badanku.Rebah.Mulut cuba mengucap syahadah.Tergagap-gagap.Datang seorang tentera zionis memijak kepalaku.Mengacukan hulu senjatanya tepat pada tengkorak kiriku.1 das.Gelap.
Terang.Aku tersedar.Mimpi yang cukup menyedarkan.Aku rasa seperti mati hidup kembali.Segalanya terlalu jelas sehingga aku perlu masa untuk menstabilkan diri,ritma nafas dan jantung hati.Aku menangis.Elok sahaja di radio sedang diputarkan alunan Quran yang kedengaran cukup menyebakkan.Aku bingkas ke tandas,membasuh muka,berwudhu.Jam sudah menunjukkan pukul 5.15 pagi.Aku tarik nafas dalam dalam.Mataku pejam rapat rapat.Kumainkan semula mimpiku tadi dalam layar fikiran.Ya Allah,begitukah keadaan mereka di sana.Aku di sini,bersenang lenang,hidup dalam penuh keselesaan tetapi masih lupa untuk mengingati Pencipta.Istighfar.Astaghfirullah..
Entri kali ini kutulis sesudah subuh.Subuh yang cuba kutenteramkan jiwa dari paparan yang cukup menyesakkan minda,melihat mayat saudara seAgama bergelimpangan di merata-rata dan aku tak mampu berbuat apa-apa.Dulu ketika aku masih belum cukup matang,isu Palestin ini,aku tidak mengambilnya terlalu serius.Hidup terbuai dengan cerita-cerita dunia dan hiburan yang lebih diwar-warkan dari isu Palestin ini.Ampunkan aku,Tuhan.Berikan aku peluang untuk baiki diri.Berikan kami semua kesedaran demi kesedaran dalam dunia yang penuh dengan khayalan.
Sehingga ke hari ini,melihat kemaskini tol kematian di Palestin sudah melebihi 100 orang dan 850 dilaporkan tercedera yang mana bilangan mangsa dari kanak-kanak sahaja sudah 260 dan perempuan 140.Gila,bukan?Kita di sini,sedang bergembira,leka dengan keamanan yang entah bila akan Dia tarik semula jika kita terus lupa.Aku menyeru pada semua agar isu kekejaman Israel pada Palestin ini diambil serius kerana ini isu sejagat.Darah yang mengalir dalam relung nadi mereka adalah darah yang sama dengan kita.Mereka adalah saudara kita.’Sayangilah saudaramu seperti kau menyanyangi dirimu’
Pelbagai cara boleh dilakukan dalam usaha untuk membantu mereka.Antaranya ialah dengan menderma.Ada beberapa badan autoriti yang sah dalam menjadi orang tengah.Cari dan hulurkanlah derma pada kadar yang termampu.Biar sedikit,tetapi jika sedikit itu berserta keikhlasan,berkatnya melimpah ruah dan Allah ada cara untuk mencukupkan kita dalam yang sedikit itu.Usaha lain yang boleh dilakukan ialah dengan memboikot produk-produk Israel.Cari senarai terkini 2012 barangan atau produk mereka.Ingat,setiap sen yang dilaburkan pada mereka digunakan untuk membeli peluru yang tembus ke dalam badan orang-orang Palestin.
Doa.Itulah senjata kita yang utama.Biar bom,biar misil,biar peluru apa sekalipun yang mereka guna,doa kita adalah penangkis.Doa kita adalah senjata yang paling kuat dan yang paling luar biasa kuasanya.Jangan lupa,dalam tiap masa kita berdoa,titipkan doa buat mereka.Mereka perlukan doa kita.Jangan lokek doa.Jangan.Mereka sangat perlukan.
Aku menulis entriku kali ini dengan mata yang berkaca.Lagu “We wil not go down” aku mainkan berkali-kali.Aku mahu semangat mereka mengalir dalam diriku dan dalam diri kita semua.
Sebelum terlupa,aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang sudah membeli ‘sweater’ “My Hijab” kami;Burn & Soul Islamic Paraphernalia.Fasa pertama jualan cukup mendapat sambutan sehingga perlu penambahan.Proses penghantaran sedang dilakukan dan di sini aku ingin membuat pengumuman,kami Burn & Soul Paraphernalia mengeluarkan T-Shirt terbaru "SAVE GAZA" untuk memberi kesedaran tentang isu Palestin.Layari laman Facebook ‘Burn & Soul Paraphernalia’ untuk membuat pilihan.Sebahagian dari keuntungan jualan akan disalurkan pada tabung Palestin.Membeli sambil menderma,insyaAllah.
Sebelum aku mengakhiri,aku ingin mengucapkan terima kasih pada Hafiz Hamidun dan semua yang menjayakan Malam Konsert Zikir Terapi kerana memberiku dan sepupuku Dr Anwar Fazal peluang untuk turut serta.Maaf jika sebakku tidak mampu dibendung ketika menyanyikan bait-bait akhir lagu “Ya Robbi”.Sungguh itu datang dengan sendiri dari hati.Malam itu malam syahdu bila mendengar alunan zikir Hafiz.InsyaAllah,aku dan sepupuku,Burn & Soul akan terus bersama kalian dan terus menghasilkan lagu-lagu bercorak kesedaran.
“Ayuh berdoa untuk mereka di Gaza.Doa kita senjata mereka!Rob,kirimkan 'ababil'Mu,kirimkan balasanMu yang datang dari langit,bumi,laut & dari segenap penjuru!”-Dr.Anwar Fazal
Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof
P/s:
Layari Facebook page kami "BURN & SOUL ISLAMIC PARAPHERNALIA" untuk pembelian produk-produk kami yang mana terbaru ialah kemeja-T "SAVE GAZA"
Facebook page: http://www.facebook.com/BurnSoulIslamicParaphernalia
15 comments:
In Shaa Allah. Moga2 ramai lg yg akan sedar dgn isu Palestin...
alhamdulillah....sama2 kt bdoa kesejahteraan umat islam seluruh dunia...
We might not be able to fight their battles fo them, but we can pray and keep praying for them and help in the best way we can.
mula-mula terbaca diruangan akhbar berita harian. (kalau xsilap). sedih.menusuk kalbu entry ni :( moga-moga tuhan lindungi mereka.~
Hasbunallah wa ni'mal wakil. "Cukuplah Allah Sebagai Penolong Kami dan Dia Adalah Sebaik-baik Pelindung"
Bile Allah dah sentuh hati kita...lebih mudah air mata mengalir...Islam will win!
insya-ALLAH same2 berdoa untuk palestin.. ameen =)
" Ya Allah,selamatkanlah saudara seagama kami di Palestin dan bebaskanlah mereka dari cengkaman zionis laknatullah.....Ya Allah,berilah kekuatan kepada saudara mara kami serta satukanlah hati-hati pemimpin negara-negara Arab dan Negara Islam yang lain untuk membantu Palestin.....Hancurkanlah Zionis Laknatullah......Amin Ya Allah...."
In shaa allah. bukan kah Allah dah menjajikan kemenangan umat Islam..
p/s=bila bace hasil tulisan abg Sham,rasa rendah diri sangat.menurut dato' Fadzilah kamsah, apa yang kita tulis di laman sosial ni melambangkan IQ kita. personaliti kita. syabas, saya harap abg keep on writing. will always support you.
sgt sedih ble bce entry nie..rase mcm mmg berade d'tmpat mereka..syukur sgt berada di tmpat yg aman..semoga Allah mlindungi saudara2 islam dsane..aminn..
lpas ni harap dpt buat citer islamik plak...kongsi gelap dah,lumbe kete dah..tringin nk tgk filem genre islamik plak..
salam sdra Shamsul,
good effort, we need more influential people like you to create the awareness about the endless suffering by the Palestinian.. May Allah bless us all and keep up your good work, inshaa Allah.
..Bangkitlah wahai diriku & seluruh generasiku.
Sedarlah, Palestin itu adalah tanah para Nabi, Ibrahim, Daud, Sulaiman, Musa, Zakaria, Yahya dan Isa a.s.
Allah menegaskan bahawa, Ibrahim bukanlah Yahudi. nukan jg Nasrani, akan tetapi dia itu adalah seorang yg lurus dan Islam, bukan juga dia termasuk dalam kalangan org musyrik (Rujuk Surah Ali' Imran: 67).
Tanah suci itu adalah wakaf bg semua generasi kaum Muslimin.
Di atasnya tertegak Masjid Al-Aqsa yg mulia.
Allah telah mewariskan tanah ini dgn keberkatan utk org Islam.
Jgn biarkan tgn2 kotor & jijik milik kongres Amerika, Zionis ataupun oleh pemerintah pengganas Israel menodainya.
Ia milik kita semua, milik Islam.
Kita yg perlu mempertahankan kesuciaannya daripada terus diperkosa rejim pengganas.
Bersabarlah wahai penjuang Palestin yg terpilih, bersabarlah wahai umat Islam, beramal lah, bersiaplah & bertaqwalah kpd Allah, Insya Alah sinar kemenangan sudah semakin menghampiri kita.
Tiada istilah kalah dalam diari pejuang melainkan menang atau syahid.
Allahu'akbar!
Janganlah kita merasa bahagia dengan kehidupan kita di sini sedangkan ada saudara seIslam kita yg menderita di sana...WAJIB kita membantu walau dlm apa cara sekalipun.
Alhamdullillah walaupon prtlngan kita skdar yg termmpu tp skrng-kurgnyer dpt merngankan beban saudara islam kita.smga usaha murni abg shamsul mndpat keredhaan Allah swt
Post a Comment