Saturday, December 22, 2012

12.12.12



12.12.12 Cantik tarikh ini.Aku terima banyak jemputan untuk menghadirkan diri pada majlis pertunangan dan perkahwinan kawan-kawan.Tersenyum aku sendiri.Bahagia mendengar cerita ‘masjid baru yang dibina’.Alhamdulillah.Tahniah buat semua yang akan menamatkan zaman bujang mereka dan yang bakal mengikat tali kesatuan yang halal.Moga Allah merahmati kalian dan didoakan agar kekal bahagia ke syurga.InsyaAllah ‘masa aku’ akan kunjung tiba.Biar aku benar-benar bersedia dulu sebelum memasuki fasa ini dalam tempoh kehidupan yang bersisa.Berkali-kali ditanya,jawapanku tetap sama,bila sampai masanya,akan kukhabarkan pada semua.

Hari ini,aku masih di sini,di rumah ke-2 ku seperti biasa,bersengkang mata,cuba mencabar kemampuan diri mengejar kesempurnaan dalam hasil karya terbaruku yang ditunggu-tunggu “KL GANGSTER 2”.Filem ini adalah filemku yang paling mencabar dan ‘kapasiti’nya jauh lebih berat dari filem-filem yang pernah aku hasilkan sebelum ini.Dengan kos belanjanya yang tertinggi dan tempoh masa pengambaran yang paling lama jika dibandingkan dengan filem-filemku yang lain,maka aku cuba buktikan ‘sesuatu’,cuba mencipta sekali lagi insyaAllah fenomena  dalam dunia filem Negara.InsyaAllah.

Jika ditanya kenapa mengambil masa yang lama.Jawapanku “Lama,ya.Nantikan saja hasilnya.”Ini bukan satu eksperimentasi dalam satu jangka masa singkat yang dikira melalu jam randik hingga deringan tamat tempohnya kedengaran,tetapi ini lebih dari itu semua.Ini karya anak Malaysia yang mahu hasilnya mampu membuka mata dunia yang saban hari melihat hasil karya kita hanya dengan sebelah mata.Aku mahu dunia tahu kita rakyat Malaysia juga mampu,malah tidak mustahil lebih baik dari mereka,siapa tahu.

Laluan yang kutempuh bersama krew KL GANGSTER 2 kali ini lebih mencabar kerana kejayaan KL GANGSTER yang pertama telah meletakkan satu  ‘benchmark’ yang cukup tinggi,menyedarkan kami yang ekspektasi semua juga tinggi.Maka dengan ‘tekanan positif’ inilah membuatkan aku lebih berjaga-jaga dan teliti.Syukur aku punyai keluarga yang saban hari memberi semangat,membantu dalam segenap segi.Tanpa mereka aku tidak akan berada di mana aku berdiri hari ini.

Papa jarang berkata-kata lewat ini kerana dia tahu aku perlukan konsentrasi tetapi sekali dia bersuara,menusuk ke hati “Buat yang terbaik.Jadikan karya kali ni karya terunggul.Ini masa depan industri”.Mama pula tidak putus-putus memberi kata-kata semangat. “Kerja-kerja juga.Tuhan jangan sekali lupa.Dia yang mudahkan dan bagi idea”.Dua tunjang hati yang walau jarang aku nyatakan secara berdepan betapa sayangnya aku pada mereka,jauh di sudut hati,dalam tiap doa yang kutitip setiap hari,nama mereka yang kudoakan kesejahteraan yang pertama.Terima kasih Papa Mama.


Sebelum terlupa,aku ingin mengucapkan terima kasih pada semua yang telah menyokong usaha kami,aku bersama sepupuku Dr.Anwar Fazal dalam menghasilkan baju T dan ‘sweater’ Islamik.2 produk pertama kami : ‘Sweater’ “MY HIJAB” dan baju T “SAVE GAZA” telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.Lebih terharu bila ‘sweater’ “MY HIJAB” kami dipakai oleh delegasi ke Gaza,Palestin;Heliza Helmi dan Farah Deeba.


Tempahan fasa pertama ke-dua dua produk pertama kami ini baru dibuka kembali dek permintaan yang terlalu tinggi.Jom,membeli sambil menderma.Untuk urusan tempahan,pertanyaan boleh dibuat di ‘page’ rasmi  FB kami – BURN & SOUL ISLAMIC PARAPHERNALIA.Tahniah buat delegasi Malaysia ke Gaza,Palestin.Rakan-rakan artis yang ke sana seperti Abang Afdlin Shauki,Bront Palare dan Zain Saidin – tahniah!Kalian bawa semangat kami di sini!Terima kasih.

Akhir kata,doakanku agar segala urusanku dalam menghasilkan filem terbaruku ini “KL GANGSTER 2” dimudahkan dan hasilnya mampu memberi impak besar pada semua dan industri filem Negara.Doa kalian adalah hadiah yang paling berharga.Moga hari ini dan hari-hari seterusnya dapat memberi kita harapan demi harapan untuk hari yang lebih gemilang di ‘depan’.

Sebelum terlupa selamat Hari Lahir buat Dr.Anwar Fazal -  20.12.2012.Juga cantik tarikhnya secantik yang tersimpan untuk tuannya,InsyaAllah sentiasa didoakan.

Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof

18 comments:

Unknown said...

abg shamsul bila nak kawin ? :D

Cik Yana said...

semoga filem KL GANGSTER 2 menjadi filem wajib tonton kelak... dan semoga abg syamsul bertemu jodoh yang baik...Aminn...

Azman said...

K.L Gangster 2 - saya juga mendoakan Shamsul sukses dalam pembikinan filem ini dan mengharapkan yang lebih baik dari K.L G.

Unknown said...

Insya'allah, semua yang baik datang dari Dia, kita cuma mampu berusaha dengan sebaik yg termampu. Memang beberapa tahun kebelakangan ini filem2 Melayu ada beberapa yang menyerlah dari sudut mutu, mesej. Teruskan usaha dan niat anda untuk terus membuahkan produk yg baik dan bermutu di antara lambakan2 yg ada sekarang. Beri penonton dan peminat filem Melayu peluang untuk memilih yang terbaik.

Sora Niji said...

la tahzann,..usah bersedih dengan ketetapan takdir...sesungguhnya Allah telah mengaturkan apa yang terbaik buat hambanya..sentiasa mendambakan diri kepadanya adalah satu perkara ajaib yang bisa menenangkan gelora ombak dalam atma..tulang rusukmu yang hilang pasti kau temui saban hari kelak,.

Keazamanmu membibitkan rasa bangga kepada jiwaku dan juga jiwa malaysia.kau tekun berusaha menaikkan nama negara berada di pesara dunia.impak sayangmu benar menunjukkan kau menyayangi bijana ini.teruskan usaha tanpa melupai DIA walaupun sesaat.

wangsa said...

as salam adik syamsul,

bila sudah sampai ketentuan Tuhan - maka tidak akan dipercepat atau diperlambat walau barang sesaat - 'masa itu' pasti akan datang juga

selalu doakan utk si'dia' yg belum/sudah ketemu itu,
selalu hadiahkan bacaan Al-Quran & selawat semoga hati'nya' tenang sentiasa,
selalu bersedeqah bg pihak si'dia' semoga Tuhan membuka pintu hati'nya' utk menerima lamaran dari mu

selalu berharap yang terbaik di hati kamu, maka Tuhan akan datangkan si'dia' yang paling baik & terbaik buat kamu

semoga si'dia' akan menjadi penyejuk mata serta penawar hati di dunia hingga ke jannah sana
semoga si'dia' menjadi srikandi serta bidadari memperkuat dirimu mengharungi kehidupan

kami sentiasa doakan semoga Tuhan mengurniakan rezeki yg baik, terbaik serta yg baik2 sahaja kepada adik syamsul, famili serta si'dia'

Anonymous said...

"Berkali-kali ditanya,jawapanku tetap sama,bila sampai masanya,akan kukhabarkan pada semua."

Ya, kita punya jawapan yang sama.

♥ AMOYELLA said...

anyone, everyone can easily determine the calibre of a person by the amount of opposition it takes to discourage him. all the best KLG2 !

Hainur Eisha said...

Alhamdulillah..
semoga Allah sentiasa memberkati segala usaha yg syamsul jalankn..
insyaallah.. aamiinn

TheGenn said...
This comment has been removed by the author.
TheGenn said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Every sunset gives us one day less to live! But every sunrise give us, one day more to hope! So, hope for the best. Good Day & Good Luck :)

allofus said...

salam..
Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir... smoga dpercepatkan binaan masjid impian tu .. dan success ..

SS said...

mashaAllah, sejuk hati baca entry ni. nampak ketengan jiwa lepas berhijrah :).. i wish u all success in your life and career. pasal jodoh, in shaa Allah, semoga Allah berikan yang terbaik. remember, good mens are for good womens, and good womens are for good mens. pray pray and pray! may Allah bless u ;')

NSAB said...

nak dapatkan yang manis perlu rasa yg pahit dulu. Moga ALLAH rahmati anda sekeluarga

Noraini @ Anne Tania said...

Tiada cinte semanis cinta kpd Allah..MasyaAllah...

Noraini @ Anne Tania said...

InsyaAllah..jodoh Abg Shamsul akn smpai juga nnti..:)..

Fazira said...

saya doakan semoga jumpa jodoh yang sesuai dan kl gengster 2 saya tak sabar nak tengok