Sunday, January 13, 2013
MISI & VISI
Pandangan dari langit tinggi melalui bingkai kecil empat segi pesawat yang kunaiki ini membuatkan aku rasa cukup kecil dan kerdil.Di dalam ini sudah gelap,hampir semua sedang beradu atau dalam usaha ke arah itu,namun aku masih tak mampu.Hanya pada tempat dudukku satu-satunya pada masa ini diterangi dengan lampu membaca.
Aku dengan satu pena dan sehelai kertas memo,cuba menulis dari hati,mencari idea dan mengejar ‘tempo’.Dengkuran dari orang sebelahku pada awalnya sedikit mengganggu namun lama kelamaan aku ‘terbiasa’.Adaptasi situasi.
Sebelum aku pergi lebih jauh,aku ingin bercerita sedikit mengenai filem terbaruku “KL GANGSTER 2” yang aku percaya sering dijadikan isu bualan semasa.Dengan kos pembikinannya yang hampir mencecah RM 4 juta,tempoh pembikinannya yang lebih lama daripada biasa,ramai yang mempersoalkannya.Buat yang bertanya “Bila?”,nantikan saja pengumuman rasmi dariku bila sudah ada hitam putihnya.Buat masa ini,insyaAllah,jika tiada aral,filem “KL GANSTER 2” akan mula ditayangkan pada suku pertama 2013.
Kita terlalu banyak ‘bicara’ dengan kata-kata yang tanpa kita sedar telah mengguris hati sesiapa yang mendengarnya.Kita berbicara tanpa asas,kadangkala hanya mahu ‘membunuh masa’ dengan ‘bual kosong’ yang entah ke mana hala tujunya.Mulut laju mengeluarkan kata tanpa sempat akal memproses fakta.Apa yang diterima tidak sempat ditapis dan dicerna,terus saja dihamburkan membabi buta.
Hari ini aku makin celik dari ‘buta’,makin nampak apa yang ‘tak ternampak’ sebelum ini ketika semuanya dikaburi benda dan agenda.Sekarang aku lebih gemar hanya mengeluarkan suara dengan hasilnya bukan mewar-warkan pada satu dunia tentang kehebatan sesuatu perkara sebelum dinilai bersama kerana aku hormati pandangan semua.Lantas aku dengan penuh rasa rendah diri meminta agar semua dapat bersabar dengan hasil karyaku.Apa yang kalian tunggu,insyaAllah berbaloi.
Hari ini aku ingin berkongsi tentang misi dan visi.Aku tidak mahu ‘cruise to nowhere’-berlayar dalam lautan kehidupan tanpa ada destinasi.Misi dan visi adalah tunggak dalam segala usaha yang kita lakukan hari ini,samaada mengarahkan kita ke destinasi kejayaan atau kegagalan.
Visi bukan mimpi.Ia adalah impian yang diimaginasikan melalui pemikiran kita yang ‘sedar’.Visi membuatkan kita lebih fokus dan terarah kerana kita sudah ‘nampak’ apa yang kita mahu pada masa hadapan.Visi mampu meningkatkan motivasi diri dalam meningkatkan usaha kita dalam mengejar cita-cita.Visi aku ada banyak,namun yang utama ada 5.
1)Memiliki kemudahan & keselesaan hidup
2)Memiliki ketenangan dan kebahagiaan hidup
3)Mendapat redha Papa Mama
4)Mendapat redha dan keampunan Tuhan
5)Syurga.
Cukup.
Misi pula adalah sebab kejadian kita di dunia.Ramai yang hidupnya sudah lama,termasuk aku juga,tetapi hidup seperti tiada arah tujuan,’aimless’ dan tiada pengertian,’meaningless’.Metaforanya adalah seperti bermain bola tanpa palang gol.Mahu disumbat ke mana bola yang dibawa?Tidakkah itu ‘bodoh’?Terlalu ramai yang di puncak kariernya mengalami sakit jiwa.Ayat lazim mereka “Apa betulkah apa yang aku cari selama ini?”Sungguh,itu perkara yang paling kutakuti dan aku berdoa agar dihindari kerana itu adalah pembunuh no.1 orang masa kini.
Misi hidup kita menentukan cara hidup kita dan cara hidup kita menentukan cara mati kita.Misi orang masa kini hanya ada 3 asasnya:
1)Hidup untuk penuhi kehendak fizikal dan biologi
2)Hidup untuk menjadi kaya
3)Hidup untuk mengejar kuasa dan nama.
Ya,aku tidak malu untuk mengaku aku juga pada awalnya punyai 3 misi ini tetapi bila aku semakin berusia aku mula sedar ada yang lebih besar dari itu semua.
Akhir kata,aku mahu pembaca artikelku kali ini berfikir dan sama-sama kita renungkan 3 soalan asas ini dalam menentukan misi dan visi kita.
1)Kita dari mana?
2)Apa tujuan kejadian kita?
3)Ke mana hala tuju akhir kita?
Sudah jawab?
Selamat bertemu misi dan visi yang tepat!Semoga kita sama-sama berjaya!
Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof
P/s: Penjualan sweater "MY HIJAB" dari kami BURN & SOUL ISLAMIC PARAPHERNALIA dibuka semula atas permintaan yang sangat menggalakkan.Urusan tempahan,pertanyaan dan pembelian boleh dibuat melalu page Facebook kami di: http://www.facebook.com/BurnSoulIslamicParaphernalia
"Membeli sambil menderma"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
penulisan yang penuh maksud yang tersirat dan tersurat..jujur mempunyai maksud yang mendalam dan membuka mata serta hatiuntuk mencari apa visi dan misi diri..
: )
assalamualaikum..sangat memberi kesedaran kepada saya :) thanks so much for sharing abg shamsul .. may ALLAH bless u :)
so inspiring... =)
Ya Allah.....baru saya sedar bahawa saya tidak mempunyai visi & misi hidup yang tetap...sungguh bermakan entri ini...syukran ya akhi
sharing..
kata-kata indah yang hanya boleh difahami oleh manusia yang berjiwa... [:-bd]
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
subahanallah. Sungguh,,, persoalan yg sering bermain di hati kecil saya ini, telah terjawab setelah saya membaca entri ini.. terima kasih bebanyak..
assalammualaikum...
entry yg sarat dgn pengertian..hidup didunia ini adalah pentas lakonan terbesar, berbagai ragam hidup yg perlu dilalui, namun hanya 1 tujuan kita dihidupkan disini, teruslah melangkah mengejar visi dan misi kita hidup utk apa...semoga kamu sentiasa bertemu redha-NYA..inshaaAllah...
wassalam..
Aww Thankies for sharing! Awesome article indeed!(: this article is worth reading! So, I hope all your wishes come true. May the peace, mercy & blessings of ALLAH be upon you!
Assalamualaikum,
Entri yang sangat menarik untuk membuat refleksi diri. Menyentak lamunan dari terus tenggalam dalam khayalan di dunia pentas penuh drama lagi tipu daya.
Semua mahukan Syurga pada akhir perjalanan hidup tapi tak semua yang 'kuat' hadapi ujian dan dugaan untuk melangkah ke Syurga. Laluan ke Neraka lebih mudah, namun pengakhirannya semua tahu pedih. Laluan ke Syurga jauh lebih berliku bagai ular kena palu, namun pengakhirannya indah tiada siapa dapat membayangkan dan membandingkan nikmatnya. Moga kita terus istiqamah dijalanNya, InshaAllah.
Teruskan memberi inspirasi dan kesedaran kepada semua. Sama-sama kita saling mengingati. Moga Allah redha abang selalu, moga DIA pelihara abang dalam tiap hela nafasmu dan dimana jua abang berada, InshaAllah.
Selamat berjuang, sutradara negara! Wassalam
Harap filem KLG2 dapat ditayangkan tanpa masalah.
Kita manusia biasa,kadang kala terlupa apa arah tuju kita - yang penting kita cepat sedar dari lena.
penulisan ikhlas dari hati. bukan sahaj bakat mengarah. tapi bakat menulis. :D entry penuh pengertian dalam hidup. boleh dijadikan motivasi gak ni.thank abang~
Abang Syamsul you are very inspiring. Walaupun saya masih sekolah, kata kata ni banyak mendorong dan bagi semangat kpd saya. Harap satu hari nanti boleh jumpa abang dan berborak lebih panjang. Terima kasih :-) teruskan meng'update' blog!
dari blog ni saya nampak sisi lain Syamsul Yusof. bagus. ehem, boleh tak cepatkan sikit tayangan KL Gangster 2, dan cerita-cerita lain arahan awak? *filem awak tak buat rugi duit kalau tengok.
SubhanALLAh....kata2 yg menyuntik inspirasi para pembaca..teruskan usaha ye abg syamsul... Assalam (nur)
bagus bicara dan kata yang disusun.. lengkap dengan azimatnya yg tersemat pula...
semoga suksess selalu
1)Kita dari mana?
Dari syurga.. tapi sebab kerana tipu daya iblis, kena kick out dari syurga...
2)Apa tujuan kejadian kita?
Firman Allah dalab kalamNya yang mulia, "Tidak Aku jadikan manusia dan jin kecuali untuk beribadah kepadaKu..."
3)Ke mana hala tuju akhir kita?
Syurga insyaAllah, dengan rahmatNya...
Penulisan saudara menyerlahkan sisi berbeza yang saya nampak di media dan karya. nyata ianya tidak sesulit dan sekompleks yang saya sangka. ianya telus, lurus dan 'sincere'. ada damai membacanya.
p/s: gambar melalui tingkap kapal terbang itu bagai cermin kepada dilema diri saudara.
Malaysian in Bahrain~
Salam,
Thanks sudi berkongsi apa yg ada dlm fikiran anda... Kadang2 bila berhadapan dgn dunia pancaroba ini membuatkan kita dlm dilema untuk mencari dunia dan mengejar akhirat. Filem adalah medium yang terbaik untuk memberitahu umum tentang misi hidup insan spt kita. Cume garapannya perlu ada garis panduan yg lebih kearah dakwah. Untuk diri sendiri dan anak bangsa.
Syabas.... Sangat berbesar hati mengetahui ada jugak seorang pengarah filem di malaysia ini berjiwa lagu ni... Ini kurniaan namanya. Trimas!
Assalamualikum...
this eentry sangat2 memberi inspirasi..Syamsul bukan je berbakat dalam berkarya dlam perfileman tapi dalam bidang menulis jugak...keep up the good work..Saya akan jadi pembaca setia blog BURN&SOUL....:)
May ALLAH bless you...:)DR
memang susah nak menjawab 3 soalan tu walaupun nampak macam senang je...nampak sangat hidup macam takde panduan kan?? panduan ke arah kebaikan tu yang susah sebenarnya...sama2 la muhasabahkan diri...semoga kita tidak lalai sampai ke pengakhiran...
Post a Comment