Monday, February 25, 2013

Di mana Filem Islamik kita?


Selawat dan salam buat Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW sebagai pembuka kata.Hari ini aku menulis pada hari kelahiran Baginda,12 Rabiul Awal 1434H.Sudah 1400 tahun lebih Rasulullah pergi meninggalkan kita semua.Selama itu juga jika kita benar-benar rindu pada ‘kelembutan’ dalam ‘ketegasan’nya.Tiap langkahnya,tiap tutur katanya,tiap perkiraan dan keputusan yang dibuatnya,tiap caranya berdepan dengan masalah yang datang bertimpa-timpa dari semasa ke semasa hingga wafatnya Baginda,semua adalah pengajaran.Semuanya garis panduan pada kita umat akhir zaman tentang apa yang sepatut ktia  lakukan bila berdepan dengan situasi-situasi yang digambarkan.

Generasi millennium yang terlalu sibuk mengejar kepesatan dunia dan menjadikan ikon-ikon TV/penyiaran sebagai idola mereka telah merendahkan semangat kecintaan & memudarkan ingatan pada Rasulullah.Aku tahu,1 menuding jari,lagi 4 mengarah kearah diri sendiri.Ini nasihat/kenyataan buat diriku sendiri dan semua.Kita tahu macam-macam perkara mengnai artis-artis kegemaran kita tetapi bila ditanya pasal sirah Nabi,terngaga.Itu yang aku kena.Lantas kerana itu,aku beritahu,tolong ambil tahu siapa Nabi Muhammad,apa hebatnya dia dan bagaimana nanti Baginda mampu menolong kita dengan member ‘syafaat’ di sana nanti.

Buat mereka yang berkata bidang penyiaran/perfileman bukan medium yang efektif dalam menyampaikan mesej keAgamaan/dakwah,aku sangkal bulat-bulat dakwaan mereka.Sebenarnya,jika betul caranya,bidang penyiaran/perfileman mampu menjadi antara medium paling efektif dalam menyampaikan mesej keAgamaan pada masa kini kerana generasi millennium lebih tertarik dan ‘mudah masuk’ dengan medium ini.
Kita kagum dengan kecanggihan teknologi filem Barat.Masakan tidak kagum,bila filem-filem mereka tampil dengan kesan efek grafik yang tak terjangkau dek pemikiran kita,gah dan luar biasa.Terbuai dengan sajian elemen-elemen itu,tanpa sedar kita diracunkan dengan ‘gula-gula’ pergaulan tanpa batas,seks bebas,pembunuhan kejam dan pemujaan harta.Efek globalisasi.Propaganda tersembunyi bagi mempengaruhi semua,terutamanya kita,umat Islam sedunia.


Aku tidak pasti sama ada kalian sedar atau tidak,‘cara halus’ penggiat filem barat yang sering mengenengahkan Islam ke mata dunia dengan setiap kali sahaja ada keganasan,lazimnya Islamlah puncanya.Umat Islamlah pengganasnya.Umat Islamlah punca huru hara.Habis ditarah imej umat Islam dengan perkara-perkara buruk seakan-akan itulah cara Islam yang sebenar,menyuruh penganutnya agar melakukan kekejaman dan kezaliman untuk mencapai kemenangan walhal kita semua tahu Islam adalah agama yang penuh kelembutan dan kasih sayang.Lihat ‘permainan’ mereka.

Aku pasti ramai di luar sana yang ingin mempersoalkan bagaimana pula dengan aku,anak seni tanah air melihat senario ini dan dalam masa yang sama telah menghasilkan filem gangster,bohsia dan yang sewaktu dengannya.Jika dilihat,aku akui terlalu banyak pincangnya filem-filemku sebelum ini dalam beberapa konteks,namun dalam setiap filem yang telah kuhasilkan,aku telah cuba untuk menyuntik nilai kesedaran melalu Agama dan kesedaran mengenai wujudnya kuasa Agung yang mengatur tiap perjalanan kehidupan kita.Aku akan terus baiki filem-filemku yang akan datang agar elemen-elemen keAgamaa lebih diketengahkan.InshaaAllah.

Antara semua filem yang pernah aku hasilkan,filem Khurafat adalah filem pertama yang kucuba terapkan nilai Agama dengan lebih mendalam.Disusuli dengan lagu runutnya “Ya Robbi”,aku telah cuba dengan sebaik-baiknya untuk menghasilkan cerita bercorak keAgamaan ini dan Alhamdulillah,hasilnya di luar jangkauan bila Khurafat telah berjaya mendapat kutipan tertinggi dalam genrenya di Malaysia.Buat pengetahuan semua,selepas KL GANGSTER 2,filemku yang seterusnya adalah pada genre keAgamaan.Cerita sudah dirangka kemas,inshaaAllah akan di’jaga’ apa yang tidak terjaga seperti filem-filemku yang lepas.InshaaAllah.


Habis ditonton semua filem pada genre Agama yang diterbitkan di Indonesia.Maaf aku katakana,kita masih terkebelakang dibandingkan dengan Indonesia dalam penghasilan filem bercorak keAgamaan ini.Sebagai contohnya,filem ‘Kiamat sudah dekat’ bagiku adalah sebuah filem yang baik dan berjaya mengisahkan pertembungan budaya Barat dan Timur dengan agak kemas.Buat semua penggiat seni filem Malaysia,masih belum terlembat untuk ‘meneroka’ genre ini,dan tidak salah aku nyatakan,sudah tiba masanya untuk kita runtuhkan dinding dominasi Barat yang sentiasa bersikap prejudis pada Islam.

Akhir kata dariku pengarah kerdil yang masih bertatih dalam industri ini,ayuh kita sama-sama mengoptimumkan medium penyiaran dan filem dalam menyebarkan Islam,kebaikan,nasihat dan berita kebenaran.Kita tangkis serangan filem Barat yang mempelopori dan tidak henti-henti menyajikan unsur negatif dan budaya hedonisme dalam filem-filem mereka dengan menghasilkan filem-filem bercorak keAgamaan yang berkualiti tinggi.Ayuh!
Kita mampu jika kita mahu.



Salam MaulidurRasul.

Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof

11 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum..
bittawfiq wannajahh ya akhi.
hasilkan filem yang membina.InsyaAllah, ada saham diakhirat.
"jaga apa yang tak terjaga"
Alhamdulillah.
Moga Allah redha.

nur fatin farahain said...

teringin nak tengok abg shamsul buat filem yang berunsur islamik..always support abg shamsul :)

Anonymous said...

saranan saya, 2 contoh filem dan drama luar negara yg osem
cth :
1. Ketika cinta bertasbih. indonesia.(most of pelakon nya juga mmg berjilbab dan berakhlak baik di dunia realiti). filem ini mengisahkan anything can happen jika Allah yang menghendaki. x de babak yg berpegang tgn atau buka tudung(walaupun berlakon sbgai suami isteri atau abang dan adik perempuan) kerana mereka semua bukn muhrim.
2. drama OMARseries. kisah mengenai umar al khattab yg diterbitkan oleh arabsaudi(kalau x salah). Drama ni memberi impak yg sgt besar buat diri saya, serta ramai lagi penonton2 drama ini yg ditonton di seluruh pelosok dunia. sbb kita boleh tahu mengenai sirah nabi, dan perjuangan rasulullah SAW dan para shbt dlm menyebarkan dakwah.

dan byk lagi cth2 lain.
Wallahua'lam

Cik NuR said...

Moga Abang Syamsul gunakan l0gam yang ada untuk sebarkan dakwah perjuangan Nabi kita..m0ga terus osem menjadi abid di bumi persinggahan..;)

Anonymous said...

bukan x de citer Islamik di Malaysia. Tp kurang diberi perhatian dlm perkara yg dianggap remeh. paling simple soal aurat. byk drama berunsurkan Islamik tp dlm ms yg sm dedah aurat.

Unknown said...

Suka sangat tengok filem islamik. Contohnya Warkah Cinta yang diadaptasi dari novel Warkah Cinta Berbau Syurga. So sweet!

Cinta sebegitulah didambakan. No couple, No dating. Terhindar dari maksiat. <3

Buatlah filem bercorak Islam. Lagipun banyak novel Islamik yang dikarang oleh novelis Islami di Malaysia ni. Atau boleh jadikan novel-novel tersebut sebagai panduan menghasilkan filem.

Saya hanya memberi cadangan. Apapun, buatlah sesuatu yang bisa memberikan ketenangan bukan kegelisahan.

nur fatin farahain said...

btul2 yg anonymous kate tu..cite indonesia yg berhijab je sume plakon die tu cite ketika cinta bertasbih,ketika cinta bertasbih dari sujud ke sujud..student2 sklh agame sume ske tgk...

Unknown said...

Ternanti-nanti Muhammad Al-Fatih versi millenium..
InsyaAllah. Wallahualam..

Ummi Rashidah binti Adam said...

Assalamualaikum..mungkin comment ini tidak seberapa sebagai insan yang tak seberapa tahu mengenai "seni"

Seni itu indah kalau kena caranya. Filem dan drama "islamik" banyak di Malaysia. tapi kebanyakan pengarah tidak sensitif dengan isu-isu tertentu sehingga boleh menimbulkan isu-isu yang besar sekali gus merubah persepsi orang tentang Islam itu sendiri.Islam itu mudah tapi jangan diambil mudah.

Saya harap bro shamsul dapat menghasilkan sebuah filem yang sangat hebat pengisiannya InsyaAllah. Ummat Islam sangat memerlukan orang seperti anda saat ini..

Semoga berjaya!

Miss Nayya said...

m0ga terus tegakkan Islam di dunia!

Anonymous said...

hasilkan filem islamik yg mampu memberi kesedaran kepada penonton2nya..terlalu byk filem2 malaysia kita yg tidak sensitif langsung tentang agama contohnya pergaulan lelaki dan perempuan juga tentang aurat..seolah2 mempermainkan islam kita..

Di saat inilah..kita memerlukan seseorg yg terdetik dihatinya utk menghasilkan filem islamik atau berilmiah..

Mungkin andalah orgnya..

Ikhlas,