Monday, February 25, 2013

Deklarasi pada spekulasi.Maafkan aku..


Berpinar-pinar.Berputar-putar dunia sebentar.Aku cuba bangun setelah jatuh dari percubaan demi percubaan berjalan.Papa dan Mama berada dalam jarak 5 langkah di hadapan dengan senyuman berserta tangan yang didepakan seperti ingin menyambutku jika aku jatuh buat kali yang lebih dari ke-8.Aku bangun lagi kali ini tetapi dengan bantuan Papa dan Mama.


Papa memimpin tangan kananku dan Mama pula memimpin tangan kiriku.Selangkah.Dua langkah.Tiga langkah.Bila aku sudah berjaya mendapat sedikit kestabilan,pada langkah ke-4 dan seterusnya,tanpa kusedari,rupa-rupanya  aku sudah berjalan tanpa dipimpin Papa dan Mama. Aku mula berjalan,dari perlahan-lahan,semakin laju,laju dan laju.Kudengar jelas suara Papa dan Mama di belakang yang terus menerus  memberi semangat padaku.


Ketika kelajuan kakiku  hampir seperti mahu berlari,dek kerana terlalu ghairah,aku lupa untuk menoleh pada Papa dan Mama walaupun jelas aku mendengar laungan suara mereka “Hati-hati,Sul!”.Aku jatuh,tetapi jatuh kali ini lebih pedih dan sakit.Aku menangis kerana kesakitan.Papa dan Mama berlari ke arahku.Papa mendokongku dan menjulangku tinggi,berkali-kali.”Anak Papa dah pandai berjalan!Mama,Sul dah pandai berjalan!”Wajah keriangan Papa dan Mama saat itu tidak mampu kugambarkan.

*Hitam*

Ini deklarasi seorang anak yang sedar jatuh bangunnya hidup ini jika tanpa berkat,restu dan doa ibubapa takkan mampu ke mana-mana.Biar setinggi mana pencapaian yang dikecapi,jika 2 insan utama ini tidak merestui perjalanan kehidupan,pasti,ingat kataku ini,pasti ada kepincangan di sana sini.Jauh sekali dari kesempurnaan yang dingini dan diimpi.Kau bisa mendabik dada hari ini berkata “Aku tidak perlukan mereka!Aku sudah berada di ‘puncak’!”Percayalah,kata-kata itu nanti kau akan ‘telan’ seperi menelan kepalan nasi keras yang pasti akan tersekat pada kerongkong,sakit, sebelum kau ‘hadam’kan.

Semalam aku bersemuka dengan Papa setelah sekian lama aku berdiam diri dan menjauhkan diri daripadanya.Entah mengapa,bila aku berdepan dengannya kali ini rasa seperti sudah terlalu lama aku tidak tatapi wajahnya yang kulihat semakin dimamah usia dan kerja kerasnya sejak dari muda.Belumpun sempat aku mulakan bait pertama,air mata sudah mencurah-curah keluar dari kelenjar mata.Aku capai tangan kanan papa dan kucium berkali-kali sebelum kurangkul tubuhnya seerat-eratnya.Saat itu bila kehangatan tubuhnya kurasa,aku lemah,selemah-lemahnya.’Lumpuh’ seketika.

Habis berterabur bait-bait kata yang kususun seawalnya untuk kukatakan pada Papa.Aku jadi sebak tak terkata.Aku terangkan pada Papa apa yang terbuku di dada,apa yang ku’simpan’ sekian lama iaitu berkenaan tekanan kerja.Papa senyap seribu bahasa.Namun dalam senyapnya mendengar penjelasanku,aku sedar air matanya bertakung.Selesai aku menerangkan,Papa memberikan kata-kata semangatnya,sekaligus memberi jawapan pada setiap soalan yang kuajukan.Ah sudah cukup lama aku tidak rasa ‘rasa itu’.Rasa damai  dan rasa punya tempat perkongsian selepas Tuhan.


Perbezaan corak dan intensiti kerja aku dan Papa berbeza.Papa walau pada usianya yang hampir mencecah 60 tahun,kudratnya seakan remaja dengan kapasiti tenaga yang entah dari mana datangnya (dari Allah semestinya) mengalahkanku.Kami berdua ‘workaholic’ itu aku tidak nafikan,tetapi dalam pada itu aku masih punya renggang masa untuk diriku juga,tetapi Papa bila dia ‘mula’,intensiti kerjanya tak berganjak,memuncak dari awal hingga akhirnya.Aku pula perlukan sedikit masa untuk ‘memanaskan enjin kereta’ sebelum berderum dan memecut laju.Papa pula dari awalnya lagi sudah memulakan pecutan hingga sampai ke garisan penamat.Itu metaforanya.

Tak perlu aku hurai panjang mengenai perbedaan corak kerja,idealisme aku dan Papa.Yang pastinya,aku orang baru yang masih perlu banyak belajar dari orang lama,terutamanya dari Papa yang berjasa besar mendidikku dan membawaku sejauh ini,tempat aku berdiri hari ini.Terima kasih Papa.

Buat semua rakan media,di sini aku menyusun sepuluh jari,memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki kerana ketika isu Papa dan aku sedang hangat,aku tidak berdaya menjawab panggilan dan tidak memberi komentar lanjut berkenaan isu ini.Sungguh,sejujur-jujurnya aku mohon maaf.Aku tidak bermaksud untuk mengenepikan kalian,jauh sekali jadi pengecut kerana aku lazimnya berdepan dan bersemuka bila ada isu-isu berbangkit tentang diri dan karierku seperti sebelum-sebelum ini.Cuma kali ini,isunya terlalu peribadi,isu darah dagingku sendiri yang aku tidak mahu tersalah kata kerana aku berpegang pada kata orang tua-tua “Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya”.Aku harap kalian memaafkan dan memahami.

Konklusiku,jika mahu jadi nombor satu,tahu bumi siapa yang kau pijak,tahu langit siapa yang kau dongak,tahu dari mana asalmu,tahu ke mana hala tujumu,tahu ibubapa dan keluarga sentiasa prioriti utamamu,tetapi tahu saja tidak cukup jika kau tidak jadikannya perilaku.

Buat semua yang membaca,ambil iktibar dari kisahku.Jangan menunggu masa yang lama untuk beritahu mereka,ibubapa kita yang kita sayangkan mereka dan perlukan mereka sampai bila-bila.


Buat Papa,maafkan aku.Sungguh,walau tidak pernah kukatakan depan-depan,kau idolaku nombor satu!

Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof


48 comments:

Fara Musa said...

Masalah datang & pergi, Keimanan teruji,Sebutlah ”Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” kerana sesungguhnya dari DIA kita datang & kembali.. :) Be strong...

Andria said...

nice.. *thumbs up* ^^

Unknown said...

Betul2. Tanpa restu ibu bapa, kita ✗ akan ke mana2 :)

Fara Nassha said...

Agreed..restu ibu bapa penting utk kita terus berjaya dlm hidup...

Adi Herman said...

fuh bro, gua pun manly tears sekejap tadi...tabahkan hatimu bro, kata2mu biar dipahat seberapa lama yg boleh di dalam hati, jadi peringatan untuk kita semua. Gua serta rakan2 blogger lain tahu yg lu ni anak yg soleh (sentiasa doakan begitu), so lepas ni hasilkan lah karya2 yg bermutu...berkat restu mak ayah

Mya said...

semoga semuanya baik2 saja antara shamsul & papa.

Anonymous said...

“Kita akan diuji melalui apa yang kita sayangi.

kuatkan hati..inshaaAllh bahagia menanti..

Anonymous said...

Assalamualaikum....First time baca blog BURN&SOUL...post neyh dah mengingatkan saya tentang sesuatu yang penting,..PELUANG..Kadang2 sebagai manusia kita selalu rugi..rugi dengan melepaskan peluang yang diberikan,peluang untuk mengatakan kasih sayang kita terhadap ibu bapa yang masih ada di depan mata..Saya pon tak nak jadi orang yang rugi tu..sebab saya belum puas pon lagi mengambil peluang yang diberi ALLAH untuk menikmati kehidupan dengn parents saya..May ALLAH bless u BURN&SOUL..

Assalamualaikum:)

Anonymous said...

Doa ibu dan ayah adalah restu untuk kehidupan kita

faiznaimi said...

Alhamdulillah...Syukur :)

JMR said...

Capai dan hargai apa yg ada sblm kt kehilangannya..

Anonymous said...

Nice .. Alhamdulillah .. Harap baik2 aje selps ini .. Fight for good ! Be strong ..

TheGenn said...

Love your parents. We are so busy growing up. We often forget they are also growing old. Remember this! :)

anna alaui said...

suka penulisan u bro..mengingatkan i ttg arwah abg..

redha Allah datangnya dari redha kedua ibu bapa..semoga kite semua mendapat keredhaanNYA...ameen...

honey_raisin said...

Alhamdulillah... Allah telah memberi petunjuk untuk dirimu mengenal seorang bernama PAPA... Penulisan Encik menampakkan keikhlasan dan jiwa seorang anak tatkala memerlukan keampunan dari seorang PAPA...Redha ibu bapa bermakna redha ALLAH.. Belajar daripada kesilapan itu lebih baik dan mematangkan fikiran...

Unknown said...

Alhamdulillah Allah telah mematangkan lagi kamu Syamsul..saya turut mengambil ikhtibar pada kisah2 kamu ini..meremang bulu roma spanjang baca cerita ini..sedih dan sayu hati baca blog ni..semoga Allah mengampunkan setiap dosa2 kita semua..amin

Natasha said...

good luck n be strong. In sha Allah everything will be fine.

Hura lala said...

Family first...terutama ibu dan ayah...baik ke buruk..mereka dua dr darah daging yg sama kita kn...:) ♥

zazahashim said...

moga tiada lagi kepincangan..moga selalu bahagia..

Anisa Anuar said...

semua tu perlu kan masa... buat apa yg terbaik untuk semua..tak perlu risaukan apa orang kata.. jadi berusaha la yea..

Unknown said...

sedihnyerr..really miss my family...

Anonymous said...

Alhamdulillah. (: Be strong!

:: Cahaya Hazwani :: said...

bergenang air mata...sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu bapa teramat2 besar...x kan mampu kita utk membalasnya.... syukur Alhamdulillah segalanya baik seperti sediakala...=)

Unknown said...

Terbaik! ibu bapa tiada peganti! :)

Unknown said...

tanpa ibu bapa tiadalah kita.
tak lama lagi akan meninggalkan keluarga demi memenuhi cita-cita menuju ke menara gading.

sayang mak dan ayah! walau tak pernah meluahkan secara lisan. :')

anon said...

kain yg putih...coraknya ditentukan oleh ibu bapanya..andai indah coraknya..maka indahlah perilakunya...tahniah bro..brani menghadapi situasi begini...

new step ahead now!!!!!

YatieOwner said...

air yang di cincang tidak akan boleh putus sayang. thats great. semoga ianya menjadi iktibar pada anak-anak muda and of coz to my self too. thanks for sharing this.

Lina said...

First time visit blog ni. sedihnya. Tak sanggup nak baca

Anonymous said...

ahh ego dan kedegilan yg buat kita jauh dgn ibu bapa..tahniah syamsul awak berjaya membuang ego itu..sabar dan ambil berat pada ibu bapa tanda kasih kita..

Lulu Caldina said...

hargai selagi ada.. sebelum terlambat..

Anonymous said...

jadilah anak yg hati ibu dan bapanyanya tidak pernah terguris dek kerana tingkah kata kita

Anis Raihana said...

Salam,

Sebak. Tak dapat tahan mata daripada ber'kaca' bila baca entri kali ni. Setiap detik dinukilkan dengan terperinci hingga menusuk jauh terus ke dalam hati. Hati-hati kita nyata sering lalai dan kadangkala timbul ego tak bertempat hingga kita terleka dan hampir hampir lupa akan insan-insan yang selama ini berdiri teguh di belakang kita memberi sokongan tanpa pernah kenal sesuatu yang dinamakan jemu.

Alhamdulillah... Allah beri abang kekuatan dan keberanian untuk menjernihkan apa yang ter'keruh', meluahkan apa yang terpendam dan pohon maaf kepada Papa abang akan apa yang berlaku selama ini. Satu tindakan yang layak dicontohi semua individu. Semua mahukan redha ibu bapa kerana disitu letaknya redha Allah. InshaAllah dengan apa yang berlaku, redha Allah akan diperoleh jua.

Terima kasih untuk entri yang sungguh menyentuh hati, menyedarkan saya yang kadangkala terleka. Teruskan menulis sesuatu sebagai peringatan, pengajaran untuk diri sendiri, saya dan semua pembaca hasil nukilan abang. Moga Allah redha, moga Allah berkati, moga DIA dengar semua du'a-du'a abang dan moga DIA pelihara abang serta keluarga abang senantiasa. InshaAllah

Wassalam

FYDA said...

may Allah ease for you syamsul!

Anonymous said...

Alhamdulillah

ricca said...

Alhamdulillah...n tahniah sgt2 sbb dgn rendah hatinye kembali kepada ibu bapa yg lebih hak...semua org buat silap tp masih blh diperbetulkan. hati ibu n ayah ni bukanlah sekeras mana..dan doa mereka jugak yg membawa kt jauh bersama kehidupan yg indah...InsyaAllah berkat.dan sejujurnye saya sgt respek ngan tindakan yg awak amik...syabas..

LiaNa YuSoF said...

Alhamdulillah...

Rus Si Merah Jambu said...

Tiada manusia yang lari dari masalah.

Allah tidak akan menguji umatnya jika umatnya tidak tahan menghadapi dugaanNYA.

Setiap apa yang berlaku ada hikmah tersembunyi dan nikmat yang tak terhingga dari Allah.

Rus Si Merah Jambu said...

Tiada manusia akan lepas dari menghadapi masalah.

Allah tidak akan memberi dugaan sekiranya umatnya tidak boleh menghadapinya.

Setiap apa yang berlaku ada hikmah dan nikmat yang tersembunyi.

Anonymous said...

Jdilah yg baik waupun bukn yg terbaik..kenangi yg tersayg walau ada luka ..ingati yg indah walau agak kelam..muga apa yg tejdi mbri semngat..kita insan kecil..slmt berkarya lagi..

azman said...

Kita manusia biasa,kalau tersasar carilah dimana asalnya kita dan mulakan perjalanan kembali :)

Zetty said...

Tiada kata secantik bahasa....tersentuh dgn tulisan di entri ini. Betul, kadang2 kita lebih mudah untuk berterus terang dan menyatakan isi hati dan perasaan dalam bait2 kata melalui penulisan sebab bila bersemuka semuanya jadi lain. Tiada galang ganti untuk ibu dan bapa kita...semoga anak2 ku juga menjadi anak yg soleh.

Nur Qaseh said...

moga istiqamah atas jalan ini berlandaskan Al-Quran dan Sunnah,ingat hidup ini hanya sementara,berbaktilah kpd kedua2 ibu bapa dan doakan agar kita,mereka dan yg lain dapat berkumpul bersama HabibAllah,iaitu Rasulullah di akhirat kelak,pesanan ringkas dr saya,walau siapa pon kita,ingat first place must be Allah n then Rasulullah,alim ulama',our parent's ang others around us ^^

syairah said...

salam dear brother and other bloggers

redha Allah pd redha ibu bapa..so put them in the very first place after Allah and Rasulullah in whatever task u do.. :)

Hainur Eisha said...

setinggi mana pun jwatan dan pangkat kita..
pasti kita akan rujuk semula kpd Yang Maha Esa dan ibu bapa kita..
kerana.. mereka adalah sahabat terbaik dlm hidup kita

Unknown said...

I'M REALLY PROUD OF YOU..
HANYA INSAN YANG BIASA MELAKUKAN PERKARA YANG LUAR BIASA..
I'M REALLY HOPE THAT ONE FINE DAY,YOU WILL BE A MOVIE MAKER NOT JUST ABOUT SOCIAL AND TEENS,MAYBE ABOUT ISLAM TOO..
TAK BANYAK KARYA ISLAM YANG MEMBERIKAN IMPAK YANG BESAR MACAM NUR KASIH..HOPEFULLY

Assalamualaikum, Hye guys and girls. I'm Izyan Nabila, a new blogger here. Follow me and I'll follow u back. Just being n behave yourself here. Keep on smiling okay :) That's all. said...

Alhamdulillah entri kali ini betul2 memberi kesedaran kepada izyan. Tahniah pengarah terulung masa kini :)Sedih dan terharu!!

Segelas Sepiring Sepinggan said...

Sesungguhnya Dia lah yang Maha Menguji.. Dan kamu berjaya menghadapi ujianNya dgn sabar dan tenang... Alhamdulillah...

Anonymous said...

Alhamdulillah syukur....Saya hormat anda syamsul...sentiasa humble walaupun berjaya...semoga terus sukses dlm karier..