Sunday, June 17, 2012

BERSIHKAN DULU HATI KITA,KAWAN-KAWAN..



Hari itu hari yang menakutkan bagiku.Hari bila mana Malaysia tanah tumpah airku ini yang aku kira akan tenang,damai dan harmoni dengan bangsanya yang berbilang akan terus aman tanpa sebarang  perhimpunan/demonstrasi tunjuk perasaan/protes terbuka atau secara terangan-terangan,akhirnya menjadi realiti paparan mata sejagat dan dunia.Hari itu hari ‘kuning’.Hari ‘bersih’ mengikut pemahaman segolongan masyarakat kita.

Sungguh,Demi Tuhan,aku tidak menyimpan apa-apa rasa benci atau marah.Aku sedih.Terlalu sedih.Aku berada di kotaraya  tatkala demonstrasi berlaku.Ada hikmahnya.Aku lupa atau lewat untuk sedar pada hari itu rupanya akan berlangsung satu perhimpunan,hanya bila kesesakan jalan raya menggila dengan beberapa jalan utama ditutup,warna kuning bersama sepanduk penuh di sana sini menjadikan kota raya ‘kota kuning’ buat sementara,baru aku tersentak dan sedar hari itu adalah hari ‘bersih’.

Satu pengalaman yang tidak akan dapat aku lupakan bila melihat berbondong-bondong mereka berjalan seiring,dengan sepanduk dan laungan lantang cogan kata/frasa ‘bidasan’.Raut-raut wajah mereka aku tenung.Cuba mencari jawapan pada tenunganku.Aku gagal.Aku tewas dalam mentafsir rasa mereka.

Aku hormati ideologi mereka,apa yang mereka perjuangkan,cuma persoalanku “Adakah dengan cara ini?Tiada cara lainkah yang lebih baik?”Persoalan itu berputar ligat dalam benak fikiranku sehingga aku dikejutkan dengan bunyi hon kenderaan dari belakang untuk aku segera bergerak meninggalkan ruang sempit sendat lagi padat kotaraya ketika itu.

Agendaku untuk membeli pakaian dan melawat teman yang sedang sakit pada hari itu terkubur.Aku pulang ke rumah dengan fikiran yang sarat dengan persoalan dan perasaan sedih dan takut yang amat sangat.Aku tidak mahu negaraku yang selama ini aman jadi porak peranda dan jadi ‘mainan’ Negara luar yang memang sudah lama memantau dan menunggu masa yang tepat untuk ‘menjajah’ semula setelah Malaysia berkembang pesat dengan kemajuan.

Aku enggan mengulas panjang isu ini kerana aku pasti aka ada yang tersalah erti.Lantas aku tinggalkan beberapa soalan ini untuk semua dan juga untuk diri aku sendiri.

*Sudahkah kita menghapuskan korupsi  pada diri kita sendiri sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pemerintah?


*Sudahkah kita jaga solat 5 waktu dan melaksanakan rukun Islam dengan sempura sebelum lantang bercakap tentang agama?


*Adakah kita benar-benar jaga bayaran zakat kita biar telus sepanjang masa?


*Adakah kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Ibubapa dan kaum keluarga kita?


*Buat yang sudah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata,sudahkah kalian mendidik isteri dan anak dengan didikan Agama?


*Adakah terjaga hubungan sesama jiran tetangga kita?

Itu antara persoalan yang bermain di mindaku.

Aku hanya ingin mengingatkan diriku dan yang lain bahawa pemimpin itu datangnya dari kalangan kita;rakyat pada awalnya.Maka jika zalim seorang pemimpin itu disebabkan zalimnya rakyat,begitulah sebaliknya.Sama-sama kita renung-renungkan.



Aku petik kata-kata Dr.Anwar Fazal dari Twitternya sebagai penutup:
"Apapun bersihkan dulu dalaman,hati.Kalau itu kotor,yang lain turut kotor walau jasad bersih dibaluti pakaian putih"

Salam satu Malaysia!

Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof

8 comments:

Anonymous said...

Setiap perkara yang berlaku pasti Ada sebab. Kesabaran setiap org Ada batasnya. :-)

Anonymous said...

I like this entry, true, it all starts from inside....

Lensa Syuna said...

And by the way, i hope u can read my entry, preview utk JKB2 , Tahniah !

http://sutongkiot.blogspot.com/2012/06/jalan-kembali-b-2.html

Kinafi said...

MasyaAllah.. Ini merupakan peringatan untuk kita semua.. Terima kasih. :)

shahirahkhairudin said...

masalahnya dengan manusia ni, tak pernah rasa puas, atau barangkali tidak bersyukur dengan apa yang sedang kita kecapi sekarang ini.

Anonymous said...

Congrats. Im so proud of you :)

Aliha said...

Setiap yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita sebagai manusia, mesti bersabar dengan setiap ujian yg melanda.Kita hanya mampu berdoa dan bertawakal. ;)

Poison said...

Assalamualaikum,

Yes. If only people start sitting down in and ponder over the questions that you posed here. Tanyalah pada diri anda sebelum anda bertempik pada yg lain. Adakah kita sudah melaksanakan tanggungjawab kita sendiri. Walahualam...