Sunday, November 11, 2012

Pendidikan VS Pengalaman


Deru angin malam jadi teman.Sejuk.Tempias rintik-rintik hujan mengena diri bila tingkap bilik kurenggangkan sedikit tadi.Sudah lebih sebulan cuaca di Malaysia tak menentu.Hujan turun tak mengira waktu.Bila dibaca isu pemanasan global dan peningkatan bencana alam di serata dunia membuat jantung berdegup lebih laju  kerana setiap kali dibaca,setiap kali itu juga di layar fikiran terpapar suasana huru hara jika Malaysia jadi sasaran bencana alam yang ‘menyerbu’.

Kali ini aku ingin bicara soal pengalaman dan pendidikan,yang mana lebih utama dan harus diraih untuk mengecap kejayaan.Ada yang berpegang teguh menyatakan status pendidikan adalah yang lebih utama dan superior dari pengalaman.Ada  pula yang menyatakan sebaliknya,pengalaman mampu mengatasi status pendidikan kerana pengalaman itu sifatnya lebih mengajar dan lebih ‘melekat’ di lubuk hati dan fikiran.Terpulang.Setiap individu punyai persepsi berbeza yang harus dihormati.


Aku sempitkan ruang fokus penulisanku kali ini dalam bidang perfileman dan sinematografi sahaja kerana ada beribu cerita inspirasi daripada orang-orang yang telah berjaya di seluruh dunia dalam bidang yang berbeza. Buat pengetahuan semua,aku gemar membaca bibliografi orang-orang yang telah menempa nama dan melakar sejarah dalam bidang yang mereka ceburi kerana dari cerita mereka aku mampu menaikkan semangatku yang kadang kala luntur dek ujian demi ujian yang bertindak seperti asid yang menghakis warna semangat juangku.

Jujur,dalam hidup ini,semangat kita tak selalunya memuncak,ada masa-masanya kita mahu lakukan semua dan ada masa-masanya pula kita ingin biarkan dan tidak mengambil peduli,menunggu masa mencambahkan hasil yang mana hampir mustahil.Itu kita.Sama juga dengan iman kita.Ada pasang surutnya,bukan?

James Cameron.Pengarah tersohor yang telah berjaya menghasilkan filem yang mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah;AVATAR telah meraih kutipan AS$2.8 billion (RM8.23 billion) dan  filem ke-2 yang menyusul AVATAR dalam kategori kutipan tertinggi juga adalahan filemnya;TITANIC  dengan kutipan sebanyak AS$1.8 billion (RM5.29 billion).James juga dinobatkan antara “50 Individu yang paling berpengaruh di dunia” pada 2010.Pencapaian fenomenal ini adalah lahir dari seorang individu yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan filem bila jurusan asal yang diambil ialah Fizik dan Bahasa Inggeris juga telah ditinggalkan tanpa menamatkannya,terus terjun ke dunia filem pada 1977 dek kerana minatnya yang mendalam dalam bidang ini.Nyata,untuknya,pengalaman lebih superior dari status pendidikan.

Michael Bay.Siapa yang tidak kenal dengan pengarah filem epic,aksi dan sci-fi ini yang telah menghasilkan filem-filem aksi terhebat dalam sejarah perfileman dunia seperti Armageddon,Pearl Harbour,The Islands dan Transformers.Berbeza dengan James Cameron,Michael pula mempunyai latar belakang akademik filem yang kukuh.Bekas graduan dalam jurusan perfileman dan bahasa dari Universiti Wesleyan ini menggunakan ilmu yang dipelajarinya untuk menginovasi dan memberi nafas baru dalam teknik penggayaan visual.James terkenal dengan ‘trademark’nya iaitu visual gerak perlahan ketika aksi (intense slow motion shots) dan letupan yang ‘ekstravaganza’.Untuk Michael,status pendidikannya nampkanya lebih membantu sebelum pengalaman.


Sekarang mari kita lihat pula pada tokoh lagenda filem Negara,Allahyarham P.Ramlee.Beliau memulakan kariernya dalam bidang muzik pada asalnya sebelum berkecimpung dalam arena filem.Bertapak dalam dunia filem tempatan sebagai pelakon berwatakan penjahat dalam filem pertamanya ‘Chinta’ di mana beliau juga telah menjadi penyayi latar untuk filem itu telah membuka mata ramai pihak dengan bakatnya.Bermula dari filem itulah beliau mula menempa nama menjadi pelakon utama dan seterusnya sutradara Negara yang mendapat banyak pengiktirafan.Beliau tidak mempunyai latar pendidikan filem.Kejayaan beliau bertitik tolak dari pengalaman yang dikutip sepanjang penglibatan beliau.Jelas,pengalaman adalah kunci kejayaan bagi Allahyarham.

Konklusinya,pada kaca mata pengarah kerdil sepertiku,dalam dunia yang kian pesat dan masing-masing antara kita berlumba-lumba untuk mengecap kejayaan ini,hitam putih, status pendidikan adalah perkara pertama yang dinilai sebelum dilihat pada aspek yang lain.Status pendidikan adalah ‘pintu masuk’ pada semua kebarangkalian.Pengalaman diraih kemudian.Aku berkata begini kerana aku mahu realiti jadi saksi dalam era ini.Apapun,aku akui,pendidikan tanpa pengalaman tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan kerana semua berasaskan teori.Pendek kata,pendidikan dan pengalaman harus berdiri sama tinggi,berjalan seiring dalam menghasilkan sesuatu yang luar biasa.


Islam sendiri menyarankan kita untuk menuntut ilmu sehingga ke negeri Cina.Fahami maksud yang tersirat dari kata-kata itu.

Salam Satu Malaysia,

Pengarah kerdil,
Syamsul Yusof

11 comments:

yanzcorner blogspot said...

Setuju dgn saudara Syamsul, pendidikan dan pengalaman perlu seiring...dunia masa kini sbnrnya inginkan realistik bknnya imaginasi semata...status pendidikan merupakan titik tolak untuk memasuki sesuatu bidang pekerjaan tp pengalaman memerlukan masa yg lama untuk naik ke sesuatu tahap...utamakan pendidikan demi mengaut pengalaman, aplikasikan keduanya insya Allah kita pasti berjaya!

Adi Herman said...

kena maintain dari segi pengalaman dan pendidikan bro...dari perspektif sebegini saya amat bersetuju dgn anda...tapi dlm masa yg sama kena ada progres selepas pertembungan kedua2 elemen tersebut...insyaAllah barulah ada kemajuan...hanya pendapat saya saja

Ummi Annur Humaira said...

salam...

penulisan yg mmg superb the best...harus ku tunjukkan kepada org yg memperlekehkan Pendidikan Tinggi in fact they not achieve nothing...

tengs cik pengarah utk isu ni...

Unknown said...

rezeki msg2 ;)

Anisa Anuar said...

keep it up and whatever you do... jangan pernah erti kenal jemu untuk belajar...

good issue to talk about..

Anisa

HoNeY IxoRa said...

pendidikan dunia n akhirat...rezeki masing2...=)

Unknown said...

Education (and paper qualifications) is as important as experience - because it shows credibility and that our work or our action is based on knowledge.

Experience too is important because only if you have it that we can vouch that we know what we are doing or saying. Both has to work hand in hand.

Some people go by the normal route and obtain their mainstream education first, others may have to work and obtain life experiences first before they can obtain their paper qualification (and some may not be so lucky).

But at the end of the day, the important thing that we should have is obtain knowledge (ilmu) to make choices, solve issues and problems. And maybe along the way try to upgrade ourselves with what we lack, be it the education or the experience. Insya’allah

Unknown said...

Iqra'

atiqa aris said...

experience is da best teacher kot. tp zaman sekarang ni kalau takat spm mmg kebanyakan orang akan pandang rendah. lumrah dunia orang pandai diagungkan orang yg kurang pandai teros2 dipinggirkan. padahal certain2 tu bukan kurang pandai cuma diorang tak mampu je.

betol la cakap awak pendidikan dan pengalaman kene berdiri sama tinggi :)

Aliff Danial said...

Assalamualaikum. Pengalaman dan pendidikan umpama dua muka pada sekeping koin.Pada setiap muka koin itu terukir rajah-rajah yang diberi makna. Koin itu sah diperlakukan dengan suatu nilai dengan syarat kewujudan kedua-dua mukanya. Andaikata salah satu muka koin itu hilang atau tidak dapat dibaca, maka hilanglah nilainya. Begitulah jua dengan kita. Sebenarnya, pendidikan dan pengalaman adalah dua perkara yang sama.Yang pertama itu, pendidikan formal, dan yang kedua itu pendidikan tidak formal.Yang membezakan antara kedua-duanya ialah persijilan.

Anonymous said...

part yang salam 1 malaysia tu tak bape nak macho. better write assalamualaikum.

really proud of you !!

may Allah bless u & sentiasa diberi hidayah.