Tuesday, November 29, 2011

"IKHLASKAN HATI" : FFM ke-24


Ini doaku dalam teleku kala Maghrib sebelum bertolak ke PICC
untuk FFM ke-24 Ahad lalu

“Ya Allah ya Tuhanku.Apa sahaja keputusannya malam ini semuanya
ketentuanMu.Jangan sekali-kali KAU berikan kemenangan buatku sekiranya kemenanganku
itu nanti menjauhkanku denganMU dan tidak mampu memberi manfaat sejagat.”

Itulah antara bait-bait doaku pada malam itu.

Dengan penuh rasa rendah diri,aku panjatkan segala rasa
syukur yang bertakung dalam seluruh jasad dan hati pada kemenanganku dan warga  SKOP Production dalam FFM 24 yang
lepas.Kejayaan ini adalah satu sejarah buat SKOP Prod.kerana buat julung-julung
kalinya telah menerima 6 anugerah dalam kategori-kategori berikut:

1)FILEM ‘BOX OFFICE’ 2012 – KL GANGSTER
2)PENGARAH TERBAIK – KL GANGSTER
3)PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK – SOFI JIKAN (KL GANGSTER)
4)PENYUNTING TERBAIK –KL GANGSTER
5)LAKON LAYAR TERBAIK – KL GANGSTER
6)PENATAAN BUNYI TERBAIK – KL GANGSTER

Nominasi-nominasi lain yang bertanding dalam setiap kategori
yang dimenangi amat aku geruni.Filem-filem hebat seperti HIKAYAT MERONG
MAHAWANGSA,NUR KASIH,CUN,ANU DALAM BOTOL,JANIN
dan yang lain-lain adalah saingan yang cukup sukar untuk diberi
konklusi  yang mana yang terbaik.Bagiku
semua terbaik,cuma ia berbalik pada rezeki.

Dinobatkan sekali lagi sebagai pengarah terbaik buat tahun
ini membuatkan aku rasa lebih kerdil,ikhlasnya.Betapa besarnya tanggungjawab
yang akan kupikul dalam memajukan industri filem tempatan kita,membuatkan aku
takut.Percayalah kejayaan yang kukecapi ini tiada maknanya jika tiada
kesepakatan dengan semua pengkarya dan anak seni Malaysia.Aku tidak mahu kita
berpecah belah.Kesatuan kitalah yang akan menentukan jatuh bangunnya industri
filem Negara.

Hasad dengki,mencaci maki,merendahkan karya orang lain-itu
bukan budaya kita dan bukan didikan agama kita.Kunci untuk berjaya yang pertama
ialah – IKHLAS.Aku tahu ianya mudah untuk dilafaz,walhal ia adalah satu-satunya
rahsia kita yang dikongsi terus dengan DIA tanpa sebarang perantara.Kita cuba
ikhlaskan hati dalam berkarya.Buat yang terbaik untuk semua.

Ingat lagi pesan mama seawal pembabitanku dalam dunia filem ini “Kalau nak berkarya,periksa dulu
hati.Ikhlaskan hati.Berkarya bukan untuk cari populariti.Berkarya
untuk rakyat sendiri.Bila ikhlas,yang lain akan datang sendiri”
Papa pula sejak dari dulu nasihatnya "Jangan kenal erti penat.Selagi hidup,selagi itu kita berjuang."

Ternyata ayat-ayat Mama dan Papa ada keramatnya buatku.

Terima kasih juga buat semua pengarah 'senior' negara kerana terus terang aku nyatakan, mereka adalah mentorku dalam diam selain Papa.
Pihak media yang sentiasa menyokong juga tidak pernah dilupakan.Terima kasih.
Terima kasih buat semua yang sentiasa bersamaku dalam jatuh
bangunku.Terima kasih buat 2 sepupuku yang membesar denganku sejak kecil lagi;Dr Anwar Fazal Abu Bakar dan Rizal Ashreff.Mereka berdua jadi antara penasihat peribadiku dan pemberi semangat bila saja aku hampir putus asa dalam setiap ujian kehidupan.InsyaAllah filem BUKIT KEPONG,filem epik pertama SKOP Production akan menggabungkan kami bertiga buat pertama kali secara rasminya pada tahun hadapan InsyaAllah jika tiada aral.

Terima kasih buat semua yang sentiasa percaya dan menghargai hasil kerja anak-anak tempatan.
Terima kasih ya Allah.


Sebelum terlupa,nantikan kemunculan lagu 'single'ku yang terbaru (ke-4) "HINGGA HUJUNG DUNIA" bersama Dr.Anwar Fazal dan James Baum.

Ya,hingga hujung dunia kita bersama membangunkan industri filem negara ke persada antarabangsa!

Salam satu Malaysia!

P/s TAHNIAH BUAT WIRA-WIRA HARIMAU MALAYA!  

12 comments:

amy syifa said...

tahniah di atas kejayaan besar anda!
^_^

fiza said...

congrats! ~_^

misz qadeja said...

assalamualaikum....
tahniah abang syamsul....
sebab kl gangster menang besar kat ffm 24..
so all the best and keep it up..
^__^

Unknown said...

Congratz! Semoga terus menghasilkan karya yang bermutu dan terbaik. Sebarkan mesej2 yang positif. Selamat maju jaya :)

Lina Chan said...

tahniah shamsul, filem semuanya best. lagu pulak saya jatuh cinta dengan lagu Apakah Semuanya Itu. best giler..

Aida Alisha said...

Bhagia itu milik yg ikhlas dn keikhlasan itu mejadi milik org yg bhagia dn kebhagian akn trpancar bgi org yg ikhlas..Selamat menghasilkn karya yg hbat..dn salam maal hijrah muga hijrah kta akn mbwa keberkatan..insyaallah..

mizwhatever said...

congratss bro syamsul

Rusydi Ibrahim said...

tahniah abg :D

dwatyKNY said...

seronok tengok bila ada pengarah muda yang muncul sekaligus menghangatkan lagi industri perfileman negara...
tahniah... tahniah... tahniah...
atas anugerah yang diperolehi...

Anonymous said...

Tahniah...^_^

Are Rifx said...

Tahniah..teruzkan usaha Abg Symsul tuk memajukn industri seni tanah air kite..saye mang suke dgn filem komedi romantik prtama abg,Aku Bukan Tomboy..ia mang meninggalkan mesej yg mendalam walaupun ia komedi.Mang x bosan dan rase nk tgk byk kali filem tu..

Anonymous said...

tahniah.. :)