Sunday, April 1, 2012

SOKONGAN PEMINAT TUNJANG SEMANGAT


Cuaca KL sejak kebelakangan ini sering penuh tanda tanya & misteri.Mendung yang lazimnya dituruti hujan bisa saja menjadi cerah semula.Bila hujan pula,rintiknya ada tikanya menggila seperti tidak akan berhenti buat selama-lamanya dan bila ia berhenti,ia mengungkai segala persoalan fikiran cetek manusia dan buat yang berfikir,pasti akan akur bahawa ada kuasa agung yang menjadikan ini semua.Ah,bahasa sering membuaiku bila aku menulis dalam kereta,menunggu untuk roda berputar 360 darjah semula tanpa tersekat-sekat dek kesesekan lalu lintas kota raya.


Aku lelah,tercungap-cungap juga dibuatnya bila masa sering berlumba denganku.Dua malam lepas aku bermimpi dalam lena 20 minitku pada kerusi pejabat ketika berkerja tanpa henti sepanjang 30 jam;aku menjadi seorang pelumba lari yang mewakili Negara dalam acara balapan antarabangsa.Riuh stadium dipenuhi dengan para penyokong yang tak henti-henti bersorak melaungkan kata-kata semangat.Aku sempat melambaikan tangan  dan semakin kuat sorakan mereka.Di hujung,pada garisan penamat aku dapat lihat wajah-wajah orang yang kucinta.

Bila saja dilepaskan sedas tembakan ke udara,aku mula berlari.Berlari dan berlari,terus berlari,tetapi mengapa tidak sampai-sampai di garisan penamat?Bila saja kutoleh para penyokong yang bersorak padaku,entah kuasa apa aku mampu berlari dengan lebih laju dan akhirnya aku berjaya tiba di garisan penamat.Selepas didakap keluarga,aku meluru kepada penyokong-penyokongku sambil menjeri ‘TERIMA KASIH!TERIMA KASIH!INI SEMUA SEMANGAT KALIAN!”Aku terjaga bila lampu stadium terpadam secara tiba-tiba.Kenapa mimpiku berhenti pada waktu itu?Aku masih belum puas meraikan penyokong-penyokongku.

Ada hikmahnya mimpi itu buat peringatan padaku untuk lebih menghargai semua yang menyokongku di sepanjang perjalanan karierku.Aku akui,jika dibandingkan dengan rakan-rakan artis yang lain,aku antara yang pasif,kurang aktiviti bersama peminat dan jarang mengemaskini status terkini walaupun medium internet sudah menjadi modus operandi utama dalam setiap urusan seharian generasi millennium ini.

Lantas dalam senggang masa yang terlalu singkat,aku nekad untuk mengenepikan tanggungjawab utamaku buat seketika untuk bertemu dengan para peminat di ABPBH Tour di Melaka.Aku tidak mahu sia-siakan sokongan mereka.Sokongan mereka adalah nadi tunjang penggerak semangatku untuk lebih berkerja keras dalam menghasilkan filem-filem produk tempatan yang mampu memuaskan hati majoriti dan seterusnya mampu menambat hati masyarakat antarabangsa,insyaAllah.

Mungkin aku jarang berinteraksi namun percayalah,dalam tiap doaku,tidak pernah lekang bibir memohon agar Allah berkati hidup kita semua,para penyokongku dan tidak lupa juga pada yang ‘tidak menyokongku’ kerana dalam sesingkat hidup kita ini kita tidak mahu ada benci.Biar yang ada hanya kasih sayang dan berbaik sangka.

Akhir kata,buat semua peminat/penyokong terutamanya,AKU SAYANG KALIAN SEMUA.Sokongan kalian amat aku hargai .Aku berjanji akan terus berusaha keras untuk memberikan yang terbaik untuk semua .Nantikan ‘hadiah-hadiah’ku buat semua di panggung bila tiba masanya.KALIAN adalah ‘HERO’ & ‘HEROIN’ku!TERIMA KASIH!

Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof

P/s :
Official fan page di Facebook : Syamsul Yusof – Burn & Soul
Twitter : @burnsoul4u

7 comments:

Diera Morata said...

You always have good words to share ;)
really hope to meet you one day ;) gdluck on abph, i will be there on tht night

deeranadirah said...

fighting..semga Allah sentiasa memeberkati usaha anda

Unknown said...

KALAU JODOH DAH SAMPAI... TANPA MERANCANG PUN IA TETAP BERLAKU DENGAN KEHENDAK-NYA... ^_^ SEMOGA BIDADARI HIDUP @ ZAUJAH AKAN KAMU TEMUI... :)

Unknown said...

kalau dah ada jodoh... tanpa merancang pun ia akan terjadi sendiri dengan kehendak-Nya... semoga teman hingga syurga @ zaujah akan kamu temui... :)

Anonymous said...

dalam sesingkat hidup kita ini kita tidak mahu ada benci.Biar yang ada hanya kasih sayang dan berbaik sangka.

MasyaAllah memang betol , kalau nak masok syurga pun sekelumit perasaan hasad pun tak boleh ada . oleh itu kita berbaik sangka. ;) Semoga anda selamat dunia dan akhirat dan menajdi di kalangan org2 yang beriman dan beramal soleh:) AMIN

Unknown said...

NICE!!!... EXPECTING SUMTHING UNEXPECTED FROM U. OLAHAN YANG SANGAT MENARIK!! GANNA BE IN MY FAVORITE LIST... KEEP IT UP!!

Anonymous said...

dan kami(peminat2 (?)) juga sayang syamsul yusuf keranaNya.selamat maju jaya! :)